BAB 8

Romance Completed 51290

Pagi itu,Taufiq bangkit dengan satu keyakinan yang luar biasa.Entah mengapa selepas dia menceritakan segala beban yang selama ini dia tanggung,dia ingin memulakan kehidupan lebih baik.

Dia bersiul siul kecil sambil menyisir rapi rambutnya.Dia sengaja memilih kemeja berwarna ungu lembut dan tali leher ungu gelap.Dia memilih jam jenama Tissot untuk menghiasi harinya kali ini.

Deringan telefon pintarnya membuatkan dia berhenti dari perbuatannya.Nama 'Papa' menghiasi kaca skrin telefonnya.Segera dia angkat.Satu suara tua memberi salam kedengaran dan dia menyambut.

"Fiq sihat,alhamdulilah,"jawab Taufiq girang.Tuan Ismail agak pelik mendengar betapa riangnya suara anak dia.

"Are you okay?,"tanya Tuan Ismail.

"Yes,I am.Why?,"balas Taufiq.

"Nope,just weird to heard you sound so happy,"jawab Tuan Ismail.Taufiq mengekeh ketawa lagi menambahkan pelik di hati Tuan Ismail.

"Taufiq okay pa,sangat okay.Penatlah asyik nak serius je,biarlah nak happy happy hari ni,"Taufiq menjawab persoalan papanya.

"Okay,I trust you.Hari ni papa nak pergi pejabat Fiq,saja nak jumpa pakcik kamu,"kata Tuan Ismail.

"Okay pa,see you there,"akhiri Taufiq.

Butang merah ditekan.Tuan Ismail cuba memikirkan apa yang membuatkan Taufiq gembira.Kali terakhir Taufiq begini,ketika anak dia bercinta dengan Nisa.

"Anak aku jatuh cinta ke?,"soal Tuan Ismail.Namun,bibirnya menguntum senyum.Hatinya gembira jika betul andaiannya.

******

Aisya menunggu lif terbuka.Hari ini dia awal sedikit kerana ada sedikit perlu dia buat sebelum dihantar.Sedang dia menunggu,bahunya dicuit kecil oleh seseorang.Dia menoleh siapa yang mencuit bahunya dan ternyata ialah Taufiq.

"Selamat pagi tuan.Awal sampai tuan?,"tanya Aisya.Taufiq kelihatan sangat segar.

'Eh kejap,warna baju samalah.Macam berjodoh je,'bisik hati Aisya nakal.Dia menilik Taufiq senyap senyap.

"Saja je datang awal,nak elak jammed.Awak pula awal kenapa?,"soalan Aisya berbalik pada dia.

"Ouh saya ada kerja sikit,"balas Aisya dan Taufiq mengangguk kecil.Pintu lif terbuka dan mereka masuk bersama.

"Kita kalau jumpa mesti dekat lif,macam berjodoh je kan?,"gurau Taufiq.Aisya membuntangkan biji matanya.

"Tuan memang pandai bergurau ya?Wah,saya tak tahu.Selama ni asyik tengok tuan serius saja,"ucap Aisya.Dia aneh kerana Taufiq tiba tiba bergurau dengannya dan berkata soal jodoh pula.

"Pagi pagi kenalah ceria.Awak sendiri cakap yang jangan serius dan selalu mencuba,"Taufiq memulang kembali 'paku' kepada Aisya.Gadis itu ketawa kecil.

"Betul juga.Hidup kalau serius pun tak boleh jugak,hati nanti dapat penyakit.Tak elok.Senyum itu sedekah,barulah hati tenang,"bicara Aisya.

Taufiq memandang Aisya.Lama.Kata kata gadis itu kembali menyentuh hati lelaki dia.

'Aku jatuh cinta ke?,'hati dia bertanya.Matanya tidak lepas memandang gadis itu.

"Kenapa tuan pandang saya macam tu?,"tanya Aisya.Dia rasa tidak selesa dengan renungan 'maut' bosnya.

"No,awak comel sangat,"kata Taufiq sebelum melangkah keluar setelah lif itu tiba ditingkat yang mereka tuju.Aisya seakan digam.Matanya tidak berkelip.

'Tuan puji aku?Tuan yang gila garang puji aku?,'berkali kali dia mempersoalkan.Aisya kembali sedar setelah lif itu hampir tertutup.

******

"Papa dah jumpa uncle ke?,"tanya Taufiq.Tuan Ismail memandang anaknya sebelum mengangguk.Bilik anaknya samgat kemas kerana anaknya memang seorang yang tidak suka pada serabut.

"Papa nak ajak anak papa lunch,tu yang papa datang,"ajak Tuan Ismail.

"Boleh boleh.Tapi sekejap,bagi Fiq sign semua dokumen ni dulu,"Taufiq menyudahkan kerjanya dengan cepat.

Ketukan di pintu kedengaran.Aisya melangkah masuk bersama fail di tangannya.

"Tuan,penyata yang tuan minta tu saya dah siap dan saya nak minta tuan semak,"kata Aisya.Lelaki separuh abad di kerusi itu dia berikan senyuman sebelum senyuman dia dibalas.

"Okay,tapi saya check lepas lunch sebab saya ada hal,"kata Taufiq.Matanya memandang Aisya.Sudah menjadi tabiatnya suka merenung gadis itu.

"Kalau macam tu saya keluar dulu,"pinta Aisya.Dia melemparkan lagi senyum pada lelaki tua itu.

"Oh ya Aisya,ni papa saya Tuan Ismail.Papa ni staff Fiq,Aisya,"kenal Taufiq.Aisya menunduk tanda hormat.

"Tuan ni yang mempunyai syer terbesar dalam syarikat ini kan?Saya kagum dengan tuan walaupun ada syer tapi tuan juga ada perniagaan sendiri yang besar dan gah,"puji Aisya.

"Terima kasih,awak pun boleh pergi jauh dan mungkin lagi berjaya,"dorong Tuan Ismail.

"Terima kasih.Saya keluar dulu,assalamualaikum,"sopan Aisya meminta diri.

Mata Tuan Ismail memandang sehingga bayang Aisya pergi.Dari tadi dia perasan mata anaknya tidak lepas dari memandang gadis itu.

"So,dialah gadis yang buat anak papa happy?,"tanya Tuan Ismail secara tiba tiba.Taufiq memandang papanya pelik.

"Apa maksud papa?,"

"Dah tak payah nak berdalih,ingat papa tak nampak Fiq asyik pandang dia,"Tuan Ismail tersenyum simpul.

Taufiq menelan air liur.Tak sangka papanya nampak apa yang dia buat.

"Kalau suka cakap,nanti dah melepas baru tahu.Lagipun,papa suka.Manis dan sopan je,"puji Tuan Ismail.

"Hish papa ni melalut je.Jom,Taufiq dah habis kerja,"Taufiq cuba melarikan diri.Malu pula rasanya papa dia dapat mengagak apa yang dia rasa.

"Eleh,ingat papa nak cucu cepat.Bosanlah duduk sorang je,tak sabar nak main dengan cucu,"kata Tuan Ismail.Taufiq ketawa.

"In shaa Allah,coming soon,"akhirnya Taufiq sudah tidak dapat elak lagi dari papanya.Mereka berjalan keluar bersama.

******

"Saya dah semak penyata tu and so far saya puas hati.Bagus,teruskan kerja yang begini,"Taufiq menyerahkan fail kepada Aisya kembali.

Aisya menguntum senyum.Dia berasa seronok hasil kerjanya dinilai dan diberi pujian yang baik.

"Kalau macam tu,saya balik dulu ya tuan.Lagipun dah petang,"Aisya meminta diri.

"Okay saya hantar awak balik,saya pun nak balik,"bangun Taufiq tiba tiba.

"Eh takpelah tuan,saya naik teksi,"tolak Aisya.

"Dengar arahan saya,saya bos awak.So keselamatan awak tanggungjawab saya,"alasan je Taufiq ni.Padahal dia ingin berduaan dengan gadis itu.

"Baiklah,"lemah saja suara Aisya.Dia keluar mengambil tas tangannya.

Di dalam kereta,Taufiq banyak mulut dan sambil itu dia cuba mengajak Aisya berborak.Nasib baik Aisya ikutkan saja.

"Okaylah tuan,saya masuk dulu.Terima kasih hantar saya balik,"ucap Aisya sesudah sampai.Tiba tiba motor abahnya berhenti di depan kereta Taufiq.

"Abah saya,"kata Aisya.Taufiq segera keluar dan menyalam tangan tua abah.

"Abah ni bos Aisya,Tuan Taufiq,"Aisya kenalkan Taufiq pada abahnya.Takut abahnya salah faham.

"Taufiq,panggil saya Fiq je pakcik,"ramah Taufiq.

"Taufiq,panggil pakcik saja,"abah mengerling pada Aisya.Dia menghidu sesuatu.

"Marilah masuk minum petang,"ajak abah.Aisya menggeleng kecil.Nanti mak dapat tahu,mesti macam macam maknya akan bertanya.

"Eh takpelah,lagipun saya nak jumpa kawan pula nanti,"tolak Taufiq baik.

"Yeke,takpelah.Hah,hujung minggu ni jemputlah datang rumah pakcik,ada doa selamat,"abah masih mengajak.Aisya sudah menepuk dahi di belakang Taufiq.

"Yelah,saya balik dulu ya,assalamualaikum,"Taufiq memasuki kembali keretanya setelah menyalam abah.Dia memandu pergi.Aisya segera masuk ke dalam rumah.

"Anak abah dah ada pakwe,"kata abah ketika memasuki rumah.Agak kuat.

"Apa bang?,"tanya mak.Mak tadi menonton tv terus berpaling.

"Anak kita dah ada pakwe,"selamba abah berkata.Terbuntang biji mata mak.

"Betul ni?,"tanya mak pada Aisya pula.

"Apa abah ni.Mana ada mak,"dalih Aisya.

"Ala,hujung minggu ni datanglah pakwenya.Abah berkenan,"setuju abah.

"Betul ni?,"tanya mak lagi.Aisya segera berlalu ke atas.Tak larat nak menjawab pertanyaan maknya.Dia menghempas badannya ke atas katil.

'Alahai tuan,kenapalah abah ingat awak pakwe aku,'desah hati Aisya.Dia menekup mukanya ke bantal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience