BAB 4

Romance Completed 51293

"Kau serius ke minah?,"tanya Qila.Hampir tersembur air oren dalam mulutnya apabila Aisya menceritakan hal sebenar yang melanda dirinya.

"Ya,Jenab.Apa point aku tipu kau,"Aisya menongkat dagunya.Dia memandang Qila tidak bersemangat.

"So,apa kau nak buat?,"Qila bertanya.

"Buat apanya.Kerja jelah.Takkan aku nak berhenti semata mata aku tazkirah dia haritu.Lagipun memang salah dia,"Aisya membela dirinya.

"Ya,aku tahu.Maksud aku,kau mampu ke nak tahan semua ni.Dengan kerja berat dia bagi tanpa guide?Kau boleh ke?"tanya Qila bertubi tubi.Kentang goreng dikunyah.

"Nak tak nak,go on jelah.Lagipun,lambat laun aku kena buat jugak,"ucap Aisya.

"Betul jugak.Aku syak ah,dia sengaja nak kenakan kau.Yelah,kau tazkirah dia haritu.So,dia ambil kesempatanlah,"duga Qila.Mulutmya penuh berisi makanan.

"Ish kau ni,makanlah dulu baru cakap,"rungut Aisya.Qila hanya tersengih.

"Ntahlah,aku tak berani nak cakap.Apa nak buat,bos dah bagi arahan.Ikut jelah,kita ni makan gaji buta je,"Aisya menyisip teh tariknya.

"Handsome tak bos kau?,"tanya Qila lagi.Mukanya seakan akan miang.

Aisya menjegilkan matanya.

"Gatal eh kau,"kutuk Aisya.

"Ala,bukan selalu.Cepatlah handsome tak bos kau?,"tanya Qila lagi.

"Tak,"Aisya membalas acuh tak acuh.

"Ala dengkilah tu,"omel Qila.

"Dah dah cepat makan,movie start lagi 20 minit je lagi,"arah Aisya.Mereka makan sebentar sebelum menunggu wayang bermula.

"Yelah,aku dah sudah.Jom,"ajak Qila.Mereka bangun dan berlalu pergi usai membuat pembayaran.

******

"Assalamualaikum,"Aisya memberi salam.Dari luar dia sudah melihat kereta milik mak long ada diluar.

"Walaikumussalam,"jawab mereka serentak.Semua mata tertumpu pada dirinya.

"Hah,kemana kamu.Mak telefon,mesej tak berbalas,"tanya mak.

"Sorrylah mak.Fone adik habis bateri,"Aisya menyalam mak long dan pak longya.Haikal dan Rania,Aisya hanya senyum nipis.

"Aisya sihat?Okay kerja?,"tanya pak long.

"Sihat,alhamdullilah.Kerja okay je,seronok,"bohong Aisya.Dia melihat Rania memeluk erat lengan Haikal.

'Saja nak bagi aku jealous lah tu.Fikir aku kisah,'Aisya mengata dalam hati.Sedikit jelak melihat mata Rania tidak habis habis kerling pada dirinya.

"Aisya naik atas dulu.Nanti Aisya turun balik,"Aisya segera berlalu ke atas.Dia ingin membersihkan diri dan solat Maghrib.Seharian dia meluangkan masa bersama Qila,dia berasa seronok.Seolah olah semua masalahnya berlalu pergi seketika.

Melihatkan tetamu yang datang membuatkan moodnya mati.Dia tidak kisah pada mak long dan pak long serta Haikal.Tetapi,menantu mereka membuatkan hati Aisya sedikit membara.

Sejak dulu lagi,dia sering dibanding dengan Rania jika berkumpul bersama.Ranialah paling sempurna,paling cantik,paling hebat.

Aisya sedar dia tidaklah sehebat Rania,namun dia sedikit bangga kerana jika masuk dalam bab pelajaran,dialah yang paling menyerlah antar semua.

Aisya melepaskan lelahnya.Dia segera mandi kerana ingin solat.

******

Aisya duduk di buaian luar rumah untuk mengambil angin.Dia memegang besi untuk menghayunkan perlahan buaian.Dia memandang dada langit yang kelam.Sungguh bertuah kerana malam ini langit dipenuhi bintang bintang yang menemani bulan.

Tetamu dirumahnya masih belum pulang.Malah,kedengaran gelak tawa semakin rancak walaupun dia diluar.Aisya sengaja malas nak ikut serta.Nanti pelbagai soalan keluar dari mulut pak long dan mak longnya.

Entah mengapa,Aisya berasa rindu dengan keakraban dia dan Haikal sebelum Haikal berkahwin dulu.Kalau dulu mesti mereka berborak,bergelak tawa dan bergurau bersama.Namun,Aisya sedar hakikat yang Haikal sudah bernikah dengan Rania.

Nasib baiklah Aisya tidak menaruh harapan.Kalau tidak mesti dia merana separuh mati.Mungkin sebab itu dengan mudahnya Aisya membuang perasaannya terhadap Haikal.Dan mungkin juga apa yang dirasakan bukanlah cinta.

"Cinta?Apalah cinta tu?,"bisik Aisya sendirian.

"Cinta tu bila kita kita gembira dengan dia dan sunyi bila dia jauh,"satu suara membalas pertanyaan Aisya.Aisya menoleh ke belakang,wajah Haikal terpampang.

"Eh Abang Haikal,"panggil Aisya.Haikal mengambil tempat disebelah Aisya setelah melihat Aisya menjarakkan sedikit duduknya.

"Aisya ada suka sesiapa ke sampai mengeluh pasal cinta ni?,"tanya Haikal.

"Hah?Eh taklah mana ada,"alih Aisya.Dia mematahkan jemarinya bagi menghilangkan kegugupan.

"Yeke?Habistu kenapa tiba tiba tanya macam tu seorang diri?,"tanya Haikal lagi.Dia memeluk tubuh lalu mengerling adik sepupunya disebelah.

"Betul takde apa,"Aisya cuba menyakinkan Haikal.Akhirnya mereka terdiam.

"Kenapa abang tengok sekarang Aisya macam menjauhkan diri dari abang?,"banyak pula soalan Haikal malam itu.

Aisya mengerdipkan matanya berulang kali.Buntu dia memikirkan jawapan yang sesuai.

'Aduh,dia ni banyak tanya pulak,'omel Aisya.

"Hah,eh mana ada.Abang Haikal ni saja je,hahah,"Aisya ketawa bagi menutup pembohongannya.

"Yeke,tapi entah kenapa abang rasa kita makin jauh,"perlahan Haikal melontarkan pandangannya.

"Yelah,sebab abang dah kahwin.Mana boleh asyik berkepit dengan Aisya.Nanti isteri abang cemburu baru tahu,susah nak pujuk,"gurau Aisya.Namun tidak bagi Haikal.

"Abang rasa sama je.Cuma beza dulu abang bujang,jadi rasanya takde yang menghalang untuk kita saling rapat walaupun abang dah berkahwin sebab kita sepupu,"serius saja Haikal membalas.Dia menunggu jawapan dari Aisya.

'Tak sama bang,abang tak kenal Rania macam mana Aisya kenal,'Aisya mengeluh.

"Memanglah,tapi abang dah ada tanggungjawab.Ingat tu,"Aisya cuba mengingatkan Haikal.

"Tapi,abang tak nak hilang adik perempuan abang seorang ni,"Haikal mengeluh.Jujur,itulah hati dia rasakan.

"In shaa Allah,bang takkan hilang Aisya punya sebab Aisya tetap adik abang,"pujuk Aisya.

Melihatkan Haikal sudah tersenyum,tawa Aisya terlepas.Haikal memandang dia pelik.

"Asal gelak?,"soal Haikal.

"Taklah,abang gelabah tak tentu pasal takut hilang Aisya bagai.Poyo je Abang Haikal ni,"Aisya mengejek.Makin kuat ketawa dia.

"Ya Allah,dia mainkan kita.Hah,rasakan,"Haikal menoyoh kepala Aisya perlahan.

"Abang Haikal!!!!,"jerit Aisya.Mereka ketawa serentak.

"Sini pun you.Puas I cari,alih alih tengok ketawa sakan eh,"perli Rania.Dia mendekati suaminya.Matanya menjeling sedikit pada Aisya.

"Takdelah,Aisya ni hah saja gurau gurau,"Haikal masih tidak dapat menangkap cemburu yang bersarang dalam hati isterinya.

"Ouh yake,"sinis saja dari Rania.Aisya mula tidak senang duduk.

"Takpelah,abang dengan Rania duduklah bersama.Aisya nak call kawan dekat atas,"Aisya bangun untuk pergi.Rania segera duduk disebelah suaminya.

"You ni cemburu I tau,"rungut Rania.

"Ala sayang I ni,I tetap sayang youlah,"pujuk Haikal.Dia meletakkan kepala isterinya ke dadanya.

"Sayang you juga,"sedikit kuat suara Rania namun masih didengari oleh Aisya yang sedang berjalan masuk ke rumah.Dia sengaja ingin membuat gadis itu cemburu.

"Fikir aku heran,"Aisya mengherot sedikit bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience