BAB 11

Romance Completed 1387

“KENAPA awak datang kerja? Patutnya awak cuti hari ni.”

Faisal selaku bos di restoran Hazel pelik. Melissa menggeleng sambil mengelap meja. Rambut yang terjuntai diselitkan di belakang telinga.

“Awak pun kenapa datang kerja? Adik angkat sendiri nikah, tak pergi pula. Esok pagi saya nak berangkat ke kampung. Kang kena ambil cuti lagi. Sama je. Saya nak maklumkan kat mak saya fasal perkara ni.”

“Mak awak belum tahu?”

Faisal mula tarik kerusi. Dia menghenyak punggung sambil merenung Melissa yang leka membersihkan sisa makanan pelanggannya. Terketar-ketar tangan perempuan itu mengangkat piring ke dulang. Dua minggu bernikah, kemudian suami sendiri berkahwin lain.

Faisal tahu Melissa dari zahirnya sahaja dia tenang. Batinnya? Tiada siapa dapat meneka. Ini juga antara penyebab dia tidak hadir ke majlis walimatulurus Qarlina. Simpati terhadap nasib Melissa.

“Mestilah tak. Baru je minggu lepas dia tengok saya dan Rahman bernikah.”

“Yang awak lepaskan Rahman dengan Lina tu, kenapa?”

“Saya tak suka memaksa orang yang tak cintakan saya. Yalah, kadang-kadang terasa sunyi juga. Rasa kehilangan,” semakin laju pula tangannya mengutip perkakas makanan. Lama Faisal memandang Melissa.

“Selagi awak tabah, dan Rahman boleh adil dan bijak uruskan rumah tangga, Insya-Allah semuanya akan reda secara perlahan-lahan.”

“Saya tak mahu berharap apa-apa. Sama ada dia nak adil atau tak, saya serahkan aje atas keputusan dia. Tujuan saya kerja hari ni sebab saya tak sanggup dan saya takut saya akan menangis depan dia. Biarlah dia bahagia dengan adik angkat awak tu. Qarlina wanita yang sempurna. Isteri yang tepat. Saya bukan isteri yang tepat untuk dia.”

Faisal menolak anak rambutnya.

“Inilah hikmah berpoligami, Melissa. Awak mesti kukuh dan teguh meletakkan apa yang utama kepada Allah SWT. Ini jalan yang ditakdirkan untuk awak akrab dengan Dia. Kadang-kala kehilangan menemukan kita kepada sesebuah perkara yang lebih berharga.”

Melissa terdiam lama. Faisal tersenyum nipis. Nafasnya dihela.

“Saya faham masa silam saya penuh dosa dan kotor. Walaupun saya tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki, tapi yang ‘kotor’ saya maksudkan adalah cara pergaulan saya. Dalam syarat memilih seorang isteri, bukan ke antaranya ialah agama?”

Majikannya terus duduk menegak. Melissa menarik nafas dalam. Seketika dia mendongak menatap siling. Entahlah. Mengapa hanya di depan Faisal dia berani menangis dengan tulus? Air matanya berlinangan di tubir mata. Benarlah. Ini semua ujian dan balasan buatnya.

“Kalaulah awak diberi pilihan sama ada seorang perempuan yang pernah bersentuhan dengan lelaki yang bukan suaminya atau perempuan yang hanya menyentuh seorang lelaki dengan cara yang halal mana satu awak akan pilih? Tentulah yang masih segar dan mahal, bukan? Sama seperti hadiah. Hadiah yang baru atau yang dah dibuka pembalutnya, mestilah orang akan pilih yang tak pernah diusik dan pembalutnya masih elok.”

Melissa berlalu ke dapur. Faisal mengekori dari belakang. Beberapa kakitangan yang lain turut memandang ke arah mereka berdua seraya berkerut. Pekerja restoran di situ semua membisu. Mereka faham apa yang menimpa Melissa. Baharu dua minggu berkahwin, sudah pun dimadukan.

“Melissa saya minta maaf. Saya tak ada niat langsung untuk sakiti awak. Saya nak bantu awak. Tu je. Sampai bila awak nak biarkan diri awak terus kehausan ilmu? Setiap manusia tu boleh berubah. Awak tak nak cuba ke untuk ubah diri awak?”

“Huh?”

Lelaki itu meraup muka. Mukanya penuh simpati terhadap Melissa yang menanggung semuanya sendirian.

“Awak masih ada saya sebagai kawan yang sudi bantu awak untuk tunjukkan jalan yang lurus. Awak sudi ikut saya dan belajar sesuatu? Demi kehidupan awak dunia akhirat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience