Bab 2

Romance Completed 9640

Aina menggeliat lemah.Letih sungguh hari ini.Ingin sahaja dia terjun
atas katil dan terus lelapkan mata sampai subuh esok.Tapi..dipandangnya
ke arah buku-buku yang perlu ditanda.Banyak lagi kerja yang perlu
diselesaikan.

Tik! Tik!

Sms yang diterima menghentikan Aina daripada menanda buku.Segera dia
mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil.

One message received

Assalamualaikum Cikgu Aina.Saya Haris, ayah Safwan..Hmm..cikgu ad abaca
tak nota yang saya tinggalkan dalam beg tadi?

Nota? Aina bangkit dari kerusi sebelum mula mencari beg kertas pemberian
Haris.Dia mengeluarkan semua benda dan akhirnya matanya tertancap ke
arah sehelainota kecil.

Saya harap, kalau tak keberatan..boleh tak kalau cikgu menjadi teman
saya ke majlis annual dinner syarikat saya? Kalau boleh, cikgu pakailah
baju dengan tudung yang saya hadiahkan tu.

Mata Aina membulat.Dia seperti bermimpi.Baju kurung berwarna ungu dan
tudung berwarna sedondon dipandang dengan pandangan kurang percaya.Biar
betul?

HARIS tersenyum sebaik sahaja melihat Aina yang baru keluar dari rumah
sewanya.Sengaja Aina melambat-lambat untuk mengunci pintu.Jantungnya
yang tidak henti-henti berdegup merimaskan dirinya.Kenapalah dia
bersetuju untuk menjadi teman Haris? Memang cari nahas betullah!

“Maaf lama tunggu, Encik Haris.”kata Aina sebaik sahaja dia masuk ke
dalam kereta Haris.Sedaya upaya dia cuba mengawal reaksi muka agar
menjadi tenang sentiasa.

“Eh, tak adalah.Saya pun baru sampai.”balas Haris sambil tersenyum.Dia
segera melarikan keretanya dengan penuh berhati-hati.

Aina menahan nafas.Bau minyak wangi yang dipakai oleh Haris benar-benar
membuatkan dirinya tidak selesa.Bukannya dia tak suka tapi bau minyak
wangi itu membuatkan dia selesa.Baunya lembut dan menenangkan.Haih! Dia
menggelengkan kepala.Dah kena rasuk ke aku ni?

“Kenapa cikgu? Cikgu pening ke?”tanya Haris risau apabila melihat Aina
tergeleng-geleng.

“Tak adalah Encik Haris.Saya lenguh tengkuk je.Sebab tu tergeleng-geleng
ni.”

“Ohh..”

Aina menarik nafas lega.Dia mencuri pandang lelaki di sebelahnya
ini.Keadaan yang gelap memberikannya peluang untuk menilik wajah lelaki
ini.Hidungnya mancung terletak.Rambut yang sedikit tercacak membuatkan
dia nampakberkarisma.Dia juga mempunyai bibir yang merah.Past tak
merokok.Apa lagi ya? Oh..matanya.Berwarna coklat gelap dan pandangannya
begitu kuyu sekali.Ralit sekali Aina menilik lelaki di sebelahnya ini.

“Cikgu, kita dah sampai.”kata Haris tiba-tiba membuatkan Aina
tersentak.Dia berpura-pura batuk untuk menyembunyikan kegugupannya.

“Jom.”Haris sudah membukakan pintu kereta.Dengan lafaz bismillah, dia
mengikut langkah Haris masuk ke dalam sebuah dewan besar.

“Besarnya..”mulutnya yang kecil terlopong luas.Belum pernah lagi dia
masuk ke dalam sebuah dewan yang sebesar ini.Tambahan pula, hiasan
dalamannya begitu menarik sekali.Hampir-hampir sahaja Aina melanggar
Haris yang telah berhenti di hadapannya.

“Kalau cikgu nak makan apa-apa, cikgu ambik je ya.”

Aina hanya mengangguk.

”Mari saya kenalkan cikgu dengan kawan-kawan saya.”Haris berjalan di
hadapan manakala Aina hanya mengekori dari belakang.Ada beberapa mata
yang memandangnya dan dia juga tak tahu kenapa.Adakah kerana dia
berjalan bersama-sama Haris ataupun kerana pakaiannya yang berbeza
daripada mereka-mereka yang berada situ? Yalah kan, dia berbaju kurung
pesak yang biasa-biasa sahaja tetapi amat dia hargai kerana itu
pemberian daripada Haris manakala mereka memakai pakaian yang nampak
begitu glamour.Berkelip-kelip seperti ditampal dengan serbuk kilat.

“Cikgu, kenalkan ini Serina.Tunang saya.”

Ingin sahaja Aina pengsan di situ.Tunang? Wajah gadis yang berdiri di
sebelah Haris dipandang.Memang cantik sekali rupa parasnya.Sesuai
digandingkan bersama-sama Haris.

“Saya Aina.”Aina hulur salam persahabatan.Bibirnya cuba mengukir
senyuman.Entah kenapa hatinya tiba-tiba sahaja berasa sakit
sangat.Adakah dia cemburu?

“Serina..”Serina membalas huluran Aina.

“Hmm..Encik Haris, saya perlu balik sekaranglah.Dah lewat.”

“Tapi cikgu belum makan lagi.”

“Tak apa.Saya masih lagi kenyang.”

“Biar saya hantar cikgu balik ya.”

“Eh, tak apa.Saya boleh naik teksi.Terima kasih Encik Haris kerana sudi
menjemput saya ke majlis ni.Saya hargai sangat-sangat.”

Tanpa berlengah lagi, terus sahaja Aina berlalu pergi dari situ.Tak
sanggup melihat kemesraan di antara Haris dan Serina.Dia sendiri pelik
kenapa dia harus merasa sakit.Ditepuk kuat dadanya yang terasa begitu
perit.Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga.Sakit! Mengapa
membawa dia ke sini sedangkan Haris sudah mempunyai temannya sendiri?

“Cikgu!”jerit Haris.Aina berpaling ke belakang.Dia mengesat air mata
yang mengalir.

“Ya?”

“Saya..hmm..nak beritahu cikgu yang mulai esok Safwan dah tak pergi
tadika Nur Iman lagi.Dia akan pergi tadika yang lebih dekat dengan rumah
Serina.Senang sikit nanti.”

Aina menggigit bibir.”Ohh..baguslah kalau macam tu.Nanti encik kirimkan
salam saya pada Safwan ya.”

“Insya-Allah, cikgu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience