Bab 7

Romance Series 8467

BUNYI kanak-kanak dan orang dewasa berbual-bual dan berjalan-jalan di depan bilik buat lena Tuan Khidr mati. Pantang sungguh kalau lenanya diganggu. Belum pernah dia kurang tidur. Baru beberapa hari di sini, dia sudah rasa mahu amuk sahaja. Pukul 5pagi, semua orang dah bangun berjemaah.

Getaran dari bawah bantal menambahkan lagi api yang sedang memarak di dalam hati. Tak cukup lagikah lenanya diganggu!

Bunyi Azan dari surau terdekat buat Tuan Khidr membuka mata seluasnya. Itu lah bunyi yang setiap pagi tidak pernah gagal meruntuhkan mimpi indah lelaki bernama Tuan Khidr!

Tubuh dinaikkan dari baring. Hilang mood-nya. Tidak cukup 8jam lagi dia dah kena bangun. Heish!

Tangan menyeluk ke bawah bantal. Dalam keadaan mamai, panggilan diangkat.

"Ki! Kau dah bangun? Awalnya!"

Mata dibuka separuh. Kalau boleh dia backhand muka si Nazir ni, memang dah lama dia terbang ke Kuala Lumpur semata untuk backhand muka Nazir.

"Apa kau nak telefon pagi-pagi buta ni...." Hujung dileretkan. Bunyi azan membingitkan telinga. Tak boleh ke sembahyang diam-diam?

"Saja. Nak tanya khabar. Aku tak boleh call waktu siang. Sibuk dengan kerja, tambah lagi Ayah kau tak habis-habis mencari. Aku lah sasaran dia."

Tuan Khidr senyum sinis. Syed Tamim memang tak akan senang duduk selagi tak nampak dia di depan mata. Over-protective! Itu lah yang paling dia benci dan kerana itu lah dia mahu keluar dari sana! Dia tak bahagia. Kalau Syed Tamim mahu, dia boleh serahkan segala hartanya pada mereka bertiga tapi bukan itu yang Syed Tamim mahukan pun. Ayah tidak habis-habis mengulang pesanan Mummy sebelum wanita itu pergi meninggalkan mereka selamanya.

Jaga Khidr... Jaga Khidr...

Kerana itu lah Syed Tamim menjadi terlalu obses menjaga dirinya. Dia tahu kehilangan wanita tercinta memang memberi kesan besar pada Syed Tamim. Mana tidaknya, sampai sekarang Ayah tirinya itu langsung tidak berkahwin lain. Seluruh waktu mudanya dihabiskan dengan menjadi seorang ayah.

Dia sebatang kara dan seorang diri. Dia cuma punya Syed Tamim, Wais dan Yasir sahaja. Tapi bukan ini yang dia mahu. Dia mahu keluarga yang normal! Dia tak suka bagaimana Syed Tamim melayan dia seperti dia ini aset penting pada keluarga!

Dia tak suka bagaimana Wais dan Yasir selalu mengalah padanya! Dia tak suka apa yang dia mahu, dia boleh dapat!

Langsung tak hidup!

"Macam biasa. Kau cover lah apa yang patut," arahnya kepada Nazir. Dia memang boleh percayakan Nazir dalam hal begini.

Keluhan panjang kedengaran di corong.

"Aku boleh tahan Syed Tamim tapi Yasir... Kau faham-faham sajalah. Abang kau yang tu psiko. Dia bukan tekan aku je, orang dia dari semalam ikut aku ni. Bini aku sekali dia siasat. Nak makan pun tak senang!"

Tuan Khidr ketawa. Dapat dia bayangkan wajah bengis Yasir. Yasir nampak saja bengis tapi dia seorang lelaki yang mudah dibawa berbincang tak seperti Wais yang kebanyakan masa memang tak suka mendengar pendapat orang lain.

Tapi, bagusnya ... kerana sikap Wais yang memang tidak mudah dibeli jiwanya itu lah syarikat milik Syed Tamim berkembang maju.

"Dia masih boleh diporak-perandakan. Cuma Wais... Kalau Wais mula curiga, jangan lupa warning aku awal-awal. Boleh juga aku cabut lari sebelum dia jumpa aku."

Memang Wais yang paling dirisaukan. Abang tirinya yang itu memang ramai kawan-kawan dimana sahaja. Sekelip mata dia boleh dicari kalau Wais sudah menggunakan segala sumber yang dia punya. Wais bertindak lebih ekstrim dari Yasir!

"Ah! Macam-macam lah kau, Ki... Yang pasti, lepas dah puas .... kau balik! Ingat! Balik!"

Terkekek-kekek dia ketawa. Balik? Jangan harap!

"Okay... Aku balik lah nanti...."

Haruslah dia menipu Nazir.

Tuan Khidr mematikan panggilan apabila bunyi derapan kaki seseorang kedengaran. Baru dia perasan, cuma tinggal dia seorang sahaja dalam bilik ni. Semua orang sudah bangun ke surau.

Bunyi derapan kaki yang tadinya cuma seorang, kali ini ramai pula. Tuan Khidr pelik.

Dia berpaling ke belakang. Katil bujang yang membelakangi tingkap. Mereka tumpang tidur di asrama sekolah menengah yang sedang kosong kerana cuti hujung tahun. Kasut di bawah katil ditarik keluar dan disarung ke kaki.

Rasa ingin tahu menebal. Suara azan yang berkumandang tadi sudah berhenti. Berganti dengan suara laungan yang sayup-sayup kedengaran. Bahasa yang dia sendiri tidak faham maknanya.

Kepala menjengah ke luar pintu. Tiada sesiapa! Sedangkan tadi dia rasa bunyi derapan kaki itu cuma diluar biliknya sahaja. Ah sudah! Dia bukan percaya sangat benda-benda mistik begini.

Pintu ditutup kembali. Bukan Tuan Khidr lah kalau mahu jadi penakut. Selagi dia tak nampak dengan mata kepala sendiri, dia tak akan percaya.

Derap kaki berbunyi lagi. Kepala Tuan Khidr kembali berpusing. Cepat-cepat dia menyorok di tepi pintu. Bersiap sedia mahu buka dan sergah apa juga jenis hantu di luar.

Tombol pintu dipulas perlahan.

"Bwargh!"

"Oh mak kau hantu nak sembahyang subuh!"

Meletus ketawa Tuan Khidr. Kejang perutnya ketawa.

"Na... Na buat apa depan bilik orang lelaki ni?"

Muka Aina mencuka. Kain telekung ditangan sudah melayang entah ke mana. Khidr dipandang tajam. Sudahlah dia terlambat ke surau, mamai pula tu. Abang Ki menyergah dia pula!

"Aina nak pergi surau lah. Ni kan laluan ke surau. Abang Ki tak baik tau terkejutkan wanita kesepian macam Na. Sedih lah! Dah lah bujang, saham Na dah jatuh pula sebab termelatah." Cahaya wajah dimalapkan.

Tuan Khidr menggeleng seraya tersenyum. Tubuh disandar ke pintu dan tangan disilangkan.

"Lah... Aina single rupanya. Takpe. Abang Ki tak beritahu dekat sesiapa yang Aina kuat melatah."

Telekung yang sudah mencium lantai itu dia tolong kutipkan. Ditepuk-tepuk terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kembali kepada Aina.

"Abang tak ke surau?"

"Tak. Abang tak tahu solat pun, Na... Na pergi lah. Abang nak sambung tidur."

Terkebil-kebil mata Aina.

"Tak baik tau tinggal solat. Nanti tak dapat masuk syurga."

Tuan Khidr menyeringai. Syurga? Solat? Tuhan? Adeh... Dia tak percaya perkara mistik apalagi nak percaya sesuatu yang tiada bukti seperti itu.

"Kalau semua orang jadi baik ... siapa nak masuk neraka, Na? Takpe. Biar abang tolong jadi volunteer masuk neraka."

Aina ketawa kecil. Ada sahaja alasan yang keluar dari mulut Abang Ki. Tapi, dia tak mahu memaksa. Lagipun, dari personaliti lelaki ini pun dia sudah tahu yang lelaki ini tidak tahu banyak soal agama. Siapalah dia mahu menghukum seseorang. Mungkin Allah takdirkan perjalanan dalam beragama yang lebih indah lagi untuk Khidr. Sekurangnya Abang Ki seorang lelaki yang jujur. Jujur akan apa yang dia tahu dan tidak tahu. Sebab itu dia senang dengan kehadiran lelaki ini di sini.

"Na pergi dulu. Abang jangan tidur mati pulak! Kejap lagi kita nak ke rumah orang asli dekat dalam hutan."

Tuan Khidr melambai tangan kepada Aina. Menghantar gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Dia kagum dengan cara mereka semua beragama. Tida mudah mahu mempercayai sesuatu yang tidak dilihat oleh mata.

Pintu kembali di tutup. Tidur! Dia mahu sambung mimpi tadi memandangkan azan yang bingit tadi sudah tamat. Lega!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience