BAB 6

Romance Completed 51290

Sudah seminggu semenjak kejadian Aisya ditengking oleh Taufiq.Dan selama itulah Aisya tidak bersua jumpa dengan bosnya.Kata Kak Halimah,Taufiq pergi kursus ke Jepun.Aisya hanya mendengar saja.

Laporan yang dia buat balik pun sudah seminggu berada dalam bilik lelaki itu.Sekurang kurangnya dia tidaklah merasa kekok seminggu ketiadaan Taufiq.

Pagi itu Aisya memandu sendiri ke pejabat.Dia ada lesen kereta tapi dia saja memilih pengangkutan awam.Kuala Lumpur,terkenal kerana kesesakan setiap hari.Kalau tidak tahu jangan duduk di Kuala Lumpur.

Aisya memasuki perut lif bersama 3 pekerja lain.Aisya hanya senyum nipis kepada mereka.Ketika pintu lif hampir tertutup,ia terbuka kembali.Semua mata tertumpu kepada pintu lif.

Aisya terpaku di tempat berdirinya.Taufiq juga begitu namun dia segera masuk.Ucapan selamat pagi dari pekerja lain dituju kepada Taufiq dan Taufiq mengangguk.Sesekali matanya melirik ke tepi,namun Aisya hanya memandang pintu lif berharap pintu agar segera terbuka.

"Ting!"bunyi lif kedengaran.Pintu lif yang berhenti pada aras 13 terbuka.

Aisya dan Taufiq melangkah keluar namun mereka bertembung.Taufiq berdehem sedikit memberi laluan pada Aisya untuk keluar dulu.Aisya mengangguk kecil.

Taufiq berjalan di belakang Aisya.Dia hanya memandang susuk tubuh itu sehingga dia masuk ke bilik.Taufiq meletakkan briefcasenya dia atas meja setelah memasuki bilik.

'Masih marah lagi ke dia?,'fikiran Taufiq bertanya.

******

Pagi itu mesyuarat diadakan secara tiba tiba.Semua pekerja memenuhi ruang mesyuarat.Masing masing berborak sementara menunggu ketua datang.

Mulut mulut yang bercakap riuh tadi mula diam apabila kerusi utama diduduki oleh seorang lelaki tua yang sudah beruban namun masih nampak muda.

"Nilah Datuk Abbas,pemilik syarikat merangkap pakcik Tuan Taufiq,"bisik Kak Halimah perlahan.Aisya mengangguk.

"Selamat pagi semua,sebenarnya mesyuarat ini tidaklah begitu pentung namun saya nak maklumkan bahawa kita berjaya mendapat tender dari Megah Holding.So,I want this project,all staf must take a part,sebab jumlahnya bukan sedikit dan bernilai 50 juta.Dan projek ini turut mendapat kerjasama dari syarikat Arab,"umum Datuk Abbas.

Semua bertepuk tangan dengan kejayaan yang baru saja diberitahu.

"Jadi,saya nak semua bekerjasama.Saya nak cadangan mengenai tema kerana pihak sana memberi kita kebebasan untuk merekakan bangunan yang mereka mahu mengikut citarasa kita.So any idea?,"tanya Datuk Abbas.

Semua berdiam.Memikirkan idea masing masing.Salah seorang staf mengangkat tangan.

"Yes,"Datuk Abbas memberi peluang.

"Pada saya,mungkin konsep English merupakan konsep yang sesuai.Kita boleh menonjolkan seni English"kata pekerja itu.Mungkin saja dia dari Jabatan Rekaan.

"Menarik tapi saya rasa idea itu sudah terlalu ramai yang gunakan.Yang lain,"Datuk Abbas masih membuka peluang.

Aisya hanya menconteng buku catatannya tanpa ambil peduli.Lagipun,dia manalah ada otak geliga dalam rekaan semua ini.

"Cik yang dihujung sana?,"panggil Datuk Abbas.Kak Halimah menyiku lengannya.Aisya segera berdiri setelah sedar dirinya menjadi perhatian.

"Ada cadangan untuk apa apa rekaan?,"soal Datuk Abbas.Dia memegang dagu sambil memandang Aisya.Semua mata dalam bilik mesyuarat tertumpu pada dirinya termasuk Taufiq.

"Hah,erk.Erk,saya rasa konsep Melayu Kontemporari mungkin sesuai.Sebab pada saya,kita mestilah menunjukkan unsur unsur kesenian kita kepada pihak luar yang bekerjasama dengan kita.Mungkin manusia semakin maju tapi unsur sederhana dan kebudayaan masih ada.Dan unsur Melayu Kontemporari ini juga mempunyai unsur keislaman yang tersendiri sesuai dengan pelabur kita dari Arab,"usul Aisya.Dia tersengih menayangkan gigi putihnya.

"Menarik,Cik..,"

"Aisya.Aisya Safia dari Jabatan Kewangan,"perkenal Aisya.

"Wow,menarik.Saya kagum dan Taufiq,where are you get this lady?She have such a briliant brain,"puji Datuk Abbas.

"Terima kasih,Datuk,"ucap Aisya.Dia duduk kembali.

"Okay,mesyuarat kita tamat,"Datuk Abbas bangun dan melangkah keluar.

"Wah dashyatlah.Tahniah,Datuk suka dengan idea Aisya,"puji Kak Halimah.Aisya tersengih suka.Mereka keluar seiringan.

Ketika itu,Taufiq juga turut keluar.

"Tahniah,"suara Taufiq kedengaran.Aisya mengangguk perlahan.Mata mereka bertembung sebelum Aisya meminta izin untuk pergi

Kak Halimah dan Aisya bergerak sambil berborak sesama menuju ke meja mereka.

******

Jam menunjukkan sudah pukul dua belas tengah hari.Aisya hanya mahu makan di pantri kerana dia membawa bekal.Dia mengemas mejanya yang berselerakkan dengan kerja.

"Ehem,"suara dehaman seseorang mengejutkan Aisya.Dia berpusing ke belakang.

"Tuan?Tuan tak pergi lunch ke?,"tanya Aisya.Taufiq dilihat mengusap tengkuknya.

"Sikit lagi.Awak tak makan ke?,"tanya Taufiq.Gadis itu masih ligat mengemas barang di atas mejanya.

"Makan,tapi saya makan dekat pantri je.Sebab saya bawa bekal,"balas Aisya.

"Ouh,"Taufiq diam sejenak.

'Aduh macam mana nak cakap ni?,'keluh Taufiq.

"Encik nak cakap apa apa ke sebelum saya pergi makan?Ada benda nak saya siapkan?,"tanya Aisya.Taufiq menggeleng laju.

"Okay,saya pergi dululah,"Aisya berlalu pergi.Dia mengambil bekalnya dan berlalu ke pantri.

"Aduh,bodohnya kau ni Taufiq,"marah Taufiq pada dirinya.Dia mengetuk meja Aisya berkali kali.

"Argh,aku memang dah gila!,"marah Taufiq lagi.Dia berlalu pergi.

******

Matahari mula memancar sinar petangnya pula.Aisya mengeliat sedikit badannya setelah penat menyiapkan kerjanya.Dia menguap sedikit.Air mineral diteguk sedikit bagi mengeluarkan segala haus.

Dia mengemas kerana dia sudah ingin pulang.Komputer ditutup suis dan menyusun beberapa dokumen.

"Aisya,masuk ke bilik saya,"arah Taufiq melalui interkom.

"Baik,tuan,"Aisya mengerutkan dahinya.

"Aduh,dia ni nak apa?Aku dah nak balik,"sungut Aisya.Dia berlalu ke bilik lelaki itu.Dia mengetuk pintu dan setelah mendapat arahan dia masuk.

"Tuan ada apa apa nak saya buat?,"tanya Aisya.Dia cuba bersabar.

"Duduklah.Ada benda yang saya nak cakap,"Taufiq cuba meredakan gemuruhnya.Dia sudah tidak mampu memyimpan raa bersalah ini lagi.

Aisya duduk seperti yang di arahkan.

"Saya,saya hmm,"bicara Taufiq terputus.Aisya memandang Taufiq.Taufiq mengetap bibir.

"Tuan kalau tak de apa apa nak cakap,saya balik dululah,"pinta Aisya.Dia sudah mengangkat punggung dari kerusi.

"Saya nak minta maaf pasal haritu,"lancar saja keluar dari mulut Taufiq.Aisya kembali duduk.

"Saya rasa serba salah sebab marah awak,sedangkan saya tahu awak baru lagi disini.Saya sebagai ketua langsung tak bagi contoh yang baik untuk awak,"jelas Taufiq.

"Lah,saya ingat apalah tadi.Takpelah tuan,salah saya jugak.Siap suruh saya tak rujuk pada tuan dan orang yang berpengalaman.Saya pun salah jugak,"mudah saja Aisya memaafkan.Dan memang benar dia sudah memaafkan Taufiq.

"Saya pun minta maaf juga sebab berkasar pada tuan dan kelihatan tidak hormat pada tuan masa dalam lif dan yang pasal haritu,"Aisya secara terbuka memohon maaf juga.Biarlah mengalah asalkan lelaki dihadapan dia ini sudah sedar.

Taufiq memandang Aisya.Aisya senyum pada lelaki itu.

"Okaylah tuan,saya balik dululah.Dah lewat petang.Tuan pun balik,jangan tidur sini sudah.Assalamualaikum,"seloroh Aisya.
Dia bangun dan berlalu ke pintu.

"Er,Aisya,"panggil Taufiq lagi.

"Saya harap kita boleh jadi kawan walaupun saya ketua awak,"suara Taufiq penuh harapan.Aisya memikir sejenak.

"Semestinya,"balas Aisya dan dia pulang.

"Walaikumussalam,"jawab Taufiq pada salam Aisya tadi.Tiba tiba dia berasa lapang dan senang.Sangkanya Aisya marah lagi,tapi gadis itu memang berhati mulia.

"Aisya Safia,"nama Aisya meniti di bibir Taufiq.Dia tersenyum nipis.Penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience