BAB 5

Romance Completed 51293

Sudah sebulan sejak Aisya bekerja disitu.Alhamdullilah,semua semakin baik.Kawan kawan sekerja yang amat memahami dan saling tolong menolong membuatkan Aisya semakin senang bekerja.

Cuma,kadang kala pasti bosnya akan mengarah dia melakukan macam macam.Walaupun benda remeh temeh yang mungkin saja bos dia juga mampu siapkan,nama dia pasti akan naik juga.

Aisya itulah,Aisya inilah.Nasib baik Aisya mampu bersabar lagi.Sebab niat dia bekerja hanyalah untuk mencari rezeki kerana Allah selain menimba ilmu dan pengalaman.

Tetapi,hari ini merupakan hari tidak baik bagi Aisya.Ketika dia sampai dari makan tengah hari saja Kak Halimah sudah berlari lari anak kepadanya.Muka Kak Halimah tampak cemas.

"Kenapa ni kak?,"tanya Aisya.Dia meletakkan tas tangan ke dalam laci.

"Aisya,baik kau masuk bilik bos sekarang.Bos dah panggil kau sejak tadi lagi,"Kak Halimah mengajak Aisya.

"Tapi kenapa kak?Saya ada buat salah ke?,"tanya Aisya.Dia juga turut cuak.

"Akak tak tahu,tapi muka Tuan Taufiq serius sangat,"jelas Kak Halimah.Aisya menuruti langkah Kak Halimah.

Sesampai saja dia depan pintu bosnya,Aisya memandang Kak Halimah sebelum menarik nafas dan menghela.Dia mengetuk pintu bosnya.

"Masuk,"kuat suara Taufiq.

Aisya memulas tombol perlahan.Dia mengatur langkah menuju ke bosnya tertib.

"Tuan panggil saya ke?,"tanya Aisya.

Taufiq melemparkan laporan ke diatas depan Aisya.Tajam matanya merenung Aisya.

"Ni apa ni?Kerja apa yang awak bagi pada saya?,"soal Taufiq serius.

"Saya, saya er saya ikut seperti apa yang tuan nak,"Aisya menjawab.

"Kerja seperti yang saya nak,tapi kenapa tak sama seperti apa yang saya mahu?,"tengking Taufiq.

Terhenjut bahu Aisya mendengar tengkingan Taufiq.Terkebil kebil dia merenung lantai yang dilapisi karpet.

"What kind of work you have done?I've told you I don't want any mistake while doing my work,"marah Taufiq lagi.Dia meraup wajahnya sebelum melempar lagi laporan kewangan kepada Aisya sehingga bertaburan ke lantai.

"I don't care.I need this report must be done today.Tommorow,this report must be on my table.I want you to do back this rubbish report,"arah Taufiq.Pantang dia jika kerja yang dia beri silap walau satu.

Bergenang airmata Aisya.Dia menunduk lalu mengutip kertas kertas yang bertaburan.Dadanya seakan mahu pecah.Usai mengutip dia bangun.Dia melangkah menuju ke pintu.

"Minta maaf Tuan Taufiq,tapi saya rasa ini bukan saja salah saya.Tapi salah tuan sebab tuan terus beri saya kerja membuat laporan sedangkan saya baru saja kerja disini.Tuan tidak beritahu saya siap perlu saya rujuk untuk membuat report dan taun sendiri tidak memberi tunjuk ajar kepada saya.Tapi tulah,walau saya bercakap ni tuan masih bos saya dan walau macam mana pun tuan tetap yang betul.Saya keluar dulu,"Aisya keluar dari bilik itu.

Taufiq memandang pintu banyak kali.Dia sendiri tergamam dengan kata yang terluah dari Aisya.Walaupun gadis itu tidak memandang dirinya,namun dia tahu gadis itu menangis.

Aisya segera berlari ke tandas setelah meletakkan kertas kertas tadi dimejanya.Dia mengambil tandas paling hujung dan menghamburkan tangisan dia sepuas hati.

"Mak,abah,"panggil Aisya.Nasib baik tandas itu tiada orang,senang Aisya ingin meraung.

******

Taufiq mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.Hari ini dia sengaja mahu pulang awal kerana terlalu penat baginya.Penat dengan kerja,penat dengan kerenah manusia dan penat memikirkan apa yang dia sudah lakukan pada Aisya.

Sebelum pulang tadi,dia melihat Aisya masih duduk di mejanya menyiapkan tugasan yang dia beri tengah hari tadi.Walaupun hari sudah menjelang senja,gadis itu masih tekun menyiapkan tugasan.

Taufiq mengeluh sejenak.

'Salah diakah?Tapi dia dah bagi amaran awal awal yang dia tidak sukakan kesilapan?,'hati dia bermonolog.

'Kau yang salah,Taufiq.Kau dah tahu dia budak baru,tapi lagi kau bagi tugasan berat untuk menduga dia.Kau sepatutnya beri tunjuk ajar tambahan kau ketua,'satu suara membisik pada dirinya.

Taufiq memejamkan mata cuba menghalau rasa bersalah yang tidak mahu pergi.Dia memicit pelipisnya.

Pandangan dia lontar ke luar kondo miliknya.Cahaya malam dan lampu bandar Kuala Lumpur bersilau cantik sedikit sebanyak meredakan rasa yang dialaminya.

Tangannya mencapai telefon pintarnya.Dia mendail nombor teman rapatnya,Adi untuk meluahkan rasa.Setelah panggilan dia bersahut,dia mengajak Adi keluar.Pelawaannya diterima.

Masa dan tempat sudah ditetapkan.Dia menuju ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib dan bersiap.

******

"Serious?,"oktaf suara Adi naik selangkah.Dia meneguk air kopi.Roti canai dalam mulut dikunyah perlahan.Dia memandang Taufiq.

Taufiq mengangguk.Mee goreng mamak dia makan sesudu.Dia menyisip milo ais kerana kepedasan mee.

"Kau pun satu,yang bagi dia kerja macam tu kenapa?Sedangkan kau tahu dia baru sebulan kerja situ,kalau ya pun kau sentap pasal dalam lif tu janganlah dera anak orang,"marah Adi.

"Aku tak sentaplah,aku just nak ajar dia.Yelah nak kerja dengan aku kenalah ready for everything,"jelas Taufiq.

"Aik,staf staf kau sebelum ni takde pun kau bagi tugasan gila macam ni?,"perli Adi.

"Kau ni nak tolong aku ke nak perli aku?,"cemburut wajah Taufiq.Dia dahlah berperang dengan serba salah.Kata kata dari Adi lagi membuat dia penasaran.

"Kau terasa ke?Macam nilah,kau minta maaf jelah dekat dia.Lagipun dia lelakikan,so takdelah susah sangat,"cadang Adi.

"Dia perempuan,"pendek Taufiq membalas.

"What?Gila,mati mati aku ingat lelaki.Hah,parah parah.Macam aku cakap kau minta maaf jelah dekat dia,tu jelah jalan terbaik.Perempuan hati lembut,nanti lama lama lembutlah,"Adi masih memberikan cadangan yang sama.

Taufiq masih berdiam.

"Kadang,kita kena buang ego.Aku tahu kau tak mudah dengan perempuan lepas apa dah jadi,tapi ingat selagi kau macam ni semakin ramai menjauh dengan kau dan banyak hati kau akan lukakan,"memdalam nasihat Adi.

'Mampu ke aku?,'Taufiq berteka teki.

******

"Kurang ajar punya bos,"marah Qila.Penumbuk sudah dia kepal.Gigi dia ketap sehingga kedengaran sedikit gigi berlaga.Panas hati dia bila Aisya mengadu dalam telefon tentang hal tadi yang menimpa rakannya.

"Huish,agaklah.Aku dengar kut gigi kau berlaga,"Aisya menenangkan sahabatnya.

"Takdelah,kalau dia ada depan aku,mesti aku lanyak dia.Berani tengking perempuan.Tak malu,salah sendiri tapi tak nak mengaku.Dasar egois,"lempar Qila.Membara sungguh hati dia padahal yang kena Aisya tapi dia yang lebih.

Meletus tawa Aisya dihujung talian.Gelagat Qila kadang kadang kelakar tapi kadang kadang annoying.Sebab itu Qila sahabat dia dunia akhirat.

"Kau pahal gelak?,"sergah Qila.

"Taklah,yang kena aku.Tapi yang lebihnya kau,mana aku tak gelak.Rilek,aku okay je,steady je,"Aisya menyakinkan Qila.

"Betul ni?,"Qila meminta kepastian.Lagi menambahkan tawa Aisya.

"Ya,sayang betul kau dekat,"usik Aisya.

"Diamlah.Kalau mamat tu buat lagi,bagitahu aku memang aku serang office kau,"tekad Qila.

Aisya gelak melayan kerenah Qila.Qila akhirnya turut sama ketawa.Mereka berborak untuk satu jam lagi sebelum mengakhiri perbualan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience