BAB 1

Romance Series 8467

BUNGA ros merah ditangan dipandang kosong.

Keluhan terlepas dari mulut. Baju sut mewah rekaan khas untuknya itu tersarung cantik ditubuh. Warna biru pekat yang diwarnakan pada alur sisir rambutnya membuatkan penampilannya tampak lebih gah dari kebiasaan.

Dia mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia mengeluh hari ini.

"Tuan Khidr...."

Ah... Benar. Itu nama dia. Tuan Khidr. Kenapa Tuan Khidr? Kerana dia adalah keturunan terakhir kepada golongan bangsawan melayu lama, Tuan Arjuna Dharmabakti dan Dayang Eka Jiwa.

Kalau dulu keturunan mereka terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian, sekarang keturunan ini terkenal dengan kekayaan luar biasa.

Lelaki sebaya ayah tirinya itu mempersilakan dia untuk berjalan keluar ke dewan besar rumah agam mereka.

Kaki mengangkat langkah. Sesampai di hujung tangga, mata melingas memandang sekeliling.

Perempuan.. Ya, begitu ramainya calon-calon isteri yang datang. Tetapi sedikit pun dia tidak merasa teruja.

"Ki.. Nanti mana-mana Ki berkenan, Ki beri ayah 'hint'." Syed Tamim berbisik. Bunga ros ditangan Tuan Khidr disentuh.

Dalam hati, Tuan Khidr menjerit. Kenapa setiap kali hari jadinya dia harus diberi tugas memilih calon isteri!

Abang-abang tirinya Waiz dan Yasir ligat memilih perempuan di bawah. Tuan Khidr tersenyum sinis.

Sah-sah dia tidak akan memilih mana-mana perempuan di sini lebih-lebih lagi perempuan yang dengan mudahnya disentuh oleh Waiz dan Yasir.

"Relax lah. Kau tutup mata selepas itu hulur saja bunga ni pada sesiapa. Kalau tak sesuai, putus sajalah." Nasihat tidak berapa bernas keluar dari mulut Nizar, teman waktu kecilnya merangkap sahabat karib.

Wajah Nizar dipandang semacam mahu ditelan. Nasihat langsung tidak boleh pakai! Apa Nizar ingat dia lelaki begitu ke? Pakai buang perempuan sesuka hati?

"Bro... Give me some space. Lagi banyak perkataan yang keluar dari mulut kau, lagi stress aku rasa." Dada bidang Nizar ditolak menjauh.

Ah! Dia sudah habis fikir. Ini semua mengarut!

Bunga ros ditangan dicampak ke lantai. Tuan Khidr menapak menuruni tangga mewah menuju ke arah keramaian manusia di bawah.

Beberapa orang gadis mula menghampiri tetapi tangannya lebih cepat menahan mereka. Bibir tidak berhenti meminta mereka untuk memberinya sedikit ruang dan masa.

"How is it, Ki? Have you decide?" Syed Tamim bertanya sebaik sahaja tangan Tuan Khidr menyentuh bahunya.

Seperti biasa, wajah Tuan Khidr tak beriak. Bosan seperti yang selalunya.

"Hm.. Not yet. And I don't think I can do this, Ayah. Again." pinta Tuan Khidr.

Sekalipun dia tidak minta, Syed Tamim harus kotakan juga permintaan Tuan Khidr. Dia lebih berkuasa di sini.

Syed Tamim terkejut.

Sekali lagi? Mengapa sukar benar mahu meruntuhkan tembok hati anak bongsunya ini?

"Why? Is there something wrong? Tak cukup cantik? Atau baik? Atau kaya?" Semua jemputan mereka hari ini adalah dari keturunan-keturunan hebat. Tak kan lah tiada seorang pun yang Tuan Khidr berkenan.

Tuan Khidr menggeleng. Dia hormat ayah tirinya. Dan dia faham akan kerisauan Syed Tamim mengenangkan dia yang masih belum kahwin ini tapi hati dan cinta tidak boleh dipaksa.

"I need more time. Ki janji, Ki akan fikir sungguh-sungguh hal ini. Just, let me go this time. Please?" Janji yang pernah dipakai tahun lepas, dilantun sekali lagi tahun ini.

Syed Tamim terdiam. Nampaknya sekali lagi dia harus beri muka. Sia-sia lagi usahanya tahun ini.

"Ayah faham. Just enjoy your birthday today, okay?" ujar Syed Tamim. Dia tidak mahu memaksa. Biarlah anak teruna ini melakar masa hadapannya sendiri.

"Again? Seriously? Tahu tak berapa lama masa abang habiskan jemput mereka semua? I even invite anak menteri luar negara ni untuk Ki.." perkataan anak menteri disebut dalam bahasa melayu. Takut pula anak menteri itu faham.

Tuan Khidr tergelak kecil. Dia faham sangat perangai over-protective abang-abang dan ayah tirinya ini tetapi dia bukan budak-budak. Dan, tiada siapa pun pernah minta calon isteri minah salleh. Aduh.

"Brader setel lah sendiri, brader. Brader yang jemput. Ki gerak dulu." Bahu Wais ditepuk perlahan.

Wais mengeluh panjang. Sia-sia lah usaha dia mempelbagaikan calon isteri si adik. Sebelah mata pun Tuan Khidr tak pandang. Lawa ni....

Kalau Ki tak mahu, biar dia saja yang masuk line.

20 TAHUN YANG LALU....

"Ki! Ki nak abang beli satu untuk Ki tak?"

"Hm...." Tuan Khidr angguk.

"Ki ! Kereta control ni cantik. Ki nak tak?"

"Hm...." Tangannya menyambut huluran Wais.

"Ki nak hadiah apa? Beritahu pada ayah, ayah akan belikan."

"Hm...." Kepala berfikir-fikir tentang apa yang dimahukan.

"Ki! Tak apa. Biar abang yang kemas kaca pecah ni. Ki pergi duduk."

"Hm...." Tuan Khidr berdiri memerhati setiap gerak geri si abang yang sedang membersihkan barang-barang kaca yang dipecahkannya.

"Ki.. Meh sini abang habiskan untuk Ki."

"Hm...." Tangan menolak pinggan mendekat kepada Yasir.

"Ki... Ayah nak minta sikit duit pada Ki. Untuk bisnes kita juga."

"Okay. Ambil lah." Buku cheque di dalam almari kecil diserah kepada Syed Tamim.

"Abang ni tak tahu mana nak cari duit nak sambung belajar. Malu nak minta pada Ayah. Ki boleh tolong abang tak?"

"Boleh. Ambil lah." Laju pen menari di atas helaian kertas cheque.

"Ki ! Mana-mana abang cari kerja, semua tak dapat. Abang rasa nak mati saja kalau begini. Hidup susah!"

"Okay. Nanti Ki selesaikan." Jari menaip-naip sesuatu di atas skrin telefon.

Dia bosan! Hidupnya hanya begini. Menjaga kebajikan abang-abang dan Ayah. Tiada yang menarik. Harta yang melimpah ruah ini tidak bermakna apa pun.

Mata membuang pandang ke arah luar tingkap dari bilik darjah. Pakcik tukang kebun yang sedang memotong rumput itu diperhati lama.

Pasti hidup pakcik kebun ini lebih seronok dari hidupnya.

Argh! Bosan!

"Ki... Kau kenapa termenung jauh sangat?" sapaan Nazir dari depan buatkan Tuan Khidr mengalih pandangan.

Nazir. Lelaki ini ... ayahnya hanya seorang pekerja pejabat biasa.

"Kau nak tukar ayah dengan aku tak?"

Hampir tersembur air soya di dalam mulut Nazir mendengar permintaan Tuan Khidr. Memanglah kalau diberi pilihan, dia mahu. Tapi, ayah tak boleh pilih dan tolak sesuka hati.

"Kau mengarut apa ni, Ki." Ketawa meletus.

Tuan Khidr tak habis-habis dengan angan-angannya. Apa yang kurangnya pada hidup dia. Ada berjuta manusia yang mahu tukar hidup dengan Tuan Khidr kalau diberi kesempatan.

"Entah. Aku bosan," jawabnya selamba. Kaki menolak meja menyebabkan kerusi kayu itu terjungkit kebelakang.

"Apa yang kau bosan? Kau boleh dapat apa saja kau mahu. Kalau aku jadi kau, aku enjoy habis-habis."

Nazir menggeleng. Langsung tidak faham apa yang membosankan Tuan Khidr. Namanya saja sudah besar, apalagi hidupnya. Bukan macam dia, kemana-mana tidak akan dihormati malah mungkin dikeji.

"Sebab itu aku minta kau tukar ayah dengan aku. Kau jadi Tuan Khidr, aku jadi Nazir."

"Mengarut saja lah! Ish... Aku nak pegang nama kau pun takut tau. Seakan-akan darah yang mengalir di dalam badan kau tu tidak sama macam darah yang mengalir di dalam badan aku ni."

Nazir membantah. Sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Tuan Khidr.

Tuan Khidr mengeluh panjang.

"Kenapa aku tak boleh hidup macam orang biasa? Argh! Bosan! Aku bosan lah begini terus."

Nama , harta, pangkat, status dan keturunan buat dia tersepit didalam dilemanya sendiri.

"Apa yang bosan, Ki? Kau hidup macam raja tau aku tengok. Sekalipun masuk istana, kau dialu-alukan. Keturunan kau bukan calang-calang. Besar!" Nazir mendepakan lengan membayangkan betapa besarnya nama keturunan yang dibawa kawan baiknya ini.

Tuan Khidr langsung tidak berminat. Apa guna semua ini kalau dia masih bosan. Hidupnya tiada warna warna. Keluarganya juga tidak sama macam keluarga orang lain di luar sana.

"Tak kan kau tiada impian, Ki?"

Mata Tuan Khidr memandang tepat ke arah Nazir. Impian?

"Impian? Hm... Aku ada segalanya, perlu lagi ke aku berimpian?" Bibir menyungging senyum.

Nazir menepuk dahi.

"Pasti ada sesuatu yang kau belum ada. Yang kau mahu. Cuba kau fikirkan, Ki... Dalam-dalam," ujar Nazir lantas menarik bangku di hadapan dan dipusingkan menghadap Tuan Khidr. Dia duduk ke  bangku tersebut.

Tuan Khidr menyambung semula aktiviti termenung jauh tadi. Impian? Hm....

Impian itu apa? Macam mana?

Kalau impian itu keinginan, jadi ... keinginannya adalah, dia mahu tukar ayah dengan Nazir!

okay. Cerita baru. Kalini Chryst buat hero kaya yang nak jadi miskin! Kah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience