Bab 1

Romance Completed 9640

“Eihh peliknya burung ni. Apa nama burung ni Cikgu?’’ tanya Safwan.
Aina cuma tersenyum dan perlahan-lahan menghampiri anak muridnya itu.
‘’Ini bukan burung Safwan, tapi belalang. Salah satu kelompok haiwan yang tergolong dalam keluarga serangga.
“Belalang?”

“A’ah..belalang.”

“Safwan boleh pegang tak?”

“Eh, jangan.Nanti kotor tangan Safwan.”

“Papa!”jerit Safwan sebaik sahaja melihat ayahnya yang sedang berdiri di
hadapan pintu pagar tadika.Pantas sahaja si ayah mendukung si anak.Pipi
Safwan yang gebu dicium oleh Encik Haris.

“Apa khabar, cikgu?”

“Baik..Encik Haris pula?”

“Saya pun sihat.”

Haris memandang anaknya yang ralit bermain dengan tienya.” Safwan nakaltak
hari ni?”soalnya kepada anak tunggalnya itu.Isterinya Hani telah
meninggal dunia ketika bersalinkan Safwan.Dia bersyukur kerana isterinya
telah meninggalkan satu-satunya harta yang paling berharga kepadanya
iaitu Safwan.Sekurang-kurangnya si kecil ini mampu menceriakan hidupnya
yang kosong selepas kematian Hani.

“Tak.. Safwan baik sangat papa.”balas si kecil berusia 5 tahun
itu.Walaupun masih lagi kecil, kepetahannya bercakap mengalahkan orang
dewasa.Aina tersenyum mendengar jawapan Safwan.

“Betul ke cikgu?”soal Haris kepada Aina pula.

“Betul Encik Haris. Safwan baik sangat hari ni.”sengaja ditekankan
perkataan baik. Safwan tersengih.Gembira kerana cikgunya menyokong apa
yang dikatakannya.

“Baiklah cikgu.Kami balik dulu.”

Aina mengangguk.Perlahan kaki diatur untuk masuk ke dalam taska.

“Cikgu..”panggil Haris. Safwan sudah selamat diletakkan di dalam kereta.

“Ya?”

`“Emm..saya nak bagi ni dekat cikgu.”

“Apa dia ni encik? Susah-susah aje.”teragak-agak untuk Aina menyambut
beg kertas yang dihulurkan oleh Haris kepadanya.

“Hadiah ni sebagai tanda terima kasih kepada cikgu kerana dah
bersusah-payah jaga anak saya.”kata Haris sambil tersenyum.

“Dah memang tugas sayalah Encik Haris.”

`“Saya tahu..tapi cikgu terimalah hadiah saya ni ya.Saya
ikhlas.”beria-ia sekali suara Haris.

Aina memandang Haris sebelum mengalihkan pandangan ke arah beg kertas
yang dipegang oleh Haris.Akhirnya dia mengalah.Beg kertas itu bertukar
tangan.

“Thanks Encik Haris.”

“Sama-sama.Baiklah cikgu.Saya balik dulu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”balas Aina sambil memerhatikan kereta Haris meluncur
pergi.Dia melihat isi kandungan beg tersebut.Bibirnya mengukir
senyuman.Terima kasih Encik Haris..

*“Apa* yang Encik Haris kasi dekat kau?”tanya Maria sebaik sahaja Aina
masuk ke dalam dapur.Dia sibuk menjengah kepala untuk melihat isi beg
kertas itu.

“Kenapa nak tahu sangat?”

“Manalah tahu kot-kot dia berkenan dekat kau.Dia kan duda..tak salah
kalau dia suka dekat kau.”kata Maria sambil menghirup air milo panas.

“Hish! Ke situ pulak kau.Tak adalah.Hadiah ini untuk ucapan terima kasih
jelah.Tak ada makna lain.”

“Terima kasih untuk apa? Terima kasih sebab jaga anak dia.Habis aku ni?
Bukan ke aku pun jaga Safwan? Kenapa dia tak beri pun hadiah dekat
aku?”serang Maria bertubi-tubi.Dia tersengih puas.Dipandang wajah Aina
yang diam.Dia yakin yang Encik Haris mungkin sudah mempunyai perasaan
terhadap Aina.

“Tak adalah.Kau ni suka sangka yang bukan-bukan.Tengoklah esok lusa
nanti.Mesti dia beri hadiah dekat kau jugaklah.”jawab Aina dengan
perasaan yang berbelah-bahagi.Bila difikirkan kembali apa yang dikatakan
oleh Maria, ada juga betulnya tapi..argh! Dia membuang jauh-jauh segala
tanggapan yang dah mula menyerabutkan kepala.

“Ok.We’ll see.Kalau dia tak bagi, kau tahulah jawapannya kan?”ucap Maria
sambil menjungkit kening.

“Dia confirm beri!”tegas Aina.Maria hanya menjungkit bahu.Suka hati
kaulah Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience