BAB 11

Romance Completed 51290

Hari berlalu seperti biasa.Aisya masih tidak memberi jawapan pada perasaan Taufiq.Tapi,itu tidak bermakna Aisya menolak.Cuma dia meminta ruang untuk berfikir dan Taufiq setuju.Taufiq kata dia mengerti dan faham perasaan Aisya.

Pagi itu,seseorang datang untuk berjumpa Taufiq.Katanya hal mustahak.

"Boleh saya tahu nama encik siapa?Tuan masih dalam mesyuarat,lagi 30 minit dia datang,"tanya Kak Halimah.Ketika itu Aisya melintasi meja Kak Halimah kerana dia hendak menghantar laporan ke dalam bilik Taufiq.

"Nama saya Arif,Taufiq pasti kenal,"ringkas saja gerangan itu memperkenalkan dirinya.Aisya terhenti seketika.

'Arif?,'Aisya bersoal dari hati.Dia masuk ke dalam bilik Taufiq.

"Okay kalau macam tu,Encik Arif duduklah dulu di sofa,"tunjuk Kak Halimah.Arif mengangguk.

"Encik nak minum apa apa?Saya sediakan,"tawar Kak Halimah.Arif menggeleng.

Aisya kembali keluar.Dia memandang Kak Halimah dan Kak Halimah hanya mengangkat bahu.Dia melemparkan senyum buat jejaka yang sedang menunggu Taufiq.

Hati Aisya semakin kuat kenapa Arif datang kemari.Tapi dia diamkan saja.

******

Tengah hari itu Aisya tidak keluar makan.Kerana dia berpuasa sunat.Kelibat Taufiq tidak dia nampak sejak Taufiq pulang dari mesyuarat.

Aisya memberanikan diri menjenguk ke bilik Taufiq.Dia terdengar esak tangis seseorang dari dalam.Aisya mengetuk pintu untuk mengetahui jika terjadi sebarang masalah menimpa Taufiq.

"Tuan,"Aisya meluru kepada Taufiq yang masih lagi menangung esakan.

"Tuan kenapa?Sakit ke?,"tanya Aisya.Taufiq mengangguk,dia menunjukkan didadanya.

"Saya dah tak mampu dah semua ni.Saya tak sanggup tanggung dah,saya nak bahagia pula,"rayu Taufiq.Aisya tersentuh mendengar luahan rasa Taufiq.

Sudahnya Aisya hanya menunggu disitu mendengar saja esak tangis Taufiq.Biarlah dia selami apa yang dirasakan oleh Taufiq selama ini yang Taufiq pendam sendiri.Pertama kali dia melihat Taufiq menangis depannya.

******

Taufiq merenung dada langit di atas.Dia berasa tenang.Aisya disebelahnya juga begitu.Selepas kejadian tadi,Taufiq mengajak Aisya.

"Arif datang tadi,"mula Taufiq.Angin yang bertiup menenangkan hatinya yang tadi kesakitan.

"Saya tahu,tadi saya nampak dan dengar dia kenalkan dirinya pada Kak Halimah tadi,"balas Aisya.Dia melihat senyuman kecil di bibir Taufiq.

"Mulanya saya marah,hampir saya nak tumbuk dia atas apa dah jadi dulu.Tapi,saya masih rasional.Arif menjelaskan apa yang jadi dan kenapa Nisa kemalangan,"Taufiq melipat lengan bajunya.Rambutnya yang terjuntai turut ditiup angin.

Bukit yang terbentang didepan matanya sangat cantik sehinggakan matanya tidak mahu berganjak dari menikmati alam.

"Apa sebabnya?,"tanya Aisya.Dia semakin berdebar.

"Nisa kemalangan sebab dia nak kembali pada saya.Bila dia dapat tahu mama meninggal sebab dia,Nisa rasa bersalah.Time tu,Arif memandu kereta.Nisa dan Arif bergaduh.Nisa meminta agar hubungan mereka diputuskan namun Arif tidak mahu.Arif mengamuk sehingga kereta mereka terbabas dan lori dibelakang mereka merempuh kereta yang dipandu Arif,"cerita Taufiq.

"Arif ada bagi surat dari Nisa sebelum kejadian tu jadi.Tapi saya tak baca lagi,saya takut.Awak temankan saya nak?,"ajak Taufiq.Aisya mengangguk.Dia tahu Taufiq memerlukan seseorang.Walaupun pada luaran Taufiq nampak sudah okay namun dalamannya Aisya tahu Taufiq masih terluka.

Taufiq mengambil surat dalam kereta dan memberikan pada Aisya.Dia meminta Aisya bacakan.

"Untuk bekas kekasihku yang pernah mencintai diri ini,"henti Aisya.Dia melihat Taufiq,Taufiq mengangguk meminta diteruskan.Aisya kembali menumpukan pembacaannya.

"Taufiq,pertama sekali Nisa mahu memohon maaf.Mungkin maaf yang Nisa pinta tidak mampu di tunaikan.Nisa tahu Taufiq pasti benci dan marah pada Nisa.Tapi Taufiq,Nisa betul betul rasa bersalah.Nisa nak kembali pada Taufiq tapi Nisa takut,"henti Aisya seketika.Dia menghela nafas.Entah mengapa dia merasa cemburu walhal Nisa sudah meninggal.Dia segera istighfar.

Apabila sudah kembali stabil nafasnya,dia kembali menyambung.

"Taufiq,Nisa amat gembira sepanjang percintaan kita.Mengenali Taufiq merupakan satu anugerah terindah.Taufiq seorang yang sangat baik dan sempurna namun sayang,Nisa terlalu bodoh dan buta.Memang Arif lelaki pertama tapi mungkin jua ini kesalahan Nisa kerana menduakan Taufiq.Nisa minta maaf kerana perbuatan Nisa membatalkan majlis kita yang sepatutnya berlangsung indah menyebabkan mama meninggal.Nisa minta maaf,"baca Aisya.Dia menarik nafas lagi.

"Taufiq,Nisa tahu sukar untuk Taufiq tapi Nisa harap suatu hari nanti Taufiq akan memaafkan Nisa.Hiduplah dengan baik seandainya Nisa pergi dulu,Nisa tak mampu nak berdepan dengan Taufiq sebab Nisa malu.Terima kasih untuk semua Taufiq,semoga berbahagia selalu.Love,Nisa,"akhiri Aisya.Taufiq dilihat tenang namun Aisya tidak pasti apa yang bermain dibenak lelaki itu.

Suasana sepi seketika.Taufiq melirik ke jam ditangannya.Sudah menginjak ke angka 6.

"Mari saya hantar awak balik,"ajak Taufiq tiba tiba.

"Tuan okay?,"tanya Aisya.Taufiq senyum nipis dan mengangguk.Dia membuka pintu untuk masuk.

"Tuan,"panggil Aisya.Dia mendekati Taufiq sekejap.Aisya menarik nafas panjang sebelum menghela.

"Saya dah dapat keputusan untuk soalan tuan,"ungkap Aisya penuh makna.

"Saya terima tuan seadanya.Tuan jumpalah ibu bapa saya dan buatlah apa yang patut,saya sudah sedia,"luah Aisya.Dia tunduk menekur ke lantai.

Namun tiada sebarang respon dari Taufiq,Aisya memandang wajah Taufiq.Taufiq tidak memberi sebarang reaksi.

******

Aisya menangis teresak esak.Dia sakit hati dengan apa yang berlaku siang tadi.Dia memukul mukul bantalnya.Dia tidak selera mahu makan malam itu kerana sakit dihati yang terlampau.

"Saya tak boleh terima awak,"lafaz Taufiq berat.Ternganga Aisya.

"Saya minta maaf,tapi saya takut saya tak dapat bahagiakan awak,"ungkap Taufiq.Dia menoleh pandang ke tempat lain.

"Tapi,tuan yang cakap tuan akan bahagiakan saya.Dan sekarang bila saya dah pasti dengan jawapan saya,tuan mempermainkan hati saya,"luah Aisya.Bergenang airmata di tubirnya.

"Saya tak mainkan awak,tapi saya tak rasa saya mampu bahagiakan awak.Saya masih terlalu trauma dengan masa lampau,"Taufiq membalas,berharap Aisya faham.

"Tapi awak tak cuba lagi.In shaa Allah,saya akan tolong tuan,"pujuk Aisya lagi.

"Minta maaf tetapi saya tak mampu"itu saja yang mampu Taufiq ungkap.

"Sampai hati awak,sampai hati,"marah Aisya.Dia terasa dipermainkan.Dia segera berlalu pergi.Berharap agar Taufiq mengejar namun hampa.

Kejadian tadi amat memilukan Aisya.Airmatanya tidak henti henti menitis

"Sampai hati awak.Lepas awak dah curi hati saya,awak buat saya macam ni.Awak memang pencuri,"marah Aisya.

Jujur,dia sudah mula mengimpikan sebuah mahligai bahagia bersama Taufiq walaupun perasaan dia baru bermula.Namun,dia yakin akan keyakinan yang Taufiq beri namun kini Taufiq pula yang melarikan diri.

"Awak buat saya macam ni tapi awak dah curi hati saya Taufiq,"luah Aisya lagi.Jujur dari hatinya.Dia hanya mampu menangis.

******

Taufiq membuang pandangan ke jendela kondominiumnya.Hujan lebat seakan memahami hatinya.

Aisya,gadis itu terlalu baik.Dia takut dia akan menyakiti gadis itu dengan peristiwa yang menimpa dirinya.

"Maafkan saya Aisya,tapi saya terpaksa,"hela Taufiq berat.

Dadanya dipegang.Berdegup setiap kali nama Aisya meniti dibibirnya.Berdegup setiap kali berjumpa dengan Aisya.Namun apalah dayanya sekiranya dia hanya mampu mengenggam bayang gadis itu saja.

"Apa harus aku lakukan,Ya Allah.Bantulah aku,aku jua ingin bahagia,"rintih Taufiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience