BAB 12

Romance Completed 51290

Sudah seminggu Taufiq bercuti.Kak Halimah Taufiq terpaksa bercuti kecemasan.Seminggu jugalah Aisya menanggung rindu teramat.Baru dia tahu bagaimana perasaan Taufiq ketika dia membuat lelaki itu tertunggu.

Hari Aisya berlangsung seperti biasa.Kerja,kerja dan kerja.Namun,hati dan fikirannya hanya berfikir kemana hilangnya Taufiq.Hampir jadi gila bila dia bertanya Kak Halimah pun tidak tahu kemana perginya Taufiq.

Aisya termenung sejenak.Dia mengeluh dan terus mengeluh.Jam di lirik,sudah memasuki jam tiga.Mujur dia ber'cuti solat,jadi dia tidak tergesa melakukan ibadah fardhu.

Deringan telefon dipandang.Nama Haikal terpampang.Aisya berfikir sejenak sebelum mengangkat.Huluran salam diberi oleh Haikal disambut oleh Aisya.

"Abang nak jumpa?Buat apa?Aisya tengah kerja ni,"rungut Aisya.Dia memang malas mahu berhubung dengan Haikal.Bukan dia tidak tahu Rania tidak suka dirinya rapat dengan Haikal walau pada asalnya dia yang rapat dengan Haikal.

"Nanti Rania marahlah,tak payahlah bang.Lain kali kita jumpa,"dalih Aisya.Dia berkira mahu menamatkan panggilan namun dihalang.

"Apa yang mustahaknya?Tak boleh cakap dalam fone ke?,"soal Aisya malas.

"Yelah,yelah.Pukul empat setengah Aisya datang,"setuju Aisya.

"Apalah yang dia nak,dah ada bini sibuk nak menempel dengan orang,"omel Aisya.Dia segera menyiapkan segala tugasan sebelum meminta diri untuk pulang awal.

******

Taman layang layang atau dipanggil Taman Metropolitan itu sangat redup.Ditambah pula dengan awan yang sedikit mendung dan angin yang bertiup sekata menjadikan sesiapa yang datang ke situ mempunyai aura sama ada mahu beriadah atau mengambil udara yang nyaman.

Aisya mencari cari bayangan Haikal yang menyuruh dia kesini.Katanya ada hal mustahak yang harus diselesaikan pada hari ini juga.

Akhirnya Aisya ternampak Haikal disuatu sudut yang sedikit jauh dari taman permainan.Haikal sedang duduk di bangku sambil setia menunggu kedatangan Aisya.

"Assalamualaikum,hah kat sini pun abang.Penat Aisya melilau cari abang,tak cakap pun tunggu kat sini,"kata Aisya.Dia mengelap peluh dihujung baju kurungnya.

"Apa abang nak cakap dengan Aisya?Kata penting sangat,"Aisya terus terang.Dia tidak mahu berlama nanti Rania dapat tahu dia yang susah.

Haikal memandang dia seakan mahu terkam.Aisya semakin pelik dengan perlakuan Haikal.

"Abang cepatlah cakap.Aisya nak balik,"gesa Aisya.Sebenarnya dia saja nak larikan diri.

"Aisya pernah suka abang ke?,"tanya Haikal.

"Lah,tu je ke abang nak tanya.Mestilah Aisya suka.Abang tu sepupu Aisya,saudara Aisya,"jawab Aisya.

"Bukan,maksud abang lebih dari sekadar abang,"jelas Haikal lagi.Lebih terperinci.

Hampir terjatuh jantung Aisya mendengar penjelasan Haikal yang terlalu straight.

"Apa abang ni.Tanya soalan yang bukan bukan,dahlah Aisya balik dulu,"Aisya bangkit namun pergelangan Aisya direntap.

"Apa abang ni,lepaslah,"marah Aisya.Dia makin tidak suka dengan perlakuan Haikal yang berlainan.

"Aisya,abang tahu Aisya pernah sayangkan Aisya.Abang minta maaf sebab kecewakan Aisya.Bagilah abang peluang,kita kahwin.Abang akan bahagiakan Aisya.Abang akan adil dengan Rania dan Aisya.Abang serba salah buat Aisya menaruh perasaan terhadap abang,jadi abang akan bertanggungjawab,"paksa Haikal.

"Abang ni dah kenapa?Gila sangat,Rania tahu mati kita,"marah Aisya.Dia merentap pergelangan tangannya.Namun belum apa apa pipinya sudah ditampar oleh seseorang.

"Rania,"ucap Aisya.Perit pipinya kerana ditampar oleh Rania.Nasib baik tempat mereka terlindung jadi tidak nampak dek orang lain.

"Hah aku,kenapa?Terkejut?,"sinis Rania.Dia menahan kemarahan dalam hati.

"Kau salah faham ni.Abang Haikal jelaskan apa yang dah jadi,"arah Aisya.Mengharapkan penjelasan yang benar dari Haikal

"Abang memang nak kahwin dengan Aisya,"akui Haikal.Terbuntang biji mata Aisya apatah lagi Rania.

"Kurang ajarkan kau Aisya.Lelaki orang pun kau nak,sepupu punya suami pulak tu.Kau memang tak sedar dirikan,hey sedarlah Abang Haikal dah jadi suami aku,"tengking Rania.

"Rania,kau salah.Aku,"belum sempat Aisya menghabiskan ayat,Rania menyampuk.

"Aku apa?Aku memang nak kahwin dengan Abang Haikal macan tu?Tak sedar diri ke hah perempuan,memalukan keluarga je kau ni,"hina Rania.Aisya tidak mampu bersabar dia menampar pipi Rania pula.

"Kau dengar sini heh,aku tak hadap dengan laki kau ni yang gila talak.Aku lebih rela tak kahwin dari kahwin dan aku tak ingin nak hidup bermadu dengan perempuan yang nak menang macan kau ni.Buat apa aku nak rampas laki orang kalau aku sendiri ada seseorang yang lebih hebat dari suami kau?Aku tak bodoh macam kau.Ingat aku tak tahu dari dulu kau tak suka aku lebih dari kau sebab kau tak suka aku,kau benci aku.Disebabkan kebencian kau tu,kau jadi bongkak dengan kecantikan kau tu.Kau simpan dan jaga jelah laki kau tu,aku tak nak pun,"herdik Aisya.Dia terlalu marah sehinggakan dia sendiri lancang.

"Dan kau abang,kau pikir aku masih ada lagi hati dekat kau ke?No okay,aku dah cukup bahagia tanpa perasaan pada kau.Lain kali ada masalah dengan bini kau,jangan babitkan aku.Kalau keluarga dapat tahu hal ni,aku memang tak akan maafkan korang berdua,"marah Aisya pada Haikal pula.Airmatanya gugur setitik.

"Aisya akan berkahwin dengan saya,hanya saya saja Aisya akan berkahwin,"kata satu suara.Aisya berpaling dan melihat Taufiq menuju kepadanya.

'Ya Allah,dia datang.Aku rindu dia Allah,'hati Aisya menangis.Taufiq memegang tangan Aisya.

"Jangan ganggu bakal isteri saya yang cantik ni,atau saya akan dakwa awak atas menganggu ketenteraman hidup orang lain,"ugut Taufiq kepad Haikal dan Rania.

Taufiq membawa Aisya pergi sejurus itu.Pegangan tangannya pada Aisya tidak dia lepaskan.Aisya hanya mengikut kemana saja Taufiq membawanya kerana dia terlalu rindukan lelaki itu.

******

Diam,hanya sepi yang menemani mereka.Aisya berpeluk tubuh memandang bukit didepannya.Taufiq pula sedang memikir cara nak memujuk Aisya.

Dia tahu dia salah sebab tinggalkan gadis itu tanpa kata selama seminggu.Namun,dia perlu masa untuk berfikir sama ada dia layak atau tidak untuk Aisya.

Berkat nasihat papanya dan solat istikharah yang dia lakukan,dia yakin Allah memang menciptakan Aisya untuk dia.

"Kenapa awak datang balik?Bukan awak dah tak nak saya ke?,"soal Aisya.Dia tidak betah lagi duduk dalam keadaaan diam sepi.Dia perlu penjelasan dari Taufiq.

"Saya minta maaf,"ucap Aisya.

"Maaf maaf,awak tahu tak saya macam orang gila tahu cari awak.Saya call dan mesej awak tak jawab,saya tebalkan muka tanya mana awak pada Kak Halimah,"herdik Aisya.Dia memandang Taufiq tajam.Taufiq menunduk.

"Saya keliru masa tu,jadi saya ambil keputusan untuk menilai sama ada saya ni layak untuk awak ke tak,"jelas Taufiq.

"Awak fikir saya ni perempuan jenis apa?Perlukan lelaki yang terlalu sempurna untuk saya?Awak silap Taufiq,saya terima awak seadanya yang saya mampu.Awak curi hati saya,lepastu awak hilang.Kalau macam inilah,kita tak payah bersatulah Taufiq,saya tak sanggup terluka,"luah Aisya.

"Eh janganlah,saya betul betul nakkan awak,"ingin Taufiq.Aisya menggeleng sebelum melarikan pandangan dari Taufiq.Dia menangis.

Sebaik saja dia ingin memandang Taufiq,Taufiq sudah berdiri dihadapannya.Lagilah pecah airmatanya.Taufiq mengusap airmata yang jatuh berderaian di pipi milik gadisnya.

"Aisya Safia,saya mungkin nampak sempurna,punya segalanya.Namun,dalam hati saya amat lemah.Di sini saya masih terlalu rapuh sehinggakan saya takut sendirian lagi,"Taufiq membawa tangan Aisya ke dadanya.

"Saya mahukan kebahagiaan tapi saya begitu takut kerana masa lampau.Tapi,hadirnya awak membuat saya semakin berani untuk mencapai apa yang saya mahu,jadi saya tak mahu bertangguh lagi.Dengan lafaz bismillah,saya ingin melamar awak untuk saya,dan saya untuk awak.Dengan bersaksikan cincin ini,saya yakin Allah akan merestui cinta kita,"tulus Taufiq melepaskan apa yang dia bukukan selama ini.

Aisya menangis kegembiraan.Dia mengangguk tanda setuju.Dia tidak mampu menipu lagi.

"Saya cintakan awak kerana Allah,"ucap Taufiq.Dia menyarungkan cincin itu pada jari manis Aisya.

"Saya pun cintakan awak,"akui Aisya.Taufiq tersenyum dan pandangan dia tidak dialihkan pada Aisya.

'Walaupun awak dingin macam ais,tapi awak pencuri hati saya,'lafaz hati Aisya.

Semoga cinta mereka berada dilandasan yang Allah tetapkan dan bahagia selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience