BAB 13

Romance Completed 1387

Sebulan kemudian…

‘MAAFKAN saya kerana gagal selamatkan nyawa isteri dan anak encik.’

Rahman terjelepuk jatuh. Lututnya mencecah lantai. Tangan Qarlina digenggam. Nafas isterinya sesak gara-gara terhidu asap yang terlalu banyak. Tak sangka syarikat tempat wanita itu bekerja ditimpa musibah. Kebakaran dahsyat berlaku dan menyebabkan ramai pekerja di situ terkorban. Telapak tangannya diletakkan di atas perut Qarlina. Dua nyawa insan tersayang hilang.

Puan Asma memeluk bahu anaknya. Rahman hanya menangis. Sandiwarakah ini? Huh! Setelah sekian lama mereka bersama, inikah akhir cerita cinta mereka? Melissa yang baru tiba di rumah milik mentuanya hanya memaku di depan pintu kamar. Semahu-mahunya Rahman teresak di bahu Puan Asma. Melor memalingkan wajah. Berkerut melihat kemunculan Melissa. Lekas perempuan itu meletakkan jari di bibir. Mengisyaratkan supaya Melor senyap.

“Kenapa ma? Kenapa Lina pergi?”

“Sudahlah Rahman. Kita sama-sama bersabar. Lina dah tak ada itu semua dah sampai ajalnya. Tapi tak bermakna hidup Lan berakhir. Lina dah selamat pergi ke pangkuan Allah”

Puan Asma meramas rambut anak sulungnya.

Melor di belakang Rahman turut mengalirkan air mata. Kakak iparnya meninggal dalam keadaan yang tenang. Tetapi…Bagaimana Melissa?

“Anak Lan… Anak Lan tinggalkan Lan, Lina tinggalkan Lan juga. Lan tak sedia lagi kehilangan mereka berdua.”

“Pemergian seseorang tu bukannya atas persediaan manusia. Sama ada manusia dalam keadaan sedia atau tidak, kematian itu suatu perkara wajib yang akan berlaku. Lan, mama faham perasaan Lan,” jari telunjuknya menyeka tangisan. Rahman tunduk. Merah mukanya.

Puan Asma menepuk-nepuk bahu Rahman. Saudara-mara yang lain tekun mengalunkan bacaan Yassin buat arwah. Dengan lembut Melor menyentuh bahu abangnya. Rahman mendongak. Tatkala itu, matanya dan Melissa bersabung.

Ya Allah! Sudah lama dia tidak bertemu isteri pertama. Penampilan Melissa sudah tidak sama seperti dahulu. Kolam matanya membasah lagi. Encik Azmin di situ turut terpatung.

Melissa tidak berbicara. Tangannya menyelak sedikit kain yang menutup raut Qarlina. Wajah itu suci daripada segala kekotoran. Sebak mencengkam benak. Maknanya, Qarlina seperti dapat mengagak bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Melissa diselubungi rasa bersalah. Inilah tujuan sebenar Qarlina beria-ia ingin berjumpanya. Melissa berdalih bukan atas niat ingin terus meminggir. Tetapi dia perlu persiapkan dirinya untuk terima kenyataan. Risau jika jiwanya rapuh.

‘Maafkan aku, Lina. Tak sangka awal kau pergi. Aku tak ada niat langsung untuk biarkan kau terus tunggu aku. Aku takut dengan diri aku sendiri. Aku tak cukup bersedia berdepan bersama kau yang pernah terluka kerana aku. Aku hanya nak pulangkan apa yang telah aku ambil dari kau. Rahman itu cinta hati kau yang jiwanya penuh kesetiaan. Mana mungkin tergamak aku biarkan dia sengsara disebabkan seorang perempuan yang dia tak cinta. Harap kau faham…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience