BAB 9

Romance Completed 51290

Rumah Aisya mula dipenuhi dengan kedatangan dari sanak saudara,jiran tetangga untuk memenuhi undangan doa selamat.Aisya begitu sibuk melayan tetamu.

Abah pula sedang duduk dibawah khemah sambil menunggu tuan imam datang bagi mengetuai majlis kesyukuran itu.Mak juga sedang duduk di ruang tamu untuk berborak serta dengan sanak saudara dan jiran tetangga.

Aisya melangkah keluar untuk menguruskan bahagian makanan.Dia ditegur oleh Haikal ketika memakai selipar.

"Ada apa apa lagi nak tolong ke?,"tanya Haikal.Peluh merenik di dahinya segera dilap.

"Takde apa dah.Abang pergilah duduk,"balas Aisya.

"Aisya,"panggil abah.Aisya menyahut panggilan abahnya.

"Ni hah Taufiq dah sampai,"kata abah.Abah berjalan seiringan Taufiq.Aisya terkejut,sangkanya bosnya tidak hadir namun datang jua.

"Eh tuan,saya ingat tuan tak datang,"ucap Aisya.Taufiq senyum manis.Segak dia berbaju melayu.Ringkas namun menyerlahkan aura lelakinya.

"Macam tak suka je saya datang?,"duga Taufiq.

"Eh tak tak.Jangan salah faham.Saya takut tuan busy,"Aisya mengoyang goyangkan tangannya tanda tidak.

Suara dehaman seseorang menyampuk perbualan mereka.Aisya terlupa Haikal masih tercegat disitu.Tajam matanya memandang Taufiq.

"Tuan,ni saya kenalkan Haikal,abang sepupu saya.Abang,ni Tuan Taufiq,bos Aisya,"Aisya memperkenalkan mereka kepada antara satu sama lain.

"Taufiq,"Taufiq menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Haikal,"mendatar saja suara Haikal namun huluran tangan disambut.

"Tuan,jom saya kenalkan tuan pada mak saya,"ajak Aisya.Taufiq mengikut Aisya masuk ke dalam rumah meninggalkan Haikal disitu.

Semua mata tertumpu pada Aisya dan Taufiq ketika mereka melangkah masuk.Aisya menuju ke arah maknya yang sedang berborak dengan keluarga mereka.

"Mak,nilah Taufiq.Bos Aisya,"Aisya menuding ibu jari kepada Taufiq.Mata mak berkilau seperti laut yang dibias cahaya matahari.

"Nilah pakwe yang abah cakap tu?Segak,mak suka,"jujur mak.Terdengar bisikan nakal dari makcik makciknya.Aisya menggeleng kepalanya.

"Mana ada mak.Bos Aisyalah,"tapis Aisya.

"Assalamualaikum,saya Taufiq.Makcik apa khabar?,"tanya Taufiq untuk mengambil hati orang tua itu.Nak tambat anak,pikat hati mak ayahnya dulu.

"Alhamdullilah makcik.Taufiq duduklah dulu,sikit lagi kita berborak,"ajak mak.

"Yelah,saya pergi duduk dengan pakcik dulu,"sopan Taufiq meminta diri.Aisya disebelah dikenyitkan matanya.

Melopong mulut Aisya.Bos dia sudah disampuk hantu!

******

Para tetamu yang sudah habis menjamu selera ketika selesai doa selamat mula beransur pulang.Alhamdullilah majlis berjalan lancar.Semoga ibadah ini diterima Allah.

Aisya duduk dibawah khemah melepaskan lelah.Bukan penat buat kerja tapi penat mulut menjawab soalan soalan yang keluar dari mulut keluarganya mengenai Taufiq.

Abang dan kakaknya pula tidak habis habis mengusik dia.Kata mak dan abah akan makan nasi minyak lagilah,nak dapat menantulah dan paling tragis cucu baru coming soon.

Aisya meneguk air sirapnya.Dia menekup muka ke meja.Taufiq masih belum pulang tapi malas dia nak layan.Nanti duduk berdua pun orang berbisik sambil memandang mereka.

"Ehem ehem,"garau suara Taufiq membuatkan Aisya mengangkat kepala.Dia tersenyum manis.

"Penat nampak?Ada apa apa lagi yang saya boleh tolong?,"tanya Taufiq.

"Tuan ada buat apa apa ke?,"soal Aisya.

"Ouh,saya tolong sikit je.Mana boleh toling saya tolong,"jelas Taufiq.

"Lah,tuankan tetamu.Kenapa tuan buat kerja?Nanti abah dan mak marah tau,"balas Aisya.

"Diorang dah tegah,tapi takpelah saya suka,"Taufiq tersengih.Aisya menjegilkan matanya.

"Hai Aisya,dating ke?Sweet betul,"suara Kak Alia kuat membuat mereka memandangnya.Sanak saudara yang sedang melepak disitu bersiul siul.Bertambah merah muka Aisya dan Taufiq.

"Abang ngah nak dapat menantu dah tu.Nanti kahwin biarlah yang paling gah,"suara maklang membuatkan lagi huru hara disitu.Mereka tergelak melihat Aisya dan Taufiq tersipu malu.

"Saya rasa saya kena baliklah,"bisik Taufiq.Aisya mengangguk laju.Bukan nak menghalau tapi itulah yang lebih baik buat masa sekarang.

Taufiq bangun dan menuju kepada abah dan mak untuk meminta izin.Mak memberi sedikit bungkusan lebihan makanan kepada Taufiq.Seusai bersalam dengan semua keluarga Aisya,dia kepada Aisya.

"Saya balik dululah,"Taufiq meminta diri.

"Jomlah,saya hantar tuan ke kereta,"ajak Aisya.Taufiq mengangguk.Mujur dia memakir kereta dihujung sana bolehlah dia berjalan seiringan dengan gadis itu.

Aisya merasakan perjalanan menuju ke kereta itu seakan jauh berbatu.Mereka hanya diam.Yang kedengaran hanya bunyi langkah yang berlaga dengan batu jalan.

Taufiq menekan alat automatik untuk membuka keretanya yang terkunci.Namun,dia berpaling memandang Aisya.

"Kenapa tuan pandang saya?,"tanya Aisya sambil senyum janggal.

"Awak nampak cantik,"puji Taufiq.Aisya ketawa kecil.

"Ada ada je tuan ni,hati hati memandu tuan.Jumpa esok,assalamualaikum"ucap Aisya dan dia mula memula langkahnya untuk pulang.Namun baru 2 langkah namanya dipanggil.Aisya berpaling.

"Saya setuju dan ingin kotakan segala usikan saudara awak untuk kita tadi,"Taufiq meluahkan rasa.Dia berpeluk tubuh sambil memandang Aisya yang kebingungan.

"Maksud tuan?,"soal Aisya.Dia bingung.

"Saya betul betul sukakan awak dan saya nak kotakan segala apa yang saudara awak cakap tadi pasal kita,"spontan.Itulah yang terluah dari mulut Taufiq.

Aisya merasakan kakinya seakan digam disitu.Hampir putus nyawanya mendengar luahan yang dia tidak duga itu.

'Oh my Allah,serius ke ni?,'berdetak laju jantung Aisya.

******

Aisya memasuki biliknya dan mengunci pintunya.Jantung yang berdegup pantas ditekupkan dengan kedua tangan.Peluh usah dikatalah,basah dahinya menyebabkan tudungnya juga basah.

Sanak saudar dibawah tidak dihiraukan.Yang penting diri dia.Luahan Taufiq benar benar membuatkan dia tidak tentu arah.

"Saya nak jadikan awak milik saya sepenuhnya,"kata Taufiq.Dia memberanikan diri untuk meluahkan apa yang terbuku di dadanya.

"Apa tuan ni?Gurau pulak,"Aisya cuba menafikan luahan Taufiq.Dia ketawa yang dibuat buat sedangkan dadanya sudah mahu meletup.

"Saya tak main main Aisya.Saya tahu kita masih baru kenal,dan baru nak berbaik antara satu sama lain.Tapi saya betul betul ikhlas.Memang inilah hasrat saya.Saya sudah mula sukakan awak dan hanya tunggu masa nak jadikan perasaan saya ini cinta,"luah Taufiq perlahan.Perlahan namun menusuk ke hati Aisya.

"Saya tak akan paksa awak.Saya beri awak masa tapi saya harap jawapan awak tidak menghampakan saya.Saya tak mahu terluka lagi dan berilah saya peluang untuk bahagiakan awak,"Taufiq meminta.

Aisya kehilangan kata kata.Tidak berkelip matanya.Saat mata Taufiq bertembung dengan dia,Aisya segera melarikan pandangan kerana jantung sudah mahu pecah.

"Saya pulang dulu,assalamualaikum wahai bakal isteriku,"kata terakhir Taufiq benar benar memukul hebat jiwa perempuan Aisya.Biarpun saat kereta Taufiq sudah berlalu pergi dia masih tidak mampu berganjak.

Nasib baik jeritan dari kakaknya mengejutkan dia.Kalau tidak sampai ke sudahlah dia berdiri kaku disitu.

Aisya menekup mukanya mengenangkan kejadian yang membuatkan dia malu itu.Berguling guling dia di atas katil.

"Mana mungkin tuan boleh suka aku secepat tu.Tak mungkin tak mungkin,"tepis Aisya.

"Tapi cara dia pandang dia tak main main,"setuju Aisya.Ah,dia bingung.

"Saya tak main main Aisya.Saya sukakan awak,wahai bakal isteriku,"Aisya teringat kata kata Taufiq.Luahan Taufiq bagai ulang tayang yang takkan pernah berhenti.

"Arghhhh,macam mana nak berdepan dengan dia esok.Malunyaaaa,"jerit Aisya kecil.

Dia menggosok rambutnya sehingga serabai.Dada yang masih berdegup laju ditekup lagi.

"Kenapa aku pun berdebar?Aku pun sukakan tuan ke?,"soal Aisya.Dia sendiri tidak tahu sehinggakan hati dia sebenarnya memang mula mencipta rasa buat Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience