Bab 5

Romance Completed 9640

Aina tercengang.’Saya buat semua ni sebab saya dah jatuh cinta pada
awak.’ Kata-kata Hafiz terngiang-ngiang di telinganya.Dia jatuh cinta
dekat aku?

“Encik serius ke?”

Hafiz angguk.Wajah Aina dipandang dengan pandangan yang sukar untuk
ditafsirkan.Aina bingung.Selama ini rupanya dia tidak bertepuk sebelah
tangan tapi cara lelaki ini memang salah.Kalau nak menguji pun,
janganlah sampai menipu macam ni.Dia tak tahu ke berapa banyak gelen air
mata yang sudah dihabiskan kerana mengenangkan yang lelaki itu sudah
bertunang.

“Saya tak tahu nak cakap apa.Semua ni terlalu tiba-tiba.”balas Aina.Dia
memintal hujung tudung.

“Saya tak paksa awak buat keputusan sekarang tapi kalau boleh awak
berilah jawapan sebelum berangkat ke luar negara.”

“Macam mana awak tahu saya nak pergi luar negara?”

“Er..er…masa hari tu, saya pergi tadika.Ingat nak jumpa awak tapi ada
cikgu kat situ cakap awak dah berhenti.Lepas tu cikgu tu cakap awak nak
pergi luar negara.”

“Ohh…”

“Hmm..bila awak nak pergi?”

“Next week.Hari Ahad.”jawab Aina.Hafiz mendiamkan diri.Tinggal lagi 2
hari sebelum Aina pergi.Sanggupkah dia merelakan pemergiaan Aina ke luar
negara? Macam mana kalau ada lelaki yang mengambil hati Aina di sana nanti?

“I wish you good luck tapi jangan lupa bagi jawapan dekat saya ya.”ujar
Hafiz sebelum berlalu pergi.Aina hanya memandang sebelum tersenyum.Tak
payah tunggu lagi dua hari sekarang juga saya dah boleh berikan jawapannya.

“Aina sukakan Hafiz tak?”tanya Haris.Di sisinya berdiri Serina sambil
mendukung Safwan.

“Er..er..”

“You janganlah tanya macam tu.Malulah dia…”celah Serina sambil tergelak
kecil.

“Haha…yelah..yelah.”

“Aina, kalau awak dah betul-betul sayangkan kawan baik saya tu..jangan
biarkan dia terlepas tau.Dia baik..I’m sure yang dia akan jaga awak
baik-baik.”

Aina tersenyum.”Terima kasih Cik Rina..”

“Sama-sama.”Haris dan Serina tersenyum.Nampaknya tak lama mereka bakal
mempunyai adik ipar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience