Bab 3

Romance Completed 9640

SERINA bercekak pinggang sebaik sahaja Hafiz melangkah masuk kembali ke
dalam dewan.”What are you thinking, Hafiz? Sejak bila pula aku jadi
tunang kau? Setahu aku, aku ni tunang abang kau, Haris bukannya tunang
kau.”sembur Serina geram.Kasihan dia melihat wajah gadis comel itu
sebentar tadi.

“Relakslah Rina..aku just nak tengok hati Aina je tadi.Sama ada dia pun
sukakan aku ataupun tidak.”balas Hafiz sambil tersenyum.

Serina mencebik bibir.Ada ke patut buat anak dara orang macam tu? Kalau
nak tahu perasaan dia, tanya jelah terus.Haris yang melihat tunangnya
yang sedang berbual dengan adiknya datang menghampiri.

“Kenapa ni Rina? Serius je muka.”tanya Haris pelik.Dia memandang wajah
Hafiz yang tenang.

“Adik you nilah! Idea dia memang langsung tak boleh diambil
pakai.Buatnya Aina tu lari nanti baru dia tahu.”

“Maksud Rina apa? I tak fahamlah.Apa yang adik I dah buat?”tanya Haris
pelik.Dahinya berkerut-kerut.

“Why don’t you ask him?”

“What have you done,Hafiz? Kenapa sampai Rina, kawan baik kau ni boleh
marah-marah sampai macam ni?”

Hafiz tersengih.Rambutnya disebak ke belakang.”Hmm..Aku berlakon jadi
kau.Macam ni ceritanya..kan ada sekali tu kau suruh aku ambik Safwan
balik tadika.Masa tu aku terjumpa seorang cikgu comel.Nama dia
Aina..Lepas tu, aku tak tahu kenapa, aku dah jatuh cinta dengan
dia.Sikap dia yang caring tu membuatkan aku suka.Jadi, aku bagitahulah
dia yang aku ni Haris.Seorang duda yang ada seorang anak lelaki yang
bernama Safwan . Yang Safwan tu pun terror jugak.Dia siap panggil aku
papa.Sebab tu Aina percaya yang aku ni memang dah ada anak.Jadi tadi,
aku bawak dia datang sini.Tujuannya aku nak tahu isi hati dia pada aku.I
know yang dia cintakan aku tapi dia tak nak cakap.Dia buat muka tenang
je tadi.”

Haris terlopong.Serina memandang geram.”Apa?!”dua-dua menjerit sambil
meluku kepala Hafiz.

“Sedap-sedap aje kau kata anak aku tu anak kau.Dan lagi satu, kesianlah
dekat cikgu Aina tu.Tak patut betullah kau.”

“Aku buat ni sebab aku sayang dia.I want her to be my truly princess!”

“Tapi kau tak patut buat macam tu.Dia dah terluka.”kata Serina.Geram.

“Don’t worry guys.Esok aku jumpa dia dan aku akan terangkan
semuanya.”balas Hafiz sambil tersenyum.

Aina menongkat dagu sambil memandang langit di luar.Kejadian malam tadi
masih lagi membuat dirinya diselubungi kesedihan.Sakit betul hatinya!
Haris seperti sengaja membawanya bertemu dengan Serina.Sengaja ingin
meremukkan hati dia.

Dia memang bodoh kerana menyimpan perasaan terhadap Haris.Patutnya dia
sedar lelaki seperti Haris pastinya sudah berpunya tetapi kenapa dia
masih lagi terus berharap? Entahlah, dia sendiri buntu.Dia melangkah
perlahan ke arah katil sebelum merebahkan tubuh.Esok semuanya akan
tinggal kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience