Bab 8

Romance Series 8467

RANTING pokok yang berserakan di tanah menghadkan kebebasan langkah mereka. Bukan kecil dan halus ranting-rantingnya. Mahu sebesar penumbuk juga. Beg camping yang digalas di belakang juga agak berat. Sebatang kayu setinggi pinggang dan agak tebal digunakan sebagai pemegang. Ansar yang memberi dia kayu ini sebagai penyokong memandangkan malam tadi hujan jadi tanah agak lembap dan mudah tergelincir.

"Ki, kau pernah masuk hutan sebelum ni?" soal Hairi di belakang.

Nafas Tuan Khidr tercungap-cungap. Nasiblah dia tidak disuruh bawa segala bekalan makanan dan juga barang-barang yang mahu disedeqahkan kepada orang asli nanti. Kalau tidak, memang dia tak akan mampu bergerak pun.

"Ini pertama kali Ki masuk hutan." Tangan menampar pipi dan leher yang dari tadi menjadi sasaran nyamuk.

Nyamuk tak guna! Dia ingat aku ni tabung darah ke!

"Patutlah. Nampak yang kau tak biasa. Mari aku bawakan beg kau."

Beg terlepas dari bahu. Senang saja Hairi bawa beg-nya yang berat. Botol air dan sebungkus roti Hairi hulur padanya.

"Kalau penat, makan dulu. Takpe. Airis ada dekat belakang. Kau perlahan-perlahan pun tak apa," pesan Hairi sebelum melangkah laju ke atas.

Tuan Khidr duduk di salah satu akar pokok. Air di dalam botol di buka penutupnya dan meneguk sehingga separuh kosong. Mata mencari kelibat Airis. Gadis pujaan hati.

Galak dia memandang gelagat Airis memimpin adik-adik universiti di belakang sana. Penuh sikap kepimpinan. Dia jadi tertanya-tanya.

Siapa Airis? Duduk di mana? Umur berapa? Kerja apa? Ah, banyak lagi lah.

Dia mahu kenal Airis yang sebenarnya. Dia mahu Airis pandang dia dan layan dia seperti kawan baik.

Tuan Khidr bangun semula apabila kumpulan pelajar wanita sudah semakin mendekat. Debaran di dada di tenangkan. Raut wajah Airis selalu bikin dia tidak tentu arah.

"Ki tak larat ke?"

Aduh... Suara pun sedap walau terselit ketegasannya.

"Tak. Ki rehat kejap aje tadi." Senyuman dilemparkan pada adik-adik universiti tersebut.

Mulalah sesi menjawab soalan-soalan tidak penting dari adik-adik ni. Ada sahaja yang mereka mahu tahu. Umur lah, asal dari mana, belajar apa, dah kahwin ke belum... Aiseh, bagi 'can' lah abang Ki nak berkenalan dengan kak Airis korang ni....

Airis senyum sesaat sebelum wajahnya dikeraskan semula.

"Airis dulu sekolah di mana?" Tuan Khidr mendaki beriringan dengan Airis.

"Selayang," balas Airis, sepatah.

Mata Tuan Khidr membulat.

"Tapi sekejap aje. Keluarga Airis pindah ke kampung sebab ada masalah kewangan," tambah Airis lagi.

Semakin membulat mata Tuan Khidr. Jantungnya kembali kencang.

"Err... Airis..."

"Ki!"

Airis mendongak ke atas lalu menghantar bahasa isyarat melalui pandangan kepada Tuan Khidr. Lambat-lambat pandangan dihalakan ke atas.

Ansar melambai-lambai menyuruh dia cepat-cepat ke atas.

Pasrah. Terpaksa dia tahan hasratnya mahu bertanya walaupun hampir seratus peratus dia pasti Airis adalah Airis yang dia tunggu dulu.

"Ki daki ke atas dulu. Jumpa dekat atas nanti, Airis." Mata dikenyitkan sebelah.

Berkerut dahi gadis itu. Mata memberinya amaran tapi dia tak peduli.

Dia Tuan Khidr. Apa dia mahu, dia akan dapat. Dia mahu Airis, dia akan dapat Airis walaupun dia perlu jatuhkan ego dan air muka.

•••

SYED Tamim tidak senang duduk. Sudah hampir seminggu dia tidak dapat menjejaki Tuan Khidr. Dia risau. Mana pula anak teruna ini melarikan diri.

Kalau mahu lari pun, beritahu lah!

Ketukan di pintu menyedarkan Syed Tamim. Dia kembali duduk ke kerusi sebelum mengizinkan orang di luar masuk menghadap.

"Macam mana?" soalnya sebaik orang diluar menjengah ke dalam.

Yasir angkat bahu terus punggung dilabuhkan ke sofa.

"Yasir rasa Ayah patut bagi Ki ruang sendiri. Trust him. He will be back. I promised you, he will be back." Telefon pintar di tangan dipusing-pusingkan.

Syed Tamim mengurut kening. Dia tahu dia terlalu melindungi, tetapi ini semua untuk kebaikan Ki sendiri. Dia mahu Ki hidup bahagia tanpa perlu bersusah payah.

Kenapa susah sangat? Semakin Tuan Khidr membesar, anak teruna itu semakin gemar memberontak. Kebebasan? Dia boleh beri kebebasan yang ada dalam dunia. Tapi, kebebasan yang Tuan Khidr mahu ... itu sahaja dia tidak mampu beri. Melepaskan Tuan Khidr dari keturunannya sendiri.

"Ayah terlalu keras dengan Ki. Dia dah besar. Yasir pasti dia ada kemahuan tersendiri."

Yasir selalu berpihak pada Khidr. Dia tahu Yasir memang mudah lembut hati kalau dengan Khidr.

"Kalau apa-apa jadi pada Ki, Ayah tak akan maafkan diri Ayah." Tubuh disandar ke kerusi.

"As long as I'm alive, Ayah ... nothing will happen to him. Don't you worry too much. Let him enjoy his life. I will do my best to protect him, as you wished."

"Lagi pun, Ki bukan biasa-biasa lah Ayah. He knows martial arts. Apa yang boleh jadi kan.... He will be okay. Yasir rasa Ayah yang lebih berisiko di sini. Risiko sakit jantung dan darah tinggi."

Yasir senyum nipis. Syed Tamim memang terlebih risau. Dia percaya pada Khidr. Adiknya itu bukan bodoh. Malah, Khidr memang disenangi ramai. Dia pasti Khidr tak akan apa-apa di luar sana.

"Apa kata Yasir cari Ki sampai dapat dulu, then I can rest assured." Syed Tamim mengeluh.

"I can't and I won't. Yasir percaya pada Ki. He don't need us. We need him instead. Ayah layan Ki macam dia masih 10 tahun."

"Bukan itu masalahnya. Ki dalam bahaya kalau orang tahu Ki sendirian."

Yasir duduk menegak.

"Kalau Yasir tak mahu tolong cari Ki, Ayah suruh Wais saja. He can do it instantly."

Yasir mengeluh kuat. Susah betul cakap dengan Syed Tamim. Dia cuma harap Khidr boleh hidup gembira. Bukan selamanya pun. Dia pasti Ki tak akan boleh hidup susah lama-lama di luar sana. Anak yang sudah dibiasakan dengan kemewahan, tak mungkin boleh hidup ala kadarnya.

"Okay. I will find him. Tapi, bukan paksa Ki balik. Yasir tak akan buat tu. Ki ada hidupnya sendiri dan Yasir tak akan ambil hak itu dari dia."

Dia tak boleh biarkan Wais mencari Khidr. Wais akan rosakkan segalanya. Wais tak ubah seperti Syed Tamim. Obses! Over-thinking! Mereka rasa semua orang yang berada di sekeliling Tuan Khidr semuanya berniat tidak baik sahaja.

Yasir bangun dari sofa dan bergerak menghampiri si Ayah.

Sejak kematian Mummy, Syed Tamim memang langsung tidak pernah membuang masa melayan wanita lain. Hidup sepenuhnya diberi kepada mereka tiga beradik. Dan wasiat Mummy meminta Syed Tamim untuk menjaga Tuan Khidr sebaiknya dijalankan dengan cemerlang.

Dia rindu pada Mummy. Dia rindu momen mereka sekeluarga. Dia, Wais, Ayah, Mummy dan Khidr.

Keluarga mereka tidak senang. Tiada apa-apa. Ayah pula cuma buruh bangunan ketika itu. Pertemuan Ayah dengan Mummy membuahkan rasa cinta. Dapat dia rasakan kasih sayang tulus ikhlas dari Mummy untuk dia, Ayah dan Wais. Dan dia tak akan lupa pengorbanan Mummy untuk mereka. Kerana Mummy sanggup mengambil mereka menjadi keluarga. Dan Mummy sanggup menyayangi mereka seperti anak sendiri.

Bahu Syed Tamim di urut perlahan.

"Apa kata Ayah cari lah teman baru."

Dengan cara itu, barulah perhatian Ayah tidak sepenuhnya kepada Tuan Khidr jika ada wanita lain di sisi.

Syed Tamim menggeleng.

"Your Mummy is the only love of my life."

Dia sudah agak....

"Cari Ki... Kalau apa-apa jadi pada Ki, Ayah rasa serba salah pada Mummy. Ki sebatang kara. Bila-bila masa orang boleh tindas dan nafikan haknya kalau dia keluar dari rumah tu."

Yasir angguk. Dia akan cuba sedaya upaya pertahankan hak Tuan Khidr, adik kesayangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience