BAB 5

Romance Completed 1387

Bergerak-gerak halkum Rahman. Telinga terus menadah bicara Melissa yang mendatar. Melissa ketawa kecil. Dia ingin cemburu atas dasar apa? Apa yang dia fikir sebenarnya sehingga mindanya merasakan pedih yang tak berarah seperti ini? Adakala rasa takut, tetapi ketakutan adalah suatu perkara yang tidak nyata. Perlukah dia berlagak seperti orang yang kehilangan petunjuk arah di dalam sebuah ruang yang terang? Melissa lekas menggeleng.

“Nanti bila Lina dah pulih, awak janji dengan saya…”

“Janji apa? Saya tak faham.”

“Janji yang awak tetap akan menikahi Lina. Jangan awak sia-siakan perancangan awak yang dah lama awak rancang dengan dia. Awak cintakan dia, kan?”

Semertaan Rahman mengelu. Mengapa Melissa berkata demikian?

“Ya, saya cintakan Lina. Saya sangat cintakan dia. Saya terpaksa mengaku depan awak walau saya tahu ia satu dosa dan keji. Saya gagal sembunyikan rasa hati ni. Saya terlalu rindukan dia. Saya…”

“Jadi nikahi Lina selepas dia pulih. Saya rela hidup bermadu. Biarpun ada rasa sakit tapi Insya-Allah taklah sesakit perasaan Lina lepas dia dapat tahu awak berkahwin dengan saya sebelum dia sedarkan diri. Andai perlu awak ceraikan saya, saya akan terima. Asalkan saya bukan jadi penghalang kebahagiaan awak dan Lina. Kebahagiaan awak terletak pada Lina. Saya percaya, Lina seorang yang boleh buat awak tersenyum semula,” sebulat suara dia meyakinkan Rahman.

Seketika cemburu itu hadir, sakit terus mengikuti. Melissa menunduk. Benarlah, berjuta kali dia menafikan, bertalu-talu cemburu itu mengganggu benaknya. Cemburu itu tidak memandang sesiapa tetapi terkadang Melissa juga bingung untuk menempatkan di mana rasa cemburu itu perlu dikurungkan. Apakah cemburu itu terkubur dalam hati atau sekadar ungkapan duniawi?

“Melissa, betul ke apa yang awak cakap ni? Awak tak sakit hati? Umm? Qarlina cinta pertama saya. Saya dah janji dengan dia yang tak akan ada yang lain,” mukanya Lina up. Anak rambutnya Lina mas-ramas.

“Saya tak main-mainlah, Rahman. Insya-Allah saya tak sakit hati. Percayalah. Sejuk hati saya kalau dapat tengok awak berkahwin dengan perempuan cantik, baik, berbudi pekerti macam Lina. Dia segala-galanya untuk awak. Ini…” tangannya diangkat. Kilauan batu permata di jarinya memantulkan cahayanya ke dalam pandangan Rahman.

“Cincin ni patutnya awak simpan. Nanti esok-esok awak nikah dengan Lina, awak nak guna cincin apa? Ini cincin pilihan dia yang saya pasti tersematnya seribu erti.”

Matanya memerah. Melissa menelan sebiji-sebiji liurnya. Seakan menelan biji kedondong.

“Lagipun…” ayatnya tersekat di situ.

“Saya ni bodoh.”

Rahman berkerut. Itulah kata-katanya yang pernah terlontar dari bibirnya setiap kali dia marah Melissa. Tak sangka, perempuan itu memendam rasa. Tidak lekang anak matanya memanah wajah gadis berambut panjang di hadapannya.

“Awak betullah dah salah pilih bini. Kenapa awak pilih perempuan bodoh macam saya? Saya ni belajar pun setakat SPM je. Ceh! Tak ada apa yang nak dibanggakan. Hee…”

Setitik air mata yang luruh dari pipi segera diseka. Mujurlah tak banyak sampai banjir.

“Saya akan cari barang hantaran yang lain buat Qarlina nanti. Hantaran yang saya kasi awak tu, awak gunalah.”

Mudah lidah berbicara tidak semudah hati yang bergejolak dalam dada. Melissa nekad. Dia tak akan anggap hantaran kepunyaan Qarlina itu hak miliknya yang sahih. Tidak! Ia tetap hasil kehendak Qarlina.

“Az…Rahman …”

Serentak Rahman dan Melissa berpaling. Lemah Qarlina menyeru nama suaminya. Setangkasnya Rahman mendekati Qarlina. Perempuan itu masih berusaha membuka mata. Melissa terpaku di satu tapak tanpa berganjak. Sesekali dia meneliti Rahman yang memanjatkan syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

“Lina I kat sini. I panggilkan doktor ya?”

“Az…Az…Rahman …”

Lelaki itu tersenyum mekar. Akhirnya, Qarlina sedar juga.

“Lina …Ya Allah! Lina …”

Melissa mematung. Begitu jelas kegembiraan Rahman.

“Rahman , you…”

“Ya Lina. I kat sini. Jangan paksa diri you dulu. Perlahan-lahan, mudah-mudahan boleh.”

“Rahman, jangan tinggalkan I,” mamai-mamai Qarlina berucap.

“Jangan tinggalkan I…”

“Tak, I tak tinggalkan you. Lina, bawa bersabar.”

Si isteri terus meminggir, meninggalkan Rahman dan Qarlina di wad yang serba cerah itu. Sempat dia ke kaunter jururawat memaklumkan bahawa Qarlina telah pun menyedarkan diri. Jiwa yang berada di belakang lelaki itu menanggung rasa cemburu yang pasrah atas tingkahnya yang sedang bersiaran di depannya sebentar tadi. Sambil menapak ke lif, Melissa menanggalkan cincin dari jari. Adakah ini dipanggil segenap takdir hidup? Penuh liku yang amat memerlukan selaut kesabaran.

Moga-moga Rahman bahagia bersama Lina …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience