Bab 13

Romance Completed 9640

“IKAN KUKUS *dah dapat.So boleh bagitahu abang apa yang sayang
rahsiakan dari tadi?” tanya Hafiz sambil menongkat dagu.Aina hanya
tersenyum kecil sambil memasukkan secubit ikan kukus ke dalam mulutnya.

“Sedap!”

“I told you so!” Hafiz mengangkat kening.

“Lain kali nak belajar dengan abanglah.” Aina masih lagi ingin
berahsia.Sengaja ingin mengusik suaminya.Tahu sangat yang suaminya
terdesak nak tahu apa yang disembunyikan.

“Sayang, please tell me the secret!”

Aina menongkat dagu sambil tersengih.Hidung suaminya dicuit.

“Malam nanti Aina bagitahu abang, boleh?”

Hafiz cepat-cepat menggeleng.

”Sekarang jugak nak tahu.Tadi Aina cakap lepas abang masak ikan kukus,
Aina nak bagitahu.”Bibir Hafiz dah memuncung.Aina tergelak kecil.Dia
suka tengok Hafiz merajuk.Nampak comel di matanya.

“Ala, merajuk ke?” Aina sudah bangkit dari duduknya dan berdiri di
hadapan Hafiz.

Hafiz menggeleng dengan bibirnya masih dimuncungkan.

“Okey.Aina bagitahu abang but with one condition.” Kata Aina sambil
memegang kedua-dua belah pipi Hafiz.Dia tersenyum sebaik sahaja melihat
bibir Hafiz yang dah mula mengukir senyuman.

“Apa syaratnya?”

“Jangan peluk Aina kuat sangat lepas dengar benda ni.Boleh?” Aina
bertanya dengan kening yang terangkat.

“Okey tapi bergantung lah jugak.Bagitahu jelah.Please...”Hafiz sudah
menarik lengan Aina supaya duduk di atas ribanya.

“Hmm...”

“Yes?” Hafiz menanti jawapan dari bibir comel isterinya.

“Nanti kan Aina dah tak boleh jaga abang macam dulu tau.Our baby needs
more attention.” Kata Aina sambil tersenyum.Dia memandang Hafiz yang
masih lagi terdiam.

“Abang, do you hear me?”

Hafiz memandang Aina lama.Cuba mencerna apa yang baru sahaja terlontar
dari mulut isterinya itu.Our baby needs more attention?

“Baby...”

“Ya bang.Anak kita.”

Perlahan-lahan Hafiz mula tersenyum.Aina yang masih duduk di atas
ribanya dipeluk.Berkali-kali dia mengucap syukur.

“Bila tahu pasal ni?”

“Hmm...semalam.Sorry lambat bagitahu abang.”

Hafiz hanya menggeleng sambil mengusap rambut Aina.

“Terima kasih Aina...” Hafiz memeluk lagi sekali tubuh Aina.Aina
tersenyum sebelum mencium pipi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience