Bab 6

Romance Completed 9640

HAFIZ mundar-mandir di hadapan televisyen.Esok Aina dah nak berangkat ke
luar negara tapi sampai sekarang Aina masih lagi belum memberikan
jawapan.Tidakkah Aina tahu yang dia sudah tidak lena tidur kerana
menantikan panggilan Aina? Hafiz mengeluh lemah.Telefon bimbit dicapai
tetapi baru sahaja dia ingin mendail nombor telefon Aina, diletakkan
kembali telefonnya ke tempat asal.Dia tidak ingin memaksa.Kalau Aina dah
bersedia untuk memberikan jawapan, pasti dia sudah mendapat jawapannya
sekarang.

“Kau okey?”Haris menepuk bahu adiknya sambil tersengih.Kadang-kadang je
dapat tengok muka Hafiz macam ni.Selalunya adiknya ini selalu berlagak
tenang.Hebat penangan gadis bernama Aina ini rupanya.

“Okey kot.”

“Apa main kot-kot?”

“Entahlah..aku pun tak tahu.Esok dia dah nak bertolak tapi sekarang dia
masih lagi tak call aku.Aku…aku takut kalau dia reject aku.”ucap Hafiz
disertakan dengan keluhan lemah.Rambutnya diramas sehingga menjadi serabut.

“Aku tak sangka..”

“Apa yang kau tak sangka?”tanya Hafiz pelik.Tiba-tiba sahaja Haris terus
ketawa sampai berair-air biji matanya.Dia menepuk kuat bahu adiknya itu.

“Memang sah kau dah angau kan?”

“Maybe..arghh! Aku nak call dia tapi..aku takut.Kan sebelum ni aku dah
cakap yang aku takkan paksa dia.Tapi tapi..adoi..pening kepala aku.”

Haris tersenyum kecil.Kepala adiknya diusap
lembut.”Sabarlah..insya-Allah kalau memang dia jodoh kau, dia akan
datang juga pada kau.Kalau memang dia bukan jodoh kau..kau lepaskanlah
dia pergi.”kata Haris dengan lembut.

“Hmm..aku faham.Thanks Haris..”

“No problem.Kau adik aku..”

“Bertuahlah Serina dapat kau.”

“Ek, kau baru tahu ke yang Serina bertuah dapat aku?”Haris tergelak kecil.

“Ceh, perasan!”cebik Hafiz.

“Abang kau jugak.”

“Yelah-yelah..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience