Bab 3

Romance Series 8467

TOPI berwarna coklat pekat disarung ke kepala. Beg camping yang besar digalas ke bahu. Nazir hanya memerhati. Sekali-sekali dia membantu Tuan Khidr apa yang patut.

"Kau ingat tau! Aku bagi kau peluang ni... Enjoy yourself lepastu, balik!" Nazir mengingatkan. Jari telunjuknya tepat di depan mata Tuan Khidr.

Tuan Khidr buat dengar tidak dengar sahaja. Tidak kisah lah apa mahu jadi. Nazir pandai-pandai lah back-up nanti. Nazir ni membebel tak habis-habis.

Dia berjalan ke arah kumpulan lelaki yang sedang berkumpul di depan bas persiaran itu meninggalkan Nazir di kereta. Tangan melambai Nazir tanpa berpaling.

"Alah! Kau jangan risau sangat lah, Zir. Pandailah Ki tu jaga diri." Hafiz memujuk.

Tangan Nazir laju menampar kepala Hafiz yang terkeluar dari tingkap kereta itu.

"Aku bukan risaukan Ki. Aku risau dia lari. Apa aku nak jawab dengan Syed Tamim kalau Ki hilang weh," luahnya.

Hafiz ketawa terbahak-bahak. Nazir sudah seperti baby-sitter Ki pula.

"Mana saja dia boleh lari, Zir. Kau jangan risau sangat lah. Aku yakin Ki tidak lah kebudakan begitu sekali sampai nak lepaskan tanggungjawab. Dah lah! Jom balik pejabat. Ada banyak lagi kerja aku yang tertunggak ni."

Air liur ditelan. Kebudakan? Ya! Ki memang kebudakan. Argh! Apa yang dia fikirkan ketika dia bersetuju sebelum ini. Oh tuhan! Selamatkan dan lindungilah Tuan Khidr dimana saja dia berada.

"Kau ni... Buat aku makin risau lah...." Nazir masuk semula ke dalam kereta apabila bas persiaran itu sudah bergerak pergi.

Ki mahu bebas dan lihat dunia. Ini saja dia mampu beri. Beri Tuan Khidr lihat dunia sebenar. Dunia yang dia impikan!

•••

14 tahun lalu....

"Aduh!"

"Ki!"

Nazir datang berlari mendapatkan Tuan Khidr yang sudah terjelopok jatuh di atas tanah. Nazir terus mencangkung menarik Tuan Khidr bangun kembali.

Pelajar senior yang sedang berkawad di padang itu mentertawakan Tuan Khidr yang tersembam di tanah. Nazir menjeling tajam. Seluar Tuan Khidr yang penuh dengan debu dan tanah itu ditepuk-tepuk supaya hilang segala debu tanah yang melekat.

"Takpe. Aku boleh buat sendiri!" Tangan Nazir ditepis kasar. Pantang sungguh dia bila Nazir perlakukan dia seperti anak kecil. Rasa pedih di lutut di tahan.

Tak guna betul abang senior yang menolaknya dari belakang tadi. Sudah lah dia dihukum lari pusing padang 20kali, entah kaki siapa menjulur menyebabkan dia terjelopok jatuh. Lagi teruk, orang belakang tolak dia sehingga tidak sempat dia mahu mengimbangkan badan.

Malang lagi, Nazir nampak pula. Nazir dibayar upah oleh Syed Tamim untuk memerhatikan dia di sekolah. Hish!

"Aku buat kerja aku je." Nazir faham dengan pandangan mata Tuan Khidr yang jelas tidak senang dengan perlakuannya yang terlebih prihatin tadi.

Tuan Khidr menyambung lariannya apabila salah seorang senior mula menjerit menyuruh mereka berhenti berborak.

Nazir pun sama aje macam abang-abang dan ayahnya. Over-protective. Kalau nak mati, mati juga dia. Tak payah nak terlalu melindungi sangat! 

Sekali lagi dia maki namanya. Tuan Khidr. Argh! Benci sungguh dia dengan nama tu.

Dari jauh dia nampak cikgu Rashidi datang menghampiri pasukan kawad kaki persatuan mereka. Mulutnya mendengus marah. Dia tahu sebab disebalik kehadiran lelaki itu. Dengan rotan di tangannya. Apalagi ayah ni!

Seorang demi seorang ahli kawad mereka dirotan di punggung. Khidr buat tidak nampak. Wajahnya tidak beriak. Selamba sahaja.

"Minta maaf pada Ki!" Kelantangan suara cikgu Rashidi boleh didengari di seluruh padang sekolah.

Tuan Khidr berjalan malas. Dia tidak perlu sesiapa masuk campur urusannya!

Semua ahli pasukannya berlari dan beratur di hadapan Tuan Khidr. Semua menunduk kerana takut kepada cikgu Rashidi. Cikgu lelaki paling garang di sekolah ini, juga salah seorang manusia yang ayahnya upah untuk mengawasi dia di sekolah.

"Saya yang salah, cikgu. Saya datang lambat."

Memang dia yang salah dan dia harus bertanggungjawab atas kesalahan dan tindakan sendiri.

Cikgu Rashidi langsung tidak peduli dengan penjelasannya, malah rotan ditangannya di hentak beberapa kali ke tapak tangan. Menyuruh pelajar-pelajar senior itu meminta maaf padanya juga.

"Kamu tahu tak.. Kalau tak kerana Khidr, kamu tak dapat merasa fasiliti hebat-hebat di sekolah ini. Boleh kamu suruh Ki berlari berpeluh-peluh di sini?"

Aish. Tak habis-habis. Aku sumbang sebab aku yang mahu pakai fasiliti ini lah. Bukan untuk sekolah pun!

Bermulalah adegan saling bermaafan macam hari raya di tengah padang sekolah. 30kali dia dengar kata maaf, 30kali juga dia perlu mengangguk. Sakit tengkuk dia.

Semakin ramailah musuhnya selepas ini.

"Kau mengadu ya, Zir?" Mata menikam wajah Nazir yang baru selesai bermain bola sepak.

Air botol di tepi bangku itu diteguk kemudian ditumpahkan airnya ke serata muka. Panas mungkin.

Nazir menggeleng lalu tangannya menunjuk ke arah tingkap bilik guru. Betul-betul menghadap padang sekolah mereka. Pasti cikgu Rashidi lihat mereka dari atas sana.

"Kau tak nak ikut main sekali?" ajak Nazir. Dia tahu Tuan Khidr sangat suka bermain bola sepak. Dari kecil, itu lah aktiviti kegemaran lelaki itu selain bermain catur.

Tuan Khidr tolak. Bukan dia tak mahu main, tetapi semua ahli pasukan bola sepak sekolah ini tidak suka padanya. Tersalah tolak ke apa ... Cikgu Rashidi mesti akan menghukum mereka. Akhirnya, dia jadi penonton saja lah.

Tangan menongkat dagu. Tuan Khidr duduk kebosanan di atas bangku. Perlawanan bola sepak di depan mata sedikit pun tidak buat dia berminat.

Pergi kemana-mana pun. Tiada siapa berani membantah cakapnya. Apa dia mahu dia akan dapat. Langsung tak seronok. Baik dia jadi patung saja kalau begini, duduk dalam muzium.

"Hai Abang Ki."

Seorang gadis bertudung singkat. Kain sekolahnya juga atas buku lali. Mata memandang si gadis tidak beriak. Hanya kening terangkat separuh.

Sekeping surat cinta dihulur padanya. Pipi si gadis semakin memerah.

Tuan Khidr menghembus nafas perlahan. Kenapa perkara begini asyik berulang. Tak bosan ke?

Surat cinta itu disambut dan dikoyakkan. Isinya dibaca. Hujung bibir Tuan Khidr terangkat sedikit. Sinis.

"Cinta? Kalau macam tu, tunggu abang dekat depan stor sukan nanti." ujarnya. Mudah.

Kalau nak dapatkan cintanya, buktikan terlebih dahulu!

Si gadis tersenyum manja. Kalau lelaki lain, pasti sudah tergoda. Tapi bukan Khidr. Dia sudah biasa sangat dengan semua ini.

Surat cinta ditangan dikomotkan dan dimasukkan ke dalam beg galas. Mata kembali memerhati perlawanan di depan mata. Dia rasa macam sedang tenung patung yang berlari ke sana ke mari. Tidak teruja langsung perlawanan mereka ini. Semua pergerakan dan strategi mereka dapat ditebak dengan mudahnya.

30minit juga dia duduk menongkat dagu tidak bergerak begitu. Mata terus ke hadapan. Dia jatuh ke dalam anganan nya sendiri.

Menyumpah kehidupan sendiri. Dia rindu pada Mummy. Wanita yang melahirkannya. Kali terakhir dia merasa bahagia dengan apa yang dipunyai adalah ketika Mummy masih hidup. Setiap malam Mummy pasti akan bercerita untuknya walaupun wanita itu sering sibuk dengan kerja. Tak pernah sekali dia merasa terabai.

Kalau dia diberi kuasa, dia mahu kuasa menghentikan masa. Masa ketika Mummy masih disisinya. Waktu dimana hidupnya tidak sekosong ini.

'Mummy... You must be dancing happily in heaven right now. Ki miss you so much!'

"Ki!" Bahunya digoncang kuat.

Nazir disebelah mengangkat sebelah kening. Haruslah dia risau. Tiba-tiba Tuan Khidr sudah jadi patung cendana pula di sini.

Baju Tshirt yang sudah penuh dengan peluh itu dibuka dan dia menyarung semula kemeja sekolah yang sudah komot di dalam beg. Peluh di wajah di lap menggunakan baju busuknya.

Tuan Khidr tiada tanda mahu menukar pakaian memandangkan dia pun tidak berpeluh mana.

"Aku pergi 'stor' kejap." ujar Tuan Khidr.

Beg nya ditarik malas dan diseret saja di tanah. Nazir menggeleng kepala. Tahap malas Tuan Khidr ini memang lain dari lain.

"Jangan lama tau! Sikit-sikit cukup." Dia faham sangat makna 'stor' itu dan dia tak akan halang. Itu hak lelaki itu untuk melampiaskan nafsu sendiri. Kalau si perempuan yang menyerah, apa yang dia boleh buat....

SENYUMAN manja si gadis di balas sepi. Dia hanya menarik hujung bibir sedikit apabila melihat pemakaian si gadis. Tadi bertudung, ini entah sudah kemana lesap pula tudungnya. Butang baju kurung itu pun sudah dibuka.

Ah! senang kerja dia. Tak payah lah nak minta bagai.

Macam dia tak tahu apa perempuan ini semua mahu. Siapa yang tak mahu berdiri di sebelah dia? Pegang erat tangannya? Dan peluk tubuhnya? Dengan wajah sekacak ini, dia boleh dapat mana-mana perempuan murah dalam dunia. Perempuan mahal? Dia tak berani.

Bukan kerana dia pengecut, tetapi dia hormat mana-mana wanita yang menghormati diri sendiri.

Pintu bilik stor sukan yang jarang digunakan itu ditutup. Gadis bernama Hanani mula melakukan aksi yang cuba menggoda nafsu lelakinya. Bibir merah basahnya dikucup lama.

"Make me excited and we'll see if you passed the test or not." ujarnya sambil tangan merayap ke serata tubuh si gadis.

Ya. Memang itu ujian yang selalu dia beri. Kalau wanita itu dapat memuaskannya dan buat dia tergila-gila, dia akan izinkan si gadis untuk berada di sisi. Dia boleh beri apa sahaja yang mereka mahu. Apa sahaja!

Hanani mula bertindak lebih agresif. Tapi entah kenapa, perasaan Tuan Khidr tidak begitu teruja. Dia mungkin sudah terlalu biasa dengan aksi yang sama. Setiap kucupan dan sentuhan dari Hanani cuma dibalas dengan senyum sinis.

Dia boleh dapat yang lebih hebat dari ini kalau dia mahu. Apa lah yang dia harapkan daripada Hanani yang jelas-jelas tidak berpengalaman ini. Alang-alang cinta itu tidak wujud, dia perlukan khidmat yang lebih baik dan yang terbaik.

Tubuh Hanani yang sudah separuh terdedah itu ditolak. Riak gadis itu jelas terkejut.

"You failed." Tuan Khidr bangun dari lantai.

Butang seluar yang dibuka oleh Hanani tadi dikancing kembali. Rambut yang sudah berserabut dek kerana aksi berani mati Hanani disisir menggunakan jari. Beg yang jatuh dilantai diambil semula. Menyeretnya keluar dari situ.

"Thanks babe. But, not today." Senyum nipis diberikan sebelum dia menolak pintu bilik stor itu rapat kembali.

Kaki melangkah ke tapak perhimpunan. Dia dapat lihat Nazir sedang menunggunya di bawah pondok tempat mereka menyimpan  basikal.

"Aik? Cepatnya? Excited sangat ke?" Nazir ketawa besar.

Lantas kepala Nazir kena libasan beg Tuan Khidr.

"Ala... Gurau je." Kunci basikal dibuka.

Kerana rumahnya dengan rumah Tuan Khidr sehala, jadi mereka selalu berbasikal bersama sahaja. Itu pun Khidr merayu. Kalau tidak, Tuan Khidr pergi berhantar balik berjemput sajalah dengan kereta mahal milik keluarganya.

"Gurau boleh, tapi jangan sampai orang dengar."

Kalau boleh memang dia tak mahu sesiapa pun tahu. Dia habiskan di situ saja. Hanya di bilik stor itu. Tiada tempat lain. Cerita hanya dalam stor bukan di luar.

Nazir angkat kedua tangan tanda dia mengalah. Berlawan kata dengan Tuan Khidr ni hanya memenatkan diri sendiri saja. Buang masa.

Mereka sama-sama mengayuh di atas jalan raya. Bersaing berdua. Dia dan Tuan Khidr berbual-bual kosong. Leka dengan pemandangan jalan yang sesak dengan kereta di petang begini. Semua pun mahu pulang ke rumah.

"Ki!"

wuhuuuu! Khidr-rella bab 3 dah published! okay, kalau korang nak baca laju sikit, boleh baca dekat wattpad Chryst. Chryst draft novel ni semua dekat wattpad, so, setiap kali dah habis draft dan edit... Chryst publish je terus tanpa mengikut jadual. Bebila chryst nak. Dekat NP pula, Chryst publish kalau Chryst rajin nak copy-paste. Jadi, nak laju - ke wattpad. Nak perlahan - ke NP. ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience