BAB 10

Romance Completed 51293

Aisya memandang kiri dan kanan.Dia menyorok di tepi dinding.Lagaknya sudah seperti perompak yang tak menjadi.Matanya tajam memerhati suasana di situ.

'Tolonglah,aku tak nak terserempak dengan tuan,'Aisya berdoa dalam hati.Tiba tiba pipinya terasa panas mengenangkan kejadian 2 hari lepas.

Semalam dia tidak masuk pejabat kerana matanya sudah serupa beruang panda.Semalaman dia tidak tidur selepas Taufiq pulang ketika kenduri lalu.Sudahnya dia mengambil keputusan untuk bercuti sakit semalam.

"Yes,line clear.Suspek tak ada,"sorak Aisya.

"Ehem ehem,suspek masih berada di sini.Belakang pemangsa,"sahut satu suara.

Aisya mengerdip matanya berkali kali.Dia tidak mahu berpaling kerana dia sudah tahu suara itu milik siapa.

"Awak saja mengelak dari saya ya?,"tanya Taufiq.Dia merenung Aisya tajam.

"Eh tuan,baru sampai ke?Awalnya?Dah makan?,"Aisya pura pura ceria.Nasib baik staf yang lalu lalang tidak menghiraukan mereka.

Pagi itu,hujan lebat melanda Kuala Lumpur.Rahmat Allah yang begitu besar sebelum menghadirkan cahaya menteri untuk mereka yang keluar menari rezeki.

"Kenapa tak datang semalam?,"soal Taufiq.Lagaknya seperti detektif.Semalam dia menanggung rindu kerana Aisya tidak hadir bekerja.Hampir sasau dia.Sampaikan Kak Halimah naik rimas bila dia asyik bertanya dimana Aisya.

"Semalam eh semalam?Ouh saya sakit,"balas Aisya.Dia berjalan meninggalkan Taufiq.

"Awak sakit atau awak malu nak jumpa saya?,"soal Taufiq.Dia mengejar dan berjalan seiringan dengan Aisya.Matanya masih tidak lepas terpaku kepada laman wajah Aisya.

"Betul saya tak sihat.Buat apa nak malu jumpa tuan,bukan tuan tak pakai baju sampai saya malu nak jumpa,"dalih Aisya.Dia sengaja menyibuk menyusunkan fail dimejanya padahal mejanya memang sudah sedia terkemas.Dia tidak mahu bertemu mata dengan Taufiq.

"Kalau tak malu,pandang mata saya bila bercakap,"pinta Taufiq.

"Eh tuan,saya rasa tuan masuklah bilik tuan.Saya nak pergi jumpa Kak Halimah,dia panggil saya,"elak Aisya.

'Ada jugak yang kena luku dengan aku ni,'bisik hati Aisya.

"Kak Halimah tak datang lagi,"balas Taufiq.Aisya mencari alasan lain.

"Saya terlupa,saya nak pergi tandas.Tuan masuklah bilik tuan ya,saya pergi dulu,"Aisya lari lari anak menuju ke tandas.Dia tidak menoleh kebelakang memandang Taufiq.Namun dia tahu mata Taufiq tidak lepas memandang dia.

Taufiq mengeluh.Dia menuju ke biliknya.

"Aku kena sabar,"tekad Taufiq.

******

Aisya termenung seketika.Nasi lemak dihadapannya tidak dia jamu.Kak Halimah memandang Aisya.Dia memanggil Aisya namun tidak dengari.

"Oi Aisya,"Kak Halimah menepuk meja makan pantri itu.

"Oi mak kau terbang jatuh tergolek,"latah Aisya.Kak Halimah mengekek mengetawakan Aisya.

"Kak Halimah,apa ni sergah sergah.Terkejut tau,"marah Aisya.

"Dah akak panggil kau,kau tak dengar.Kau kenapa?Nasi lemak tu dah sejuk.Selalu kaulah yang paling gelojoh,"kutuk Kak Halimah.Aisya menjeling tajam.

"Hamboi hamboi akak,mulut sedap je eh kutuk saya,"kata Aisya.

"Takde apalah kak,saya okay je,"Aisya menjawab pertanyaan Kak Halimah padanya tadi.

"Yelah tu,ni mesti pasal tuan,"duga Kak Halimah.Dia membuat muka selamba tapi Aisya sudah memandang dia bagai nak makan dirinya.

"Mana akak tahu?Macam mana akak tahu?,"bertalu talu dia bertanya.Dia mengoncang goncang lengan Kak Halimah.

"Eh kau ni kacaulah akak nak menikmati kesedapan nasi lemak ni,"Kak Halimah cuba menepis pegangan Aisya.

"Yelah yelah,tuan yang tanya akak pasal kau selalu,apa yang kau suka,apa yang selalu buat.Ni nasi lemak ni pun dia belikan,"kata Kak Halimah.Aisya terdiam.Nasi lemak itu Aisya pandang sekejap.

"Terimalah dia Aisya.Akak tak pernah tengok dia gembira bila bertanya pasal kau.Semalam kau tak datang,dia nyaris nak jadi gila.Dia asyik termenung dalam bilik akak tengok.Lagipun akak tengok tuan tu lengkap semua pakej.Kalau akak,akak tak tolak rezeki.Zaman sekarang biar orang nakkan kita,jangan kita merayu rayu pada orang.Menyesal tak guna,"nasihat Kak Halimah.

Aisya mendengar tekun sambil dia cuba menepuk dadanya.Dia tahu semua kata Kak Halimah itu benar.

Aisya kembali ke tempat duduknya.Matanya terpandang sejambak bunga mawar putih yang terdapat di mejanya.Dia membaca kad kecil yang terselit di celahan 3 kuntum bunga itu.

3 kuntum bermaksud I LOVE YOU.Itu bagi orang lain.Tapi,bagi saya CINTA KERANA ALLAH.Awak pun ajar saya nak mencintai sesuatu mesti Yang Maha Esa didulukan.Jadi,saya ikut kata awak.
Aisya,
Saya masih menunggu jawapan dari awak.Ambillah masa seberapa banyak yang awak nak.

TAUFIQ

Aisya tersenyum kecil.Aisya menghidu bunga mawar itu.Wangi!Dia memandang bilik Taufiq.

Taufiq memandang Aisya.Lama mata mereka terpaku sebelum Aisya duduk dan menekup bunga itu ke dadanya.

******

"Seriuslah babe,"teruja.Qila memegang tangan Aisya.Aisya selesai menceritakan tentang luahan Taufiq padanya.

"Tapi kenapa kau macam tak suka?Kau masih teringatkan Haikal ke?,"tanya Qila.

"Tak,sejak Haikal kahwin dia secara automatiknya dah terkeluar dalam hati aku.Bukan tak suka,tapi,"gantung Aisya.Dia meraup mukanya.

"Tapi apa?Tapi sebab terlalu cepat?,"teka Qila.Seperti biasa Qila mampu menduga apa yang dia selalu rasakan.Melihatkan Aisya terdiam,Qila membuat andaian yang tekaannya betul.

"Rasa macam tak logik.Kitaorang baru kenal 2 bulan kot,"Aisya menggeleng kepalanya.

"Hey Aisya,look kat me,"arah Qila.Aisya turutkan.

"Aisya,jodoh tak perlu tunggu 10 tahun baru nak kenal.Kadang kadang,1 minit pun dah boleh buat seseorang jatuh cinta.Jadi kenapa kau kena rasa benda ni cepat atau lambat?Allah tahu apa yang diaturkan untuk hambaNya walaupun mungkin aturan itu tidaklah seindah yang kita harap.Tapi,Allah tahu apa yang terbaik.Aisya,Taufiq tu orang yang baik cuma dia taknak terluka lagi itu dia mengharap balasan yang baik dari kau.Tapi kalau kau taknak cakap,jangan buat dia tertunggu.Tak baik,"nasihat Qila.

"Ingat Aisya,tak semua cinta berbalas dan tak semua orang cintakan kita.Bila orang dah buat langkah besar demi kita,maknanya dia betul betul yakin,"pesan Qila.

Selesai meluahkan rasa,Aisya dan Qila pulang.Sepanjang pulang,Aisya banyak berfikir.Kata kata Qila tidak ubah seperti yang Kak Halimah cakap padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience