BAB 7

Romance Completed 51293

Sebulan berlalu ini bermakna sudah 2 bulan Aisya berkhidmat di Global Berhad.Dia semakin suka akan kerjanya tambahan pula hubungan kerja dia dan Taufiq semakin baik.

Kadang kala itu mereka bergurau jika terserempak.Dan Taufiq sendiri tidak lagi marah marah dan tampak yakin dari biasa.Aisya menganggap itu satu perubahan biasa.

"Akak pelik dengan Tuan Taufiq tu,dulu dia tak macam sekarang ceria.Dulu,muka dia cepat je masam dan marah marah,"luah Kak Halimah.Bukanlah dia nak cakap majikannya itu tidak baik namun majikannya sekarang lebih dia senangi.

"Alah kak,baguslah tu.Itu tandanya dia hidup bahagia.Kita doakan jelah yang baik baik buat dia.Kita pun senang hati nak bekerja dengan dia tanpa takut takut dah,"balas Aisya.Dia menyuap sesudu nasi lemak.

"Betul jugak,akak pun makin seronok nak kerja dengan dulu.Akak dulu ada dengar Tuan Taufiq ni baik tapi sejak arwah mak dia meninggal dia jadi serius sangat,"cerita Kak Halimah lagi.Aisya mendengar tekun.

Aisya teringat perbualan antara dia dan Kak Halimah beberapa hari lepas.Dia mengambil laporan untuk dihantar ke Taufiq.Ketika dia melintasi meja Kak Halimah,dia tiada kerana cuti sakit.Aisya mengetuk pintu bilik bosnya.Namun tidak bersahut.

"Tuan,"Aisya melangkah masuk.Tiada bayangan Taufiq.Dia putus ingin meletakkan saja laaporan itu dia atas meja.Namun,matanya terpaku pada diari yang terjatuh dilantai.

Aisya membuka tanpa ragu ragu.Dia terlupa hukum menganggu hak orang namun diari itu seakan menarik dia untuk terus tunggu di situ.Aisya membaca salah satu helai diari tersebut.

21 Disember 2010

Mama kini sudah tiada.Mama akhirnya tinggalkan Fiq sendirian.Dah tiada orang akan dengar luahan Fiq.Mama tinggalkan Fiq,Nisa tinggalkan Fiq.Semua orang tinggalkan Fiq.Nisa tinggalkan Fiq,berkahwin dengan orang lain.How dare she doing this to me?Nisa,did you forgetten all the memories we had together?Mama,I hope you still here with me and comfort me with your warm hugs.Ya Allah,I am getting weak.

Pintu bilik terbuka secara tiba tiba.Diari itu terlepas dari tangan Aisya kerana terkejut.Taufiq terkejut melihat Aisya disitu.Dia terpandang diari yang jatuh di kaki gadis itu.

"Er,saya minta maaf.Tadi tadi saya ketuk,tapi tuan takde,"Aisya cuba memjelaskan.

"Keluar,"arah Taufiq.Dia cuba bersabar.

"Er saya minta maaf tuan,"Aisya cuba lagi.

"I said get out!!"tempik Taufiq.Terhenjut bahu Aisya.Dia keluar lambat lambat.Dia segera berlari keluar dari bilik itu.

Taufiq meraup mukanya berkali kali.Gelas di meja di campak sehingga pecah berderai ke lantai.

Berombak dadanya menahan pelbagai rasa yang sekali bertandang.Antara marah dan serba salah menjadi satu.

******

Aisya melangkah longlai menuju perhentian bas berdekatan pejabatnya.Kejadian siang tadi asyik berlegar di fikirannya.Bagai ulang tayang.

Dia tidak marah Taufiq kerana menengkingnya kerana masalah ini berpunca darinya.Dia sendiri gatal nak baca diari milik orang lain.

"Tapi diari tu macam menarik aku minta baca kut,"rungut Aisya.Dia menongkat dagu memikirkan bagai mana mahu menyelesaikan masalah yang melanda.

Tiba tiba sebuah kereta berhenti depannya.Taufiq menurunkan tingkap keretanya.

"Marilah naik dengan saya,saya hantar awak sampai ke rumah,"ajak Taufiq.Dia ingin menebus salahnya kepada gadis itu.

Aisya terkaku sejenak.Dia takut kalau Taufiq mahu marahnya.

"Takpelah tuan,saya naik teksi saja,"tolak Aisya.

"Marilah,lagipun hari nak gelap dah.Bahaya awak tinggal sini sorang,lagipun sini banyak berlaku jenayah ragut,"pelawa Taufiq lagi.

Aisya memikirkan berkali berkali ajakan Taufiq.Muka Taufiq dilihat penuh pengharapan.Akhirnya Aisya setuju menerima pelawaan Taufiq.

Suasana dalam kereta sunyi seperti dalam hutan.Walhal,radio yang dipasang memainkan lagu lagu rancak dan celoteh penyampai radio menguasai.Namun,kebisuan dua makhluk menjadi keadaan dalam kereta itu kekok.

Aisya hanya memandang luar tingkap.Taufiq menumpukan pemanduannya namun dia tidak senang dengan kesepian yang menghiasi saat itu.

"Saya minta maaf,"akhirnya Taufiq mengalah.Dia tidak betah lagi.

"Hah?,"tanya Aisya.

"Saya minta maaf tengking awak pagi tadi,saya terlalu ikutkan hati,"kuat sedikit suara Taufiq.

"Ouh,takpe tuan.Salah saya masuk bilik tuan lepastu ganggu privasi tuan.Saya minta maaf,"ucap Aisya.Mereka kembali bisu.

"Apa yang awak baca dalam diari tu betullah,"pecah Taufiq lagi.Matanya masih fokus pada pemanduan.

Aisya memandang Taufiq dan menunggu kata kata seterusnya dari Taufiq.Memang selepas membaca diari itu walau sedikit,hati dia mendesak ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya.

"Nisa,dia bekas tunang saya.Dulu,kami berkawan sebelum mengambil keputusan untuk serius dalam perhubungan yang lebih dari sekadar kawan.Memandangkan kami saling suka dan cinta satu sama lain,kami bertunang,"sedikit dari Taufiq.

Aisya tekun mendengar.Hatinya menunggu lagi dengan sabar.

"Segalanya indah,semuanya indah.Tak ada satu pun yang cacat cela dan kami juga mendapat restu keluarga saya.Nisa merupakan yatim piatu,jadi family saya sayangkan dia sepenuh hati.Sehinggalah,"terhenti cerita Taufiq.Dia menarik nafas sedikit.

'Sehingga apa?Cepatlahhhh,'teriak Aisya dalam hati.

"Sehinggalah Nisa bertemu kembali Arif.Arif merupakan kawan dia dari kecil.Saya fikirkan mereka kawan rapat,jadi saya tidak kisah mereka serapat mana pun tambahan pula mereka sudah lama terpisah.Namun,tanpa saya sedar mereka menjalin hubungan.Nisa masih tidak dapat lupakan Arif kerana Arif merupakan lelaki pertama sebelum saya yang dia mula menaruh hati.Nisa memutuskan hubungan kami,sedangkan lagi seminggu kami mahu bernikah.Puas saya merayu agar diberi peluang,Nisa masih dengan keputusannya.Bila mak saya dapat tahu,"Taufiq memberhentikan keretanya ditepi jalan.Dia mencengkam stereng dengan kuat.

Aisya sudah kerisauan melihat raut Taufiq sudah berubah.Aisya mula tidak senang duduk.Tetapi dia beranikan diri.

"Bila mak saya dapat tahu yang saya tak jadi kahwin,mama jatuh sakit kerana serangan jantung.Selang beberapa hari,mama meninggal.Nisa pula hilang entah ke mana,saya tak tentu arah.Ketika saya memerlukan dia,dia pergi bersama orang lain.Nasib baik ada papa,papa banyak beri sokongan.Saya mula bangkit sedikit demi sedikit.Selang 3 bulan,saya mendapat khabar Nisa dan Arif kemalangan.Arif cedera parah manakala Nisa meninggal dunia.Sekali lagi,saya rasa semua perasaan.Sedih,geram,marah menjadi satu.Walaupun Nisa memilih orang lain,tapi saya tidak pernah minta dia pergi sebegitu,"luah Taufiq.Matanya walau tidak digenangi airmata namun dia menanggung seribu beban.

"Disebabkan perkara ini,saya mula bina tembok dalam diri saya agar jangan mudah percayakan perempuan.Sebab saya dah hilang kedua dua orang perempuan yang saya sayang.Mama pergi membuat saya rasa bersalah dan Nisa pergi kerana kesalahan dia yang membuat saya jadi begini,"kata Taufiq.

Aisya yang membatu sedari tadi hanya memandang pilu.

"Saya minta maaf.Tapi tuan,kalau tuan masih hidup dibelenggu rasa dan tembok yang tuan bina selamanya tuan akan tidak percayakan orang lain dan orang lain pun tidak percayakan tuan,"Aisya cuba berbicara secara halus tanpa menyakiti hati Taufiq.

"Tapi saya tak mampu,"keluh Taufiq.Dia meraup wajahnya.

"Kalau tuan asyik mengeluh dan selalu rasa tidak mampu,tuan memang takkan mampu.Tuan tak cuba tuan tak tahu.Saya yakin tuan mampu.Allah amat sayang pada Allah yang cuba dan usaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik,"pujuk Aisya.Taufiq nemandang Aisya,Aisya menguntum senyum agar Taufiq percaya katanya.

"Marilah saya hantar awak balik,"Taufiq kembali fokus pada pemanduannya setelah terganggu.Dia memikir dalam benaknya setiap kata kata yang lahir dari Aisya.

Mereka sampai tiga puluh minit kemudian.Aisya turun dari kereta setelah mengucapkan terima kasih.

"Aisya,"panggil Taufiq.Aisya berpaling.

"Terima kasih.Saya semakin senang dengan awak,"ucap Taufiq.Dia senyum pada Aisya.Memang ikhlas.

"Tak apalah,saya faham.Terima kasih dan hati hati memandu tuan,"balas Aisya.Taufiq mengangguk.Dia kembali menutup tingkap.

Aisya memandang kereta Taufiq berderum sehingga hilang bayangan kenderaan itu.Dia senyum dan melangkah masuk.Dia yakin,Taufiq tidak akan apa apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience