BAB 3

Romance Completed 51293

Pagi itu,Aisya tiba awal daripada pekerja pekerja lain.Ketika dia sampai di lobi bangunan itu pun masih lengang ketika jam menunjukkan tujuh empat puluh lima.

Hari ini,dia mengenakan baju kurung coklat bersulam benang berwarna emas dan memilih untuk memakai tudung monocroft.Entah,dia pun pelik.Pelbagai nama tudung zaman sekarang.Monocroftlah,microwavelah,hoverkraflah.

Dia menekan button up lif.Sambil itu di tangannya terdapat sekotak biskut bersalut coklat jenama Rocky.Dia mengunyah - gunyah sambil menunggu pintu lif dibuka.

Sedang dia menunggu,dia merasakan disebelahnya terdapat seseorang.Aisya memandang seketika wajah lelaki tersebut namun Aisya kembali mengunyah.

'Macam pernah jumpa je?,'otak Aisya cuba mencerna seiring mulutnya berkeriut keriut bunyi hancur biskut itu.Setelah otaknya mampu menghadam seiring mulutnya dia terus berhenti makan.

Pintu lif terbuka,lelaki tadi sudah melangkah masuk.Aisya turut melangkah masuk untuk menuntut keadilan.

"Encik,semalam encik ada tak langgar seseorang?,"tanya Aisya secara berhemah.Orang tua tua kata,perlahan lahan dan dengar dulu penjelasan.

Lelaki itu memandang Aisya sepi.

"Ya Allah,bisu ke apa mamat ni?"omel Aisya.

"Encik tahu orang yang encik langgar tu saya tau,"Aisya cuba lagi mengajak lelaki tersebut untuk menyelesaikan masalah.

Walaupun hal ini remeh,bagi Aisya tidak kerana ianya akan mempengaruhi orang lain kerana hilangnya hormat terhadap masyarakat.

"So?"bersuara juga lelaki tersebut.Lelaki tersebut memandang Aisya dengan dinginnya.

'Ouh boleh bercakap,'kutuk Aisya.

"Yelah,encik sedar tak lepas je encik langgar saya encik tak minta maaf?Saya tak kisahlah encik terlanggar,mungkin sebab encik ada reason.Tapi,at least you should say sorry just for once.It doesn't take a hour to say 'sorry',"hah mulalah dia nak speaking London.

"Then,you want me to do what?I don't any injured in your body after I pushed you yesterday,"kerek saja lelaki itu membalas.

Aisya sudah ternganga dengan kebiadapan lelaki tersebut.Mentang mentang pakai smart,bergaya tapi sayang sikap tidak melambangkan seperti mahalnya baju lelaki tersebut.

"Sungguh kurang ajarkan awak ni?Cuba kalau orang tolak awak,awak marah tak?Awak sakit hati tak bila orang tu langsung tak pandang awak dan tolong awak?Dan tak kata apa apa?Saya pun tak hadaplah dengan kata maaf dari awak tu,tapi saya rasa terpanggil nak cuba cakap dengan awak yelah bila kena dekat orang lain mungkin awak boleh tebus salah awak tu dekat mereka yang awak langgar.Fikirlah,kalau awak langgar orang tua dan tanpa ada meninggalkan mereka sebegitu seperti awak buat pada saya,macam mana?,"hambur Aisya.

"Jangan fikir awak ni orang mempunyai jawatan dalam bangunan ni,darjat awak berada paling atas.Tidak selagi awak masih dengan perangai sombong dan bongkak awak.Otak biarlah seiring dengan nilai baju baju mahal awak yang awak pakai.Assalamualaikum,"Aisya melangkah keluar dari perut lif.

Nasib baik lif itu tiba ditingkat yang dia tuju tepat pada waktunya.

Aisya meninggalkan lelaki itu dengan kepuasan walau hati dia sakit.Dia berharap,sekurang kurangnya lelaki tersebut boleh fikir apa akibat dengan sikapnya yang bongkak itu.

******

Taufiq menghempaskan badannya pada kerusi pejabat.Dia melepaskan keluhan lalu mengurut pelipisnya.Separuh hari dia terpaksa keluar kerana berjumpa klien.

Dia bangun apabila rasa tidak selesa duduk.Pandangannya dilontar ke keluar melihat panorama yang hanya dipenuhi bangunan bangunan tinggi yang lain.

Sejurus kemudian,dia terkenangkan gadis misteri yang memarahi dia pagi tadi.Dia marah ke?Tak kisahlah.Tapi ada sesuatu yang menarik minta dia untuk mengetahui siapa gerangan yang menyerangnya tadi.

"Siapa dia tu?Aku tak pernah jumpa pun dia dekat sini sebelum ni?,"soal Taufiq sendirian.

Memang benar dia yang menolak gadis itu sehingga dia jatuh semalam.Tapi,dia bukan saja.Ketika itu,dia tidak sempat untuk meminta maaf kerana dia perlu ke Nilai untuk menguruskan projek disana.Dia akui memang salah dia.

Ketukan dipintu membuat Taufiq menoleh sebelum mengarahkan untuk orang diluar masuk.Taufiq kembali mengambil tempat di mejanya.

"Selamat tengah hari tuan,saya bawa staf baru yang bekerja di dalam jabatan kita.Dia baru masuk semalam.Saya panggilkan dia masuk ya tuan,"Kak Halimah keluar seketika untuk memanggil Aisya.

"Tuan,inilah staf baru itu.Aisya Safia,"Kak Halimah mengenalkan Aisya kepada bosnya.

Taufiq yang sedang menekuni menghadap segala kertas dan dokumen mengangkat muka untuk melihat pekerja barunya itu.

"Awak,"jerit Aisya sedikit.Matanya hampir terjojol.

'Ya Allah,matilah.Mamat bongkak ni ke bos aku?,'hati Aisya sudah gelabah.

Kak Halimah sudah mengerutkan dahi.Dia memandang Aisya dan Taufiq silih berganti.Taufiq yang sedikit terkejut tadi kembali serius mukanya.

"Kak Halimah,tinggalkan kami sekejap,"pinta Taufiq yang lebih ke arah arahan.

"Baik,tuan,"Kak Halimah lambat lambat ingin meninggalkan Aisya sendirian.Risau berlaku apa apa antar mereka.

Suasana kembali tegang.Taufiq berdehem seketika sebelum memulakan bicara.

"Duduk,"arah Taufiq.Aisya menjeling sedikit.

'Sikit - sikit nak arah.Mentang mentang bos,'kutuk Aisya.

"Kenalkan siapa diri awak,"arah Taufiq.Dia memeluk tubuh sambil memandang Aisya dingin.

"Nama saya Aisya Safia.Umur 24 tahun.Saya berkelulusan Degree dalam Perakaunan dari UiTM Shah Alam.Ini merupakan pengalaman kerja saya yang pertama,"ringkas.

"Okay,good.Saya nak terangkan serba sedikit kalau nak berkerja disini dan di bawah saya especially.First,saya tak suka pekerja datang lambat.Second,saya tak suka pekerja yang kuat cakap sebab saya tahu pekerja macam tu suka melilau.Third,saya nak bila saya bagi kerja pastikan siap pada waktunya dan saya tak suka kesalahan,"Taufiq selesai memberitahu segala prinsipnya.

"Baiklah,saya akan cuba sedaya upaya saya,"Aisya melontarkan suaranya antara dengar tidak dengar.

"So,for the first work from to you which is,I want you to settle up the problem income from our branch in Sarawak.Saya nak awak check all the thing dan pass up dekat saya minggu depan.I don't want any wrong,"tegas dari Taufiq buat Aisya.Sengaja dia meminta Aisya membuat kerja berat untuk menduga gadis itu.

"Kalau takde apa apa,you may out,"Taufiq kembali menghadap kerja dia yang dia tinggal sekejap tadi.

Aisya melangkah berat keluar dari bilik itu.Mukanya suram.

"Kenapa ni Aisya?Apa Tuan Taufiq cakap?,"tanya Kak Halimah.Aisya terkejut dan mungkin saja Kak Halimah menunggu dia dari tadi.

"Akak ingat tak semalam saya ada cakap pasal mamat yang langgar saya sampai jatuh dan pagi ni saya tazkirah dekat dia?,"Aisya meraup muka dia.Kak Halimah mengangguk laju.

Aisya menarik nafas berat dan memghembus perlahan.

"Tuan Taufiqlah orangnya,"perlahan Aisya menutur kata.

"Apa?,"melopong mulut Kak Halimah.Aisya mampu mengiyakan saja.

'Habislah kau Aisya,zon maut menanti,'keluh Aisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience