BAB 2

Romance Completed 51290

Aisya mengatur langkah menuruni tangga.Dia berhenti seketika melihat dirinya di cermin yang tergantung di dinding.Dia menambahkan sedikit olesan pelembap dibibirnya.Setelah berpuas hati dia kembali mengatur langkah.

Hari ini,dia akan memulakan pekerjaan pertama dalam kehidupannya.Al maklumlah,selama lebih 6 tahun belajar dan setelah memperoleh Ijazah Perakaunan,dia tidak tunggu lama untuk mencari kerja selain berehat saja.Dia tidak suka bertangguh kerja kerana itu salah satu perkara yang Allah akan murka.

Aisya mengambil tempat di meja makan.Nasi goreng dalam mangkuk dicedok sedikit.Dia mengangguk sedikit apabila maknya menuangkan air buatnya.Dengan lafaz bismillah,Aisya menyuap sesudu nasi goreng masakan maknya.

"Abah mana mak?,"melilau mata Aisya mencari abahnya.Yelah selalu abahnya akan duduk disini sambil membaca surat khabar.

"Abah kamu ke pasar.Malas mak nak ke pasar hari ni,mak minta abah pergi,"maknya mengambil tempat di depan Aisya.Aisya mengangguk angguk bagai burung belatuk.

"Kamu kerja baik baik Aisya.Buat kerja rajin rajin.Jangan mengelat dan buat hal.Cari kerja dengan berkat Allah,"maknya memberikan sedikit semangat memandangkan hari ini hari pertama Aisya bekerja.

"Yelah mak,in shaa Allah.Aisya ingat pesan mak,"Aisya membalas dengan mulut dipenuhi makanan.

"Kamu ni Aisya,cubalah cermat sikit.Dah besar pun macam budak lagi,"bebel mak dia.Aisya tersengih kerang busuk.Dia mengerling jam ditangan.

"Okaylah mak,Aisya pergi dulu.Nak kejar teksi lagi,nanti lambat pulak,"Aisya segera bangun dan meneguk rakus air.Mak dia hanya mampu menggeleng.Aisya mencapai tangan maknya dan kucup lembut.Dia berlalu ke muka pintu.

"Mak kirim salam je kat abah.Doakan Aisya ya mak,"laung Aisya ketika memakai kasut

"Yelah,baik baik kerja,"pesan maknya lagi.Aisya membuat isyarat okay.

'Ya Allah,berilah hari ini menjadi hari terbaik buat anakku dan hari hari seterusnya,'doa seorang mak terhadap anaknya.

******

Aisya melangkah keluar dari perut teksi.Dia meninjau dari atas ke bawah bangunan tinggi dihadapannya.Mentari pagi mula menunjukkan sinarnya.

Dia menarik nafas sebelum mengatur langkah dengan keyakinan.Dalam hatinya,tidak putus putus doa agar hari ini berjalan dengan sempurna.

Kelihatan penuh orang di hadapan pintu lif.'Mungkin kerana hari ini hari Isnin,jadi ramailah kut,hati Aisya bersoal sendiri.

Bila tiba disitu,barulah dia tahu kenapa ramai orang beratur sehingga bersesak sesak.Rupanya 2 lif yang terdapat disitu rosak.Aisya juga seperti yang lain menunggu untuk menaiki lif.

Sejurus lif tiba di grand floor,pintu pun terbuka.Namun,Aisya dirempuh oleh sebatang tubuh sasa sehinggakan dia terjelapuk di lantai.Semua mata tertumpu kepada dia.

Belum sempat Aisya bangun,lelaki itu sudah memasuki lif.Dia ingin mengejar namun tidak sempat kerana pintu lif sudah separuh tertutup.

"Kurang ajar betullah,dahlah langgar tak reti minta maaf ke.Takde adab betul.Macam dia pemilik bangunan ni pulak"rungut Aisya.

"Siap kau,aku cam muka kau.Aku dapat kau memang aku siat siat kulit kau,"omel Aisya.Dia membetulkan baju kurungnya.

Dia melangkah masuk ke dalam lif.Memandangkan tadi sudah ramai yang telah naik,jadi bilangan di dalam lif berkurangan.

Aisya mengetap gigi mengenangkan peristiwa tadi.Malunya bukan kepalang.Dalam hati dia sudah bertekad,kalau dia jumpa lelaki itu,memang dia luku.

******

Aisya melepaskan lelah dimejanya.Dia menarik nafas seketika sebelum menghembus kembali.Alhamdullilah,hari ini semua berjalan seperti yang diharapkan.Semua pekerja keluar makan kerana sudah tiba waktu lunch.

Staf - staf disini sudah dia kenal serba sedikit oleh Puan atau lebih senang Kak Halimah.Alhamdullilah,kerana semua pekerja disini ramah dan senang berbicara.

Sejujurnya,dia mula senang dengan kerja disini.Dengan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan memang five star.

Tiba - tiba,Aisya teringat Kak Halimah ada kata mengenai Ketua Kewangan disini.

"Hah,sebelum akak lupa,kita punya Ketua Kewangan dekat sini sangat tegas tapi dia okay je.Akak tak dapat kenalkan Aisya dengan dia sebab hari ni dia ada meeting.Dia ni merupakan anak saudara pemilik company ni.Nama dia Tuan Taufiq Tuan Ismail.Bapa dia merupakan salah seorang pemegang syer.Dia lebih senang kerja bawah orang walaupun anak orang senang.Jadi,jangan buat hal sebab dia ni memang pro dalam bidang akauntan semua ni.Segala keluar masuk duit syarikat semua dibawah dia."

Aisya mengetuk dagunya berulang kali.Agaknya siapalah gerangan si Ketua Kewangan syarikat ini.Aisya tertanya tanya.

"Bagus betul ketua aku ni,family hidup senang.Tapi dia pilih kerja bawah orang.Susah nak dapat orang yang macam ni,"puji Aisya.

Aisya mengerling jam.Angka menunjukkan 1.20 pm,dia berlalu ke surau untuk menunaikan solat Zuhur.

******

"Assalamualaikum,"Aisya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Walaikumussalam,"serentak suara mak dan abahnya menyahut salam anak mereka.Aisya menyalam tangan kedua ibu bapanya.

Aisya menghempas badannya ke sofa.Dia merenung siling rumah.

"Hai,baru sehari kerja dah macam separuh mati?,"perli mak kepada Aisya.Aisya menoleh kepada maknya.

Aisya menayangkan muka penatnya mengharapkan belas ehsan maknya.Namun,pandangan sepi dari mak dia dibalas.

"Takpelah Aisya.Abah dulu mula mula kerja pun macam Aisya,susah nak suaikan diri.Tapi,bila kita dah seronok kerja tiap tiap hari rasa rindu nak kerja.Yang penting kerja kerana Allah,baru rezeki melimpah ruah dan murah sentiasa,"pesan abah.Aisya mengangguk dengan teliti.

Aisya selalu mendengar setiap pesan abahnya kerana pesan abahnya sangat bermakna dan abang bukanlah selalu memberi pandangan dan nasihat.Nasib sekali bagi,menusuk kalbu,kata kau.

"Dah pergi naik atas.Mandi,solat Maghrib lepastu kita makan.Mak masak favourite adik,"suruh mak sambil menepuk peha Aisya.

Mendengar saja favourite,Aisya kembali bersemangat.Semakin terliur membayangkan masakan kari kepala ikan air tangan mak dia.

"Baik tuan,saya menurut perintah,"Aisya melakonkan ala ala tabik hormat.Bagai lipas kudung cepat saja dia berlalu ke atas.

"Macam macam,"omel mak.

"Anak awak jugak,"balas abah.Mak hanya menjeling seketika sebelum berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience