BAB 8

Romance Completed 1387

“Assalamualaikum…” satu suara lembut menyapa.

Sapaannya mendorong Melissa mengangkat muka. Qarlina! Gadis bertudung litup manis tersenyum.

Rahman turut membalas.

“Waalaikumussalam. Lina, bila sampai?” tersirna ceria muka Rahman apabila Qarlina sudah tiba. Alhamdulillah, Qarlina sudah sihat seperti dahulu.

“I baru aje sampai. Nampak you ada kat sini I tegurlah.”

“Jom, kita pergi sana. Tadi mama siapkan pelamin kita,” jarinya lurus ditujukan menghala ke pelamin yang bertemakan hijau dan putih.

Qarlina mengikut jejak Rahman. Melissa memejam matanya. Kalaulah Rahman tahu wanita itu umpama kaca tipis. Mudah hancur meski cuma disentuh. Mudah patah hatta hanya dipegang. Apatah lagi saat tersenggol di mana-mana ia pasti pecah belah. Ah! Dia sendiri yang pilih jalan ini. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati usahanya yang boleh dianggap secicip ini. Tidak lama lagi, suaminya berat pada tanggungjawab, manakala dia berat pada perasaan. Melissa memujuk diri dengan sepatah madah iaitu tidak mengapa…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience