Bab 11

Romance Completed 9640

“SAMPAI hati awak tipu saya.”kata Hafiz dengan suara yang lirih.Sengaja
dia membuat muka sedih di hadapan Aina.Mengekek dia ketawa di dalam hati
sebaik sahaja melihat wajah Aina yang sudah berubah riak.Risau semacam.

“Err..Saya...bukan nak tipu.Tak ada niat pun.Saya nak bergurau je.”balas
Aina.Dia tak menyangka yang Hafiz akan memberikan respons yang sebegitu
rupa.Dia ingat yang Hafiz akan suka dengan beritanya itu tetapi
sebaliknya pula yang berlaku.Hafiz dah merajuk!

“Saya mati-mati ingat yang awak akan pergi Australia.”bibir Hafiz dah
muncung sedepa.

“Err..awak..janganlah marah.”

“Nak marah jugak!”
Aina garu kepala.Sudah juga nak pujuk kalau orang lelaki merajuk.Kalau
setakat adik ke abang ke, dia masih boleh pujuk tapi bila Hafiz, memang
dia dah mati akal.

“Awak…”

“Hmmm…”

“Tak bestlah macam ni.Kata sayangkan saya.Takkan gurau sikit pun tak boleh?”

Hafiz tergamam.Lain macam aje bunyi suara Aina.Macam orang merajuk pun
ada.Aik, dia pula dah yang merajuk! Hafiz menggeleng kepala.

“Awak merajuk ke?”tanya Hafiz.

“Entah!”

“Err…patutnya saya yang merajuk bukan awak.”

Aina membelakangi Hafiz sambil berpeluk tubuh.Encik Hamid, Haris dan
Serina yang sejak dari tadi melihat hanya menggelengkan kepala.Macam-macam!

“Saya dah pujuk awak tapi awak tetap jugak nak merajuk.Sekarang ni tiba
giliran saya pula untuk merajuk.”balas Aina sambil menjelirkan lidah ke
arah Hafiz.

Hafiz tercengang sebelum ketawa kecil.Haih…

“LETIH! Letih!”keluh Aina sebelum berpaut pada lengan Hafiz.Hafiz hanya
tersenyum sebelum mengusap lembut kepala isterinya.Kemudian dia mencium
lembut tangan isterinya.

“Kan abang dah cakap, tak payah sambung study lagi.Tapi degil..nak jugak
sambung study tu.Dah cukup dua tahun, pergi tambahkan lagi.Nasib baik
sayang setuju kahwin dengan abang lepas habis belajar.Buatnya sayang nak
abang tunggu sampai sayang habis belajar lagi sekali, macam mana.Kesian
kat abang.”kata Hafiz sambil tergelak kecil.

Aina hanya mencebik mendengar bebelan suaminya itu.Kini sudah genap tiga
bulan mereka mendirikan rumah tangga.Kadang-kadang tu Aina tergelak
sendiri memikirkan kisah cinta dia dan Hafiz.Macam mana Hafiz sanggup
menyamar menjadi Haris dan berlari ke lapangan terbang semata-mata untuk
mendengar jawapannya.Bibir Aina mengukir senyuman.

“Kenapa gelak?”tanya Hafiz pelik sebelum mencuit hidung mancung
isterinya itu.

“Tak ada apa..”

“Jangan tipu.Abang tahu ada something tu..”

Aina ketawa sebelum menarik tangan Hafiz supaya duduk di kerusi rehat
yang disediakan di Taman Tasik Titiwangsa itu.Hujung rambut Hafiz yang
berjuntai disebak ke tepi.Dia memegang kedua-dua belah pipi suaminya
sebelum tersenyum.

“Are you okay, sayang? Tiba-tiba je pegang pipi abang dan lepas tu
tengok abang macam tak pernah tengok setahun.”tanya Hafiz khuatir.Dia
memandang isterinya yang masih lagi tersenyum.

“Aina rindu abang.Rindu sangat-sangat.”bisik Aina perlahan.Dia masih
lagi memegang kedua-dua belah pipi Hafiz.

“Abang pun rindu sayang..Now, tell me what is wrong with you?”

“Tak ada apa.”Aina melepaskan pegangannya sebelum melentokkan kepala di
bahu Hafiz.Matanya dipejam rapat-rapat.

“Kalau ada apa-apa, bagitahu abang tau.”

“Don’t worry my beloved husband.I’m okay.”

“Tak nampak macam tu pun.”

Aina tergelak kecil.”I love you more than you know.”

“Yes, I know…”kata Hafiz sebelum melentokkan kepalanya di atas kepala Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience