Bab 14

Romance Completed 9640

Haris dan Serina tersenyum-senyum sebaik sahaja mendengar berita yang
Aina mengandung.Serina hanya memaut lengan Haris sambil melentokkan
kepala di bahu suaminya itu.Perut yang dah sarat diusap lembut.

“Dah berapa lama?” Soal Haris sambil tersenyum.

“3 minggu.”

“Tahniah untuk korang.Hafiz, jaga elok-elok tau Aina.Aina, kalau Hafiz
nakal ke apa...just tell me.” Serina berpesan sambil menjegilkan mata ke
arah Hafiz yang hanya mengekek ketawa.

“Beres kak.” Aina tersenyum.Hafiz yang berada di sebelah dikerling.

“Dengar tu bang...”

“Dengar yang...”

“Mak dah tahu ke pasal ni?” Tanya Haris lagi.

“Tahu.Mak cakap nak buat makan-makan sikit nanti.”

“Seronoklah mak.Dah nak dapat cucu lagi.Rina ni pun dah dekat nak
bersalin.” Kata Haris sambil memandang isterinya yang nampak letih.

Serina hanya tersenyum sambil mengusap perutnya yang tiba-tiba sahaja
terasa sakit.Haris yang dapat merasakan pegangan Serina di lengannya
semakin kuat.

“Kenapa ni?”

“Perut sakit.Macam dah dekat je.” Tutur Serina perlahan.

“Hah?!” Haris bingkas bangkit.

“Bang! Air ketuban dah pecah!” Serina menggigit bibirnya.Haris yang
sememangnya panik menjadi makin panik.Terus dia mencempung tubuh Serina.

“Fiz, kau pergi bukak pintu kereta sekarang.” Arahnya.Hafiz segera
mencapai kunci kereta Haris yang diletakkan di atas meja sebelum berlari
ke luar rumah.Aina pula memimpin tangan Safwan mengikut langkah Haris dan
Hafiz.

“Biar aku bawak kereta.Kau duduk belakang, Haris.” Kata Hafiz sambil
menghidupkan enjin kereta.Aina cepat-cepat duduk di sebelah tempat
pemandu sambil memerhatikan Serina yang mengenggam kuat tangan
Haris. Safwan segera mengambil tempat di hujung kaki Serina.Perlahan-lahan
kaki ibunya dipicit-picit.

“Ibu kena kuat tau. Safwan sayang ibu.” Ucap Safwan sambil mengusap perut
Serina.

Serina cuba mengukir senyuman untuk anak tirinya.Dia mengusap rambut Safwan.

“Ibu pun sayang Safwan.Sayang papa.”

Haris yang mendengar kata-kata Safwan mengelap air matanya yang
mengalir.Di saat seperti sekarang, dia kembali teringat arwah isterinya
dahulu.

“Sayang sabar ye.Kita dah dekat nak sampai ni.”

Serina hanya mengangguk sambil mengenggam tangan Haris dan Safwan.Terasa
kesakitannya semakin berkurangan.

***

“Comelnya!” Aina mengucup pipi Hani yang kemerahan.Serina dan Haris
hanya tersenyum melihat gelagat Aina.

“Anak kita nanti pun mesti comel macam ni.” Hafiz mencuit hidung Hani
yang comel.

“Hani comel macam mama Safwan.” Tiba-tiba Safwan bersuara sambil mencium
pipi Hani.Haris mengusap lembut rambut anaknya.Hani Amira...nama arwah
isterinya telah diabadikan untuk anak perempuannya ini.Serina turut
tersenyum.Memang dia ingin menamakannya anaknya dengan nama Hani Amira.

“Lepas ni kita tunggu baby aunty Aina pulak.” Ucap Serina sambil
tersengih.Aina yang masih ralit mengendong Hani tersentak.Muka dia
berubah menjadi merah.

“Ye..ye.Tunggu baby kami pulak ye.” Hafiz memeluk bahu Aina.

Aina hanya tersenyum sambil memandang suaminya.Tak sia-sia mak menyuruh
dia bekerja sebagai cikgu tadika.Kalau tak kerana dia seorang cikgu di
sana, mungkin dia tidak akan berjumpa dengan suaminya yang tersayang
ni.Dan mungkin jugak dia tidak dapat mengenali insan-insan di
hadapannya. Dia bahagia! Sesungguhnya perancangan Allah S.W.T. memang
yang terbaik.

“Aina, Aina, Na, Na,’’ ulang Hafiz berulang kali memanggil nama isterinya itu. Aina pula memandangnya kebingungan.
‘’Apa dia bang?’’
‘’Na, NA, Na Aina isteriku, ku ingin katakan bahawa aku akan menjaga dan mencintaimu sehingga ke nafas yang terakhir.’’
Usai itu mereka berdua berpegangan tangan dan saling berpelukan erat.
‘’Ya Allah, jagalah kasih sayang ini, moga ia kukuh hingga ke Jannah walau apa jua badai yang datang bertalu.’’ Bisik hati Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience