Bab 13

Romance Series 8467

GANGGANG telefon awam itu diletak semula. Terkekek-kekek Tuan Khidr ketawa. Pasti Nazir sedang amuk di rumah. Biar padan muka dia.

Memang dia sudah agak yang Nazir akan menghubungi Airis. Hasilnya, tadi Airis sendiri datang ke rumah Ansar memaklumkan padanya tentang panggilan Nazir. Kerana kasihan, Tuan Khidr telefon juga lelaki itu. Cukuplah dia buat Nazir botak kepala selama seminggu dia hilang dari radar. 

Tuan Khidr mencapai dompet yang diletakkan di tepi telefon awam. Belum dia masukkannya ke dalam kocek belakang seluar, beberapa lelaki muda yang melepak di seberang jalan tadi menghampiri. 

"Kau anak angkat Tok Imam tu kan?" soal salah seorang. 

Tuan Khidr teragak-agak mengangguk. Dompet disumbat ke kocek belakang. Mata melihat mereka semua dari atas ke bawah. 

"Kau ada duit tak?"

Tuan Khidr menggeleng. Kaki menapak satu langkah ke belakang. Hatinya berbolak-balik memikirkan kewajaran dia mempertahankan diri jika terjadi sesuatu. Tapi ... macam mana kalau berita ini tersebar dan Ayah juga abang tirinya dapat mencari dia di sini? 

"Kau jangan nak tipu. Aku nampak kau simpan dompet kau. Mentang-mentang kau budak KL, kau nak bodohkan aku ya?" ujar salah  seorang yang lain. Mereka nampaknya tidak sepenuhnya sedar. Mabuk. 

Mata Tuan Khidr mengerling ke tempat kumpulan tadi melepak. Berbotol-botol arah bersusun di tebi bangku batu itu.

Adeh... Kalau tak pandai minum, janganlah minum. Dia pernah teguk yang lebih keras lagi dari botol berwarna gelap itu. 

"Dompet ada, isi tak ada." Dompetnya dikeluarkan dan dibuka luas-luas depan mata mereka semua. 

Memang sudah dia asingkan segala isinya dompetnya. Dia tak mahu ada yang tahu dia siapa. Dia mahu bercuti dengan tenang di sini. 

Pap!

Satu libasan tepat ke kepala Tuan Khidr. Dia yang langsung tidak bersedia, terus jatuh terjelopok di atas tanah. Kepala terhentak ke batu. Pedih! 

Belum pernah ada yang berani naik tangan ke tubuhnya. Ayah pun tak berani mahu cubit dia. Tak sangka penangan pertama yang dia rasa adalah dari air tangan mat rempit kampung. 

Tubuh baru mahu didirikan, kali ini penangan kaki mereka pula yang terpaksa dihadap tanpa rela. Tuan Khidr jatuh semula ke tanah. Hati memaki. 

Kalau mereka tahu dia siapa, pasti semua ini akan dia sumbat masuk dalam lokap.

"Hoi!"

Tuan Khidr kembali membuka mata. Rasa sakit berkurang. Sepakan juga sudah berhenti. Kepala diangkat perlahan. 

'Airis?' desis hati Tuan Khidr. 

"Kau semua buli orang lagi ya?" Suara Aina menyinga. Gadis itu bercekak pinggang di hadapan sekumpulan lelaki.

Tuan Khidr segera bangun. Malu kalau Airis nampak dia menyembah bumi tadi. Jatuh lagi air mukanya. Tak cukup dengan baca Muqaddam, kena pukul pun Airis nampak juga. 

Aina membelasah seorang demi seorang dari mereka. Cekap dan laju sungguh penangan Aina. Tuan Khidr tercengang berdiri di tempat yang sama. Aina yang lagi pendek dari Airis ini sebagus itu dalam seni mempertahankan diri? 

Airis di belakang menghampiri Tuan Khidr. Telefon yang digunakan untuk menghubungi seseorang tadi, dimasukkan semula ke dalam kocek kurungnya. 

"Ki tak apa-apa?" soal Airis prihatin. 

Tuan Khidr tersengih. Dia tak apa-apa, tapi hatinya yang parah. 

"Ki tak perlu tolong Aina ke?" soal Tuan Khidr. Dia teragak-agak juga mahu pergi membantu. Takut dia pula yang terkena penangan gadis itu tanpa sengaja. 

Airis senyum lantas menggeleng. "Jangan risau... Aina juara Tae Kwan Do peringkat daerah tau. Semua orang tak berani cari pasal dengan dia."

Tuan Khidr menelan air liur. Agaknya kalau dia buat Aina marah, dia juga bakal menerima nasib yang sama seperti kumpulan lelaki rempit itu. 

"Ki buat apa dekat pondok telefon malam-malam begini? Bahaya. Sini memang tempat mereka melepak malam-malam."

"Kalau lepak saja, tak kacau orang tak apa. Masalahnya ... melepak, mabuk dan pau orang!" bentak Aina. 

Tuan Khidr ketawa kecil. Jarang sungguh dia lihat Aina membentak-bentak. 

"Ki telefon Nazir tadi. Telefon Ki rosak." Telefon yang dihancurkan sendiri di rumah tadi dikeluarkan dari dalam kocek. Skrin cuba dihidupkan namun tidak berjaya. 

"Abang Ki! Kalau abang nak keluar malam-malam, bawa lah alarm anti-rogol tu. Bila ada orang kacau abang, abang bunyikan aje siren tu." 

Tuan Khidr menolak. Dia boleh jaga diri sendiri. Tak kan nak bawa keychain tu kemana-mana. Buat malu je lelaki pakai keychain anti-rogol. 

"Takpe. Kalau jadi lagi, abang jerit je nama Aina kuat-kuat...," usik Tuan Khidr. 

Mata Aina mencerlung memandang lelaki di hadapan. Dibiar kak Airis sahaja yang menasihati lelaki itu. Motosikal dihidupkan semula.

Tangan Airis naik menyentuh pipi Tuan Khidr. Mulalah jantung Tuan Khidr mahu buat hal lagi.

"Ki jangan keluar malam. Kampung lain dari bandar. Kalau ada yang jahat, mereka tak fikir apa dah." 

Lemah lutut Tuan Khidr dengar suara Airis. Apa lagi keprihatinan yang Airis beri padanya. 

'Ayah! Ki serius nak kahwin!'

Khidr menepuk-nepuk punggung. Nasib jatuh air muka je, kalau Airis pandang rendah padanya ... memang dia akan balas semula semua penerajang yang dia terpaksa hadap tanpa rela tadi.

"Abang ni macam pompuan lah. Kena diselamatkan selalu," Aina mengejek.

Berdesing telingan Tuan Khidr. Macam perempuan? Bahu tegap begini dikata macam perempuan?

"Aina... Tak baik lah." Airis turut sama menggelakkan Tuan Khidr.

"Abang tak sampai hati je nak pukul anak orang. Abang memang sengaja tak nak lawan balik."

Aina mencebik bibir. Kerana ada Airis di sini saja dia menahan diri, kalau tak ... sudah dia kejar Aina keliling kampung.

"Aina dengan Airis nak kemana?"

"Airis minta Aina tolong hantar sampai rumah. Airis tak bawa kereta ke masjid tadi."

Mata Tuan Khidr tertancap pada motosikal buruk milik Aina. Sudah berkarat sana sini. Aina tersengih.

"Boleh naik lagi ke motor kapcai ni? Nanti bersepai tengah jalan, macam mana?"

"Abang Ki jangan nak hina-hina motosikal Aina. Motor ni kalau langgar abang pun boleh mendatangkan maut untuk abang." Telunjuk Aina tuding pada Tuan Khidr.

Mengekek ketawa Tuan Khidr mendengar bicara Aina.

"Yeke? Cuba lah. Nak tengok motor tu yang maut atau abang yang maut," cabar Tuan Khidr.

Aina pulas grip motor buruknya. Bising!

Laju roda motor memecut ke depan. Tuan Khidr senyum. Kakinya beralih ke tepi selangkah. Grip motosikal Aina dipegang. Cekap.

Motor buruk itu berhenti tepat di depan Tuan Khidr.

Aina ternganga kecil.

"Tak maut pun." ejek Tuan Khidr. Rasa mahu ketawa guling-guling lihat riak wajah Aina sekarang.

"Eleh! Itu sebab Aina bawa perlahan je." Baik, dia tipu. Tapi dia tak sengaja terpulas habis grip motor. Dia mahu mengelak abang Ki, tapi tangan lelaki itu labih cepat lagi menahan grip motornya.

"Abang ni dah pernah kena langgar banyak kali. Setakat motor kapcai Aina, macam kena gigit semut je."

Aina menjeling. Banyak pula jawab abang Ki hari ini. Selalunya abang Ki akan panggil namanya dengan penuh nada bergantung harap. Minta dia tolong itu dan ini. Hari ini lelaki ini terlihat lebih hebat dari kebiasaan pula.

Ah! Dia lagi suka abang Ki yang lemah dan penakut. Takut ulat, pacat, kerengga... Itu ini semua lelaki itu takut.

Aina senyum. Hari-harinya memang lebih ceria sejak kehadiran abang Ki.

Kalau lelaki lain mungkin dia akan tumbuk saja muka mereka kalau penakut sangat. Tapi kalau abang Ki, dia sanggup dengar lelaki itu merintih merayu untuk diselamatkan.

"Ha, senyum apa tu? Mengutuk kak Airis ya?"

"Mana ada. Aina kutuk abang Ki lah dalam hati."

"Eh...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience