Bab 9

Romance Completed 9640

AINA mengerling jam di tangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah
jalan raya yang sesak.Berkali-kali dia menepuk stereng kereta untuk
mengurangkan debaran di dadanya.Dia paling tidak suka apabila keadaan
menjadi begini.Jalan sesak segala! Menyerabutkan dan menyakitkan hatinya.

“Harap-harap Hafiz belum sampai..”bisik Aina perlahan.Encik Hamid yang
duduk di sebelah tersenyum kecil.

“Bersabarlah sikit.Nanti kita sampailah.Flight kamu kan pukul 12.”

“Aina tahu, ayah tapi yang Aina risaukan sekarang bukan pasal flight
tapi Hafiz.Aina dah janji nak jumpa dia pukul 11.Sekarang ni dah dekat
pukul 11 dah..”

Encik Hamid menepuk bahu anaknya perlahan.”Biar ayah yang bawak
kereta.Kamu pergi dulu..”

Aina tersentak.Maksud ayah apa? Pergi dulu? Pergi ke mana?

“Maksud ayah..kamu pergi dulu airport.Jalan kaki sikit..bukan jauh mana
pun.”kata Encik Hamid lagi seolah-olah mendengar apa yang bermain-main
di fikiran anaknya itu.

“Err..boleh ke ayah?”

“Apa yang tak bolehnya? Kamu kan takut kalau tak sempat nak jumpa
Hafiz.Lagipun tadi ayah ada nampak seorang lelaki tengah berlari pergi
arah sana.Dari tepi nampak macam Hafiz tapi ayah tak pastilah
pulak.”kata Encik Hamid sambil menunjuk ke arah depan.

“Betul ke ayah? Oklah kalau macam tu, ayah bawak kereta ni tau.Aina
pergi dulu.”Aina mencium tangan ayahnya sebelum bergegas keluar dari
kereta.Nasib baik dia memakai seluar sekurang-kurang bolehlah dia
berlari sedikit.

“Pa, ma..tengok tu.Cikgu Aina!”tunjuk Safwan ke arah seorang wanita yang
sedang berlari di hadapan kereta mereka.

Haris dan Serina serentak merenung ke arah yang ditunjukkan oleh
Safwan.Dua-dua terkejut.”Sama kan diorang berdua? Dua-dua berlari ke arah
yang sama.”ujar Haris.Selepas itu, dia dan Serina terus ketawa.Kelakar
betul mereka berdua.Insya-Allah jodoh mereka kuat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience