EPILOG

Romance Completed 51290

Aisya mengusap cincin ditangannya.Cincin yang bertakhtakan berlian itu dikucup.Tanda dia merindui pemilik yang memberi kepadanya.Tiba tiba dia teringat peristiwa lepas.

4 bulan sebelum...

Deringan telefon Aisya berbunyi tiba tiba.Ketika itu,dia meluangkan masa dengan Taufiq.Dia segera menjawab setelah melihat nama abah di skrin.

"Apaaaa?Ada orang masuk meminang?No abah,cancelkan,"arah Aisya.Dia memandang Taufiq,cemas.

"Okay,Aisya balik sekarang,"tamat Aisya.

"Awak hantar saya balik sekarang,saya tak mahu kahwin dengan Haikal sebab ada orang dah hantar meminang untuk saya,"gesa Aisya,

"Tapi..,"belum sempat Taufiq menjelaskan Aisya sudah memotong.

"Kalau awak nak kahwin dengan saya,baik hantar saya cepat,"Aisya memasuki perut kereta.Taufiq tersenyum nakal.Pasti Aisya tidak tahu apa yang menantinya nanti.

Aisya banyak berdiam sepanjang perjalanan.Berdoa abah dan mak tidak menerima pinangan dari Haikal.Dia tidak mahu Haikal,dia hanya mahukan Taufiq.

Sesampai saja,Aisya terus cabut keluar dari kereta.Taufiq dia tinggalkam terkulat kulat di dalam kereta.

"Berhenti,saya tidak terima pinangan ini,"bantah Aisya.Tercungap cungap Aisya menarik nafas.

"Mak abah,jangan terima pinangan ni,"arah Aisya.

"Tapi kenapa?Cuba bagitahu abah,"soal abah.Para tetamu yang hadir mula tidak senang duduk.

"Sebabnya Aisya dah ada pilihan sendiri.Aisya nak kahwin dengan Taufiq,"jelas Aisya.Dia tunduk memeluk kaki abahnya.

"Tapi Aisya,pinangan ni memang dari pihak Taufiq,"balas mak.Aisya tidak jadi menangis.

"Hah?,"tanya Aisya,kepastian.

"Iya,tu hah bapa Taufiq,Tuan Ismail ada dekat di sini,"tunjuk mak.

Tuan Ismail tersenyum kecil.Aisya terkebil kebil.Pipinya mula panas dan memerah.

"Lain kali jangan main terjah,siasat dulu,"perli abah.

Taufiq dimuka pintu Aisya pandang.Dia mengepal penumbuk dia sebelum bangun dan melangkah ke arah Taufiq perlahan lahan.Taufiq mengundur ke belakang perlahan perlahan.

"Taufiq,kenapa awak tak bagitahu saya?,"tanya Aisya masih mendekati.

"Saya tak sempat jelaskan awak dah terburu buru,"balas Taufiq.Dia mula menapak ke luar rumah.

"Tapi dalam keretakan awak boleh bagitahu,"soal Aisya lagi.

"Hehe,saya sengaja nak kenakan awak.Lagipun awak nampak comel,"Taufiq bersedia untuk lari.

"Tuan Taufiq Tuan Ismail,awak memang jahattt,"kejar Aisya.Dia mengejar Taufiq di halaman rumah.Taufiq ketawa mengekek.Aisya melepaskan lelah,tercungap cungap kerana mengejar Taufiq.

"Jadi awak terimalahkan?,"soal Taufiq.Aisya menjeling Taufiq.Dia kembali tersenyum.

"Saya bodoh kalau tolak,"ungkap Aisya.

"Yessssss,"jerit Taufiq,bagai dia menang satu perlawanan.Perlawanan menambat hati Aisya Safia.

"Pakcik,makcik,Aisya terima saya,papa,Aisya terimaaaaa,"teriak Taufiq.Dia tidak malu lagi,cukuplah selama ini dia biarkan hati dia terkubur.

Aisya memukul bahu Taufiq.Segan dia,namun bahagianya dia bukan kepalang.Hanya Allah yang tahu.

"Kira jadilah ni ya,"tanya Tuan Ismail.

"Jadi,kami on je.Lagipun lagi cepat lagi baik,"abah menyokong.Mak pun begitu.

4 bulan selepas...

Telefon Aisya berbunyi membuatkan dia tersedar dari angan.Nama 'Sayang' menghiasi ruangan skrin.Aisya menjawab dan memberi salam.

"Aisya tengah duduk ni,saja lepak kejap,"balas Aisya.

"Ouh yake?Malam ni makan luar,"ajak Taufiq.

"No,Aisya nak masak special.Abang balik awal ya,"pinta Aisya.Dia mengusap perutnya,kejutan buat Taufiq.

"Yeke,wahhh dah kecur dah ni,"usik Taufiq.Tapi,memang betul masakan Aisya menambat seleranya.

"Hahaha,okaylah abang kerja elok elok.Bawak kereta elok elok,"pesan Aisya.

"Baik,ratu.Abang rindukan dan cintakan Aisya,"luah Taufiq.Bibirnya menguntum senyum.

"Aisya pun sama,rindu dan cintakan abang,"akhiri Aisya sebelum menamatkan panggilan.

Aisya memegang dadanya,berdegup laju.Hanya untuk Taufiq.Setelah bernikah 4 bulan lepas,dia benar benar bahagia.Walaupun baru kenal 7 bulan,namun kalau dah jodoh tetap tidak kemana.Itu janji Allah.

Taufiq bagi Aisya seorang lelaki yang baik.Sangat baik.Lantaran itu dia berhenti kerja walaupun Taufiq tidak menghalang dia untuk bekerja.Namun,dia mahu menjadi suri Taufiq yang sempurna.Hanya untuk suami dia,Tuan Taufiq.

Dia mahu masak,hari ini hari yang amat bermakna.Aisya tidak berhenti mengusap perutnya.Hasil cinta mereka sedang bernafas dalam rahimnya.

******

"Assalamualaikum,"ucap Taufiq.Dia memasuki rumah namun kelam saja.Dia pergi ke ruang tamu,cahaya lilin menerangi sepanjang ruang meja makan.

Dia menuju ke meja.Aisya tidak pula terdapat disitu.Namun,matanya terpaku pada kad yang terdapat diatas mejanya.Taufiq mengambil dan membaca.

Untuk Taufiq yang Aisya cinta,
Mungkin percintaan kita terlalu berlaku pantas.Dan kalau diceritakan pada sesiapa pasti mereka mengatakan Aisya gila sebab menerima lamaran lelaki yang baru kenal selama 7 bulan.Namun,Aisya tidak silap.Malah,Aisya sungguh bahagia hidup disisi abang,sangat bahagia dan hanya Alhamdullilah saja mampu Aisya ucapkan.Aisya cintakan abang sepanjang hayat Aisya,in shaa Allah.Kerana Allah.

'Walaupun dingin,kau tetap pencuri hatiku,' - AISYA SAFIA.

Taufiq tersenyum gembira.Dia mengambil kotak hadiah yang terdapat disitu.Dia membuka dan melihat isi kandungan.Alat pengesan kehamilan itu dia belek.Tanda dua palang yang menghiasi alat itu cukup membuatkan Taufiq tergamam.

"Selamat hari jadi,selamat hari jadi,selamat hari jadi abang,selamat hari jadi,"Aisya membawa kek yang dibuatnua setelah membuka lampu.

"Selamat hari jadi abang yang Aisya cintai,"ucap Aisya.Taufiq mengusap lembut pipi Aisya.

"Sayang betul ke ni?,"Taufiq menunjukkan alat pengesan kehamilan.Aisya mengangguk.

"Aisya dah pergi jumpa doktor tadi.Dah 2 bulan,"jelas Aisya.Dia menarik tangan Taufiq dan meletakkan diperutnya.

Taufiq menangis kesyukuran.Dia mengusap usap perut Aisya.Matanya tidak lepas dari Aisya.Dia mengucup dahi Aisya syahdu.Aisya memejam mata merasakan kehangatan bibir Taufiq di dahinya.

"Anak papa,anak abang,anak kita,"Taufiq memeluk Aisya.

"Jom kita makan dulu,ada suprise lagi nanti,"Aisya menarik Taufiq duduk.

"Yeke?Apa dia lagi,"pinta Taufiq.

"Nantilah,makan dulu.Aisya masak apa yang abang suka,"Aisya menyediakan makanan buat Taufiq.

Taufiq membaca bismillah sebelum makan.Mereka makan sambil bergurau senda.Tangan Aisya tidak Taufiq lepaskan.

******

"Sayang,apa kejutan yang terakhir?,"pinta Taufiq.Dia duduk disofa selepas mandi.Dia menarik Aisya ke dalam dakapannya.Dahi Aisya dikucup lembut.

"Kejap Aisya ambil,"Aisya menuju ke bilik dan kembali keluar.Dia memberikan sepucuk surat.Taufiq membuka dan membaca.

Hampir melopong mulut Taufiq.Dia memandang Aisya dan Aisya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Betul ke ni?,"tanya Taufiq.Dia seakan tidak percaya.

"Ya,anak kita kembar bang.Macam yang abang mahu,"kata Aisya.Taufiq menarik Aisya ke dalam dakapannya.Erat.

"Terima kasih sayang,terima kasih Allah,"ucap Taufiq penuh kesyukuran.Aisya memeluk erat juga suaminya.

"Abang,Aisya nak abang tahu yang Aisya betul betul cintakan abang.Aisya sangat sangat bahagia,terima kasih abang,"luah Aisya.Dia mengucup tangan Taufiq.

Taufiq tersentuh dengan perlakuan Aisya.Dia membelai rambut Aisya.

"Abang pun sayang,abang cintakan sayang kerana Allah.Abang harap kita akan bahagia dan terus hadapi mahligai walaupun susah kadang kala.Abang akan sayangkan Aisya dan anak anak kita.Sampai hujung nafas abang,"lafaz Taufiq.Sekali lagi Taufiq mengucup Aisya.

Aisya membaringkan badannya dalam dakapan Taufiq.Dalam dakapan iti dia rasa selamat dan indah.Malam itu,mereka hanya berdua ditemani bintang bintang dan bulan.Keindahan malam mereka harapkan akan berterusan selamanya.

'Walau dingin,kau tetap pencuri hatiku,'hati Aisya akan terus berdetak mengulang ayat indah ini.

Taufiq memandang Aisya dan Aisya memandang Taufiq.Semoga cinta semakin semarak,in shaa Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience