Bab 12

Romance Completed 9640

HAFIZ memandang Aina yang sejak dari tadi sibuk membuka buku
resepi.Mulut Aina terkumat-kamit membaca apa yang ditulis di dalam buku
itu.Kadang-kala Aina seperti berfikir sesuatu sebelum menyambung kembali
pembacaannya.

“Aina buat apa tu?”tanya Hafiz sebelum melabuhkan punggung di sebelah Aina.

“Cari resepi.”

“Resepi apa?”

“Ikan kukus.”balas Aina sebelum tersengih.

“Ikan kukus eh? Kenapa tak cakap awal-awal? Abang pandai masak ikan
kukus.”kata Hafiz sambil menyebak rambutnya ke belakang.Aina
memandangnya dengan riak wajah terkejut.Hafiz pandai masak ikan kukus?!

“Sure ke?”

“Yes, dear.”

“Abang Haris pernah try makan tak?”

“Pernah.”sebaik sahaja mendengar jawapan Hafiz, pantas tangan Aina
mencapai gagang telefon rumah sebelum mendail nombor telefon Haris.

“Assalamualaikum abang Haris.”

“Waalaikumussalam Aina.Kenapa?”

“Abang pernah makan ikan kukus yang abang Hafiz masak tak?”

“Pernah.Why?”

“Sedap tak?”

“Hmm…quite good.”

“Ok, thanks!”

“Eh..eh..tunggu kejap.Kenapa Aina tanya ni?”

“Abang kata nak masak ikan kukus untuk Aina.Ok bye.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aina tersenyum puas sebelum memandang Hafiz.”Dapur dah jadi milik
abang.Tolong masakkan ikan kukus ye.”

“Kenapa tiba-tiba teringin nak makan ikan kukus ni?”

“Err…adalah.Tak boleh kasi tahu.”balas Aina sambil tersenyum.Dia
mencubit pipi Hafiz sebelum berlalu naik ke tingkat atas.Hafiz hanya
mampu menggelengkan kepala melihat telatah isterinya itu.Tiba-tiba dia
mengukir senyuman.

“Aina!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience