BAB 2

Romance Series 8467

"AKU dah tahu apa impian aku!"

Nazir yang baru mahu menghirup air teh'o panas itu sedikit terkejut. Pedih lidah dia.

"Kau ni... Paling pun tunggu lah aku hirup dulu air ni baru menjerit. Pedih lidah aku, Ki...." ujar Nazir. Lidah dikibas-kibas dengan tangan.

Tuan Khidr tersengih. Ditolak ais kosong miliknya pada Nazir.

"Sorry. Sorry. Kau nak aku pesankan ais kosong untuk kau ke?"

Nazir menggeleng.

"Okay, Shoot! Apa dia impian kau?" Air batu di dalam gelas Tuan Khidr dicucuk keluar dan mengumamnya.

Tuan Khidr tersenyum sinis. Dia yakin ini impian yang paling tepat.

"Aku nak princess charming."

Mahu tersembur air batu di dalam mulut Nazir mendengar impian Tuan Khidr. Apa kejadah princess charming pula ni... Dan dari mana datang idea mengarut yang satu ini....

Mata meminta penjelasan.

"Alah... Kau tahu, macam dalam cerita Cinderella." Tuan Khidr memberi penerangan paling ringkas. Kedua tapak tangan dibuka membayangkan di atas tangannya ada sebuah buku.

Nazir mengeluh. Berat. Tak sangka akhirnya terkeluar juga fikiran-fikiran pelik dari kepala sahabat karibnya ini.

"Tapi, kau bukan cinderella. Cinderella hidup dia opposite dari kau."

"That's what I mean. The concept is the same. Cinderella miskin, kena buli dengan keluarga tiri. And then, prince charming datang dan bawa dia keluar dari rumah buruk tu. Dan aku pula, kaya. Tak pernah kena buli malah terlebih disayangi. Dan! aku mahu dibawa pergi dari rumah kaca tu." Panjang lebar dia bercerita.

Nazir hairan. Langsung tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Tuan Khidr.

"Apa yang sama?"

"Yang sama adalah 'dibawa pergi'. Kau faham? Aku nak dibawa pergi. Cinderella pun nak dibawa pergi."

Keluhan panjang terkeluar dari mulut Nazir. Pelipis ditekan-tekan.

Adeh. Ki... Apa yang telah merasukimu Ki....

"Cinderella tu menderita. Kau elok je."

"Siapa kata? Mental aku menderita kebosanan. Aku dah bosan lah dengan hidup ni. Kau faham aku tak? Hidup aku ni ada segalanya, bro. Segalanya! Aku tiada cabaran, tiada ketakutan. Aku nak rasai kehidupan sebenar. Ada turun naik."

Tangan Nazir membangkang. Memang dia tak faham dan dia tak setuju!

"Mana nak cari princess charming wei !" Dia cuba mematahkan semangat Tuan Khidr. Lelaki ini akan lakukan apa sahaja untuk mencapai apa dia mahu.

"Aku tetap mahu princess charming juga." Tuan khidr membulatkan suara. Tegas. Tak peduli apa mahu jadi. Dia tahu Nazir tak akan faham beban rasa kosong di dalam jiwa dan hidupnya.

Dia cuma mahu menghidupkan sesuatu yang tak pernah hidup di dalam dirinya. Kenapa Nazir tak mahu beri dia peluang menghidupkan dirinya sendiri!

Nazir tetap membantah.

"Tak! Tak! Aku tak setuju. Kau tahu tak apa akan jadi kalau kau dibawa keluar dari rumah kau, keturunan kau? Kau keturunan yang terakhir. Kau dah gila?" tegah Nazir.

Memang gila! Kalau dia bersubahat dengan Tuan Khidr, dengan anak bini dia sekali terpaksa menanggung akibatnya.

Tuan Khidr mendengus. Dia harapkan Nazir untuk faham dia, tetapi lelaki ini tak faham-faham.

"Kalau begitu, aku ambil anak kau jadi anak angkat aku. Dan register dia bawah nama aku. Selepas itu aku boleh bebas. Aku akan buat announcement." Meluncur laju saranan yang lebih mengarut dan ekstrim dari mulut Tuan Khidr.

Nazir terlopong.

Sudah! Semakin pelik-pelik pula akal Ki ini. Dengan anak dia sekali Ki mahu rembat.

"Kau konfem dah tak betul, Ki." Kepala Nazir tergeleng-geleng. Berperang dengan jiwa dan akal sendiri dimana keduanya saling bertelagah antara rasa simpati dam tanggungjawab.

Tuan Khidr buat muka kasihan.

"Kau tak kesian dekat aku ke, Zir? Aku terperangkap dalam keluarga ni. Aku cuma nak bebas dan cari kebahagiaan aku. Macam kau dengan Maya. Aku pun nak Maya aku, Zir...." Tuan khidr mengalih pandangan ke arah lain. Tubuh disandar ke kerusi dan tangan menyilang memeluk tubuh.

Ah, dia tipu. Dia cuma mahu lari dari membawa nama keluarga ini. Dia hanya mahu bawa nama 'Khidr' bersama.

Nazir melarikan wajah dari terus memandang riak kesian lelaki itu. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata Tuan Khidr. Kasihan pun ada tetapi untuk mengambil risiko besar begitu, dia tidak berani.

"Okay! Kalau kau mahu sangat cari princess charming, aku boleh tolong. Tapi ingat! Kau ambil kesempatan dalam kesempitan, kau siap! Aku tak nak cover apa-apa kalau kau lari, Ki. Aku tak setuju pasal 'bawa pergi' bagai tu tau." Air liur ditelan.

Tiba-tiba terbit rasa menyesal kerana terlanjur memberi harapan tetapi atas nama sahabat, dia akan sama-sama bertanggungjawab. Kalau Ki mahu sangat rasa, dia akan beri Ki peluang itu. Namun bila tiba masanya, Ki harus malah wajib pulang ke tempat asalnya!

Tuan Khidr sudah tersenyum kemenangan. Dia tahu dia boleh kenakan Nazir. Eh... Harapkan Nazir.

"Ha? Apa yang kau nak buat?" Baki air teh'o panasnya dihirup.

"Alah. Tak susah. Aku cuma nak bebas sekejap je. Aku tak mahu ada sesiapa cari aku, kejar aku dan apa-apa sajalah yang menyebabkan aku kena pulang ke rumah agam tu!"

Nazir berfikir sejenak. Hati masih berat untuk melepaskan Ki pergi.

"Kau ni sudah macam pelarian. Rumah agam besar yang serba indah itu kau anggap macam penjara pula."

Tuan Khidr tersengih. Memang itu pun yang dia rasa. Dia terdesak. 20tahun dia hidup terpenjara.

15 TAHUN LALU....

"Khidr! Apa cita-cita kamu?" Cikgu Maimun bertanya. Wanita di dalam lingkungan 50an itu masih kuat lagi mengajar. Suaranya tegas seperti selalu.

Tuan Khidr yang sedari tadi asyik mengelamun sendiri, terus berdiri tegak. Kepala berputar ligat.

Cita-cita?

"Apa kamu mahu jadi bila besar?" soal cikgu Maimun lagi. Rotan ditangan mengetuk meja.

Tuan Khidr mengetap bibir. Kening sebelah terangkat.

Apa dia mahu jadi? Dia tidak pernah terfikir langsung.

"Yang kau rasa kau minat," Suara Nazir dari meja sebelah, membisik.

Mulut Tuan Khidr melopong lalu mengangguk faham.

"Hm... Saya nak jadi tukang kebun!" jawabnya penuh bersemangat.

Ya, itulah yang dia minat. Pakcik tukang kebun di bawah itu selalu kelihatan gembira bekerja dan itu menarik minatnya.

Nazir menepuk muka, wajah diraup kasar. Cikgu Maimun mengeluh. Satu kelas mentertawakannya.

Apa yang kelakar? Dia tak faham.

Mata memandang Nazir di tepi meminta jawapan. Bahu dijungkit keduanya.

"Takkan lah tukang kebun. Lain?" Nazir berbisik.

"Takde dah," Jawapan Tuan Khidr buat Nazir menepuk dahi buat kesekian kalinya.

"Tak apa lah, Ki. Awak duduk. Fikir betul-betul mengenai apa awak mahu jadi bila besar nanti. Yang lain, jangan nak ketawa sangat!"

Tuan Khidr kembali menjatuhkan punggung. Kepala digaru. Apa masalahnya dengan bercita-cita mahu jadi tukang kebun? Pekerjaan yang mulia juga kan?

"Mulia bro. Tapi tak ada lah dipandang tinggi. Haih, kau ni. Nak jatuhkan air muka pun, versetail lah sedikit."

Tuan Khidr mencebik. Tak ada bezanya mana-mana pekerjaan pun. Lebih baik dari dia yang tak buat apa-apa langsung.

"Apa-apa sahaja lah. Kalau asyik lihat pandangan orang lain, susahlah nak hidup." Dia mengakhirkan perbualan.

Mereka kembali fokus ke hadapan. Tangan melakukan tugasnya, menyalin nota di papan hitam. Fikiran menerawang membayangkan keindahan hidup sebagai seorang tukang kebun.

Nama manja hero, Ki... Ki... Ki... Ki... Jangan lupa follow Chryst di Wattpad dan IG. Terima kasih sebab selalu sudi follow karya mengarut kita ni. Bhahahahahhahaak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience