Bab 10

Romance Completed 9640

HAFIZ menarik nafas lega sebaik sahaja sampai di KLIA.Tanpa mengendahkan
nafasnya yang masih belum teratur, pantas dia berlari menuju ke balai
berlepas.Matanya meliar-liar mencari kelibat Aina dalam lautan manusia.

“Tak ada! Dia tak ada!” Hafiz meramas-ramas rambutnya sehingga kusut.Argh!

“Hafiz!”jerit Aina sekuat mungkin.Dia menekan dadanya yang sakit akibat
berlari terlalu laju sebentar tadi.Nafasnya turun naik.

“Aina!”Hafiz pantas berlari ke arah Aina sebelum mengukir senyuman
manis.Hatinya lega kerana dapat melihat Aina berdiri di hadapan matanya.

“Kenapa awak tercungap-cungap ni?”tanya Hafiz pelik.Dari tadi Aina tak
habis-habis menarik nafas dalam-dalam.

“Err…saya berlari tadi.Takut tak sempat nak sampai airport.”

“Berlari?”

“A’ah..”

“Saya pun berlari jugak tadi.Hehe..saya ingatkan saya dah tak dapat
jumpa awak lagi.”kata Hafiz sambil menyebak rambutnya ke belakang.

“Hmm..kan saya dah janji nak bagi awak jawapan.Takkan saya nak pergi
tanpa bagitahu awak jawapannya kan?”ujar Aina sambil tersenyum.Nafasnya
makin teratur kini.

“Hmm..boleh saya tahu jawapannya?”

“Awak sanggup tak tunggu saya lagi 2 tahun?”tanya Aina tanpa menjawab
soalan Hafiz.

“2 tahun?”

“A’ah…Saya akan pergi Australia selama 2 tahun.Kalau awak tak sanggup
tunggu saya, awak boleh cari yang lain.Saya tak paksa awak.”

“Aina…kalau awak suruh saya tunggu 10 tahun pun, saya sanggup
tau.Insya-Allah, saya akan tunggu sampai awak balik sini semula.”balas
Hafiz tersenyum.Aina hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.Dia
menilik jam di tangan.

“Flight awak pukul 12 kan?”tanya Hafiz.

“Ya…Mungkin sekejap nanti ayah saya sampai.”

“Jaga diri baik-baik tau kat sana.Kalau sibuk study pun, jangan sesekali
lupa makan.Kesihatan kena jaga tau.Kalau rasa macam nak demam, pergi
klinik cepat-cepat.”nasihat Hafiz dengan wajah yang serius.

Aina ketawa kecil.“Iye..saya ingat.Awak janganlah risau.”

“Aina..”panggil Encik Hamid yang berjalan seiring dengan Haris, Serina
dan Safwan.Hafiz memandang pelik apabila dia tidak melihat Encik Hamid
membawa sebarang beg pun.Rasanya dia tidak nampak pula Aina membawa beg.

“Mana beg awak, Aina?”

“Beg? Beg apa?”

Kening Hafiz bertaut dua.”Beg pakaianlah..”

“Buat apa nak bawak beg pakaian?”tanya Aina sambil tersengih.Sengaja
ingin menguji jejaka di hadapannya ini.

“Lah, bukan ke awak nak bertolak ke Australia? Dah hilang ingatan ke?”

Aina terus ketawa.Muka Hafiz yang berkerut-kerut menggelikan
hatinya.Encik Hamid yang berdiri di sebelah anaknya pun turut ketawa kecil.

“Kenapa ketawa?”

“Awak, sebenarnya…saya…belajar…dekat…sini….je.”tutur Aina satu
persatu.Dia mengukir senyuman manis untuk Hafiz.

“Apa?!”Mata Hafiz membulat dan mulutnya terlopong luas.

Aina tayang muka selamba.Hehe…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience