Bab 4

Romance Completed 9640

HAFIZ tersenyum lebar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Tadika Nur
Iman.Matanya meliar-liar mencari Aina.Laju kakinya melangkah ke bilik
guru tetapi kelibat Aina langsung tidak kelihatan.

“Cikgu..”Hafiz menegur salah seorang guru yang berada di dalam bilik
guru itu.

“Ya?”

“Cikgu Aina ada kat mana?”

Dahi guru itu berkerut.”Cikgu Aina dah berhenti.Dia cuma guru sementara
je di sini.Dengar cerita, dia nak sambung belajar dekat luar negara.”

“Hah!”terlopong luas mulut Hafiz.Jantungnya berdegup kencang.Aina nak
sambung belajar dekat luar negara?

“Thanks cikgu.Saya minta diri dulu.”bergegas Hafiz berlari keluar dari
bilik guru itu.Dia memandu laju keretanya ke rumah Haris.Hanya Haris
yang boleh membantunya sekarang.

AINA tergelak melihat telatah anak-anak saudaranya yang sedang
mandi-manda di kolam renang.Sekurang-kurangnya dengan kehadiran mereka
di sini dapat menghilangkan kerinduan terhadap Safwan yang sudah mula
disayanginya itu.

“Cikgu!”

Aina tersentak.Dia menepuk-nepuk telinganya.Adakah dia salah dengar atau
memang suara Safwan yang didengarinya sebentar tadi.Dia
menggeleng-geleng.Dah kes naya ni!

“Cikgu!”sekali lagi suara Safwan kedengaran.

“Astaghfirullahalazim..”Hampir luruh air mata Aina.Suara Safwan..

“Cikgu!”kali ini Safwan menghampiri sambil mencuit bahu Aina.Dia
tersenyum manja sebelum menarik tangan cikgunya itu ke suatu tempat.Aina
terpinga-pinga. Safwan berada di sini?

“Safwan..Ya Allah..Betul ke ni kamu, Man?”Aina memegang pipi montel
Safwan . Safwan mengangguk.Dia tersenyum lagi sebelum menarik tangannya Aina.

“Safwan nak bawak cikgu pergi mana ni?”

“Jumpa papa dengan mama.”jawab anak kecil itu.

Aina berhenti melangkah.Dia masih belum bersedia untuk bertemu Encik
Haris.Hatinya masih belum melupakan apa yang telah terjadi seminggu yang
lepas.Masih sakit lagi.

“Kenapa cikgu berhenti? Marilah, papa nak jumpa cikgu.”

“Tak apalah Safwan.Cikgu ada banyak hal.”

“Ala cikgu, sekejap je.Please..”

Aina terdiam.Kasihan pula dia melihat Safwan.Akhirnya dia
mengangguk.”Okey tapi sekejap je tau.”

“Okey.” Safwan kembali menarik tangan Aina.Dia membawa Aina ke sebuah
taman sebelum berlari mendapatkan seorang lelaki yang berdiri
membelakangi Aina.

Aina menarik nafas sebelum jalan menghampiri Haris.Senyuman cuba
diukir.”Assalamualaikum Encik Haris.Apa khabar?”

“Waalaikumussalam.”Aina terkejut.Suara yang menjawab salam datangnya
dari belakang.Kenapa lelaki yang dihadapannya ini tidak menjawab
salamnya?Aina berpaling memandang lelaki yang sedang berdiri di
belakangnya.Haris tersenyum lebar.

“Apa khabar cikgu Aina? Saya Haris, abang kepada Hafiz..adik saya ni.”

“Hah?”

“Saya bukan Haris tapi Hafiz. Safwan ni bukan anak saya tapi anak abang
saya.”akhirnya Hafiz bersuara.Redup pandangan matanya menikam anak mata
Aina.

“Saya tak fahamlah Encik Haris.Apa semua ni?”tanya Aina
bingung.Kepalanya pening.Hafiz..Haris..Apa semua ni?

“Saya sebenarnya menyamar jadi Haris.Saya tahu saya tak patut tipu awak
tapi saya buat semua ni sebab saya dah jatuh cinta pada awak.Sejak
pertama kali, saya berjumpa dengan awak, hati saya kuat menyatakan yang
awak memang untuk saya.Tujuan saya bawak awak pergi majlis annual dinner
hari tu semata-mata untuk menguji awak.Saya nak tahu sama ada awak pun
sukakan saya ataupun saya hanya bertepuk sebelah tangan.”terang
Hafiz.Tangannya digenggam kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience