Fiq mendapat berita gembira daripada Syiqin yang dia akan ke KL sekali lagi . Tetapi pada kali ini dia akan pergi bersama-sama keluarganya. Tujuan Syiqin ke KL pada kali ini adalah untuk bercuti bersama keluarganya memandangkan pada masa itu Syiqin cuti semester pada minggu tersebut. Hati Fiq sukar untuk digambarkan betapa gembiranya dia kerana dia berpeluang sekali lagi untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Hari berganti hari Syafiq dan Syiqin menanti detik pertemuan kali kedua mereka dengan sabar.
“Tak sabar la nak jumpa awak Qin .. tak sangka ada lagi peluang kita untuk jumpa”
“Hehe Qin pun sama.. lama dah kita tak jumpa.. tapi kali ni Qin pergi dengan Mak ayah Qin tau.. so nanti kalau nak jumpa haa alang- alang jumpa la mak ayah Qin sekali.”
“Adudu takutnya haha.. tapi takpe Fiq ikhlas dengan Qin .. buat apa nak takut kan ? Okay je kalau jumpa mak ayah awak.. berdebar jugak ni haha”
“Haha jangan takut.. relax je.. dorang okay.. dorang sporting lah..”
Keesokan paginya Syiqin dan keluarganya pun bertolak dari Terengganu ke KL.
“Fiq... ni Qin dah bertolak dah ni .. insyaAllah dalam tengah hari ni sampai lah . Nanti kami akan bermalam kat rumah abang Qin .”
“Hati-hati Qin.. moga selamat sampai ke destinasi.. sampai nanti bagitau lah Fiq okay.”
Setibanya Syiqin di KL dia memberitahu Fiq bahawa dia sudah pun sampai ke destinasi.
“Fiq.. Qin dah sampai rumah abang.. so ni rehat dulu .. malam ni baru kami keluar jalan-jalan KL ni .. tengok la mana tempat yang best hehe”
“Alhamdulillah .. sampai dah pun buah hatii ayee ni.. ha okay rehat lah dulu . Kalau awak nak tido sekejap pun takpe. Take your time sayang.”
Mereka merancang untuk berjumpa ketika Syiqin hendak pulang ke terengganu. Jadi, pertemuan mereka sekali lagi tidak lain dan tidak bukan iaitu TBS. Syiqin bercuti ke KL hanya 2 hari . Pada hari Ahad dia akan pulang semula kerana cuti semesternya telah pun tamat. Tetapi suatu perkara yang indah itu tidak selalunya kekal lama. Begitu juga dengan situasi Fiq dengan Qin. Syiqin memberitahu Fiq bahawa mereka tidak akan dapat berjumpa. Kerana Qin akan pulang ke terengganu bersama abangnya. Kebetulan abangnya juga hendak pulang ke kampung pada ketika itu. Jadi, hasrat mereka untuk bertemu pun telah tertanam.
Fiq berasa sedih kerana dia telah berharap yang mereka akan berjumpa pada keesokan harinya.
“Fiq.. Qin mintak maaf sangat sangat sebab Qin dah buat Fiq berharap yang kita akan berjumpa. Kebetulan abang pun nak balik kampung. Jadi mak ayah Qin pun suruh tumpang abang je. Mak dengan ayah masih stay sana dengan abang sorang lagi. Qin je yang kena balik sebab kelas akan start lusa ni.”
“Ouh yeke.. emm takpe la kalau macam tu.. Qin tau tak Fiq dah siap iron kemeja Fiq tau untuk jumpa dengan Qin esok hm”
“Serius lah Fiq? Em Qin rasa bersalah dengan Fiq. Qin nak sangat jumpa dengan Fiq sebenarnya .. kita bukan boleh jumpa selalu. Kalau kita boleh jumpa esok Qin bahagia sangat dapat jumpa untuk kali kedua. “
“Hm tu la .. tapi... kita tak dapat jumpa .. takpa Fiq dah tak berharap dah untuk esok. Fiq simpan balik jela baju Fiq iron tadi tu untuk ke kelas nanti. “
“Takpe .. Qin akan cakap dengan dorang Qin nak balik dengan bas. Qin nak jumpa Fiq... lagipun Qin dah beli dah tiket bas. So ada lah alasan Qin nak balik dengan bas. Tapi Fiq jangan berharap tau .. ada rezeki jumpa lah kita esok.”
“Ya baiklah Qin.. apa apa bagitaulah Fiq okay.”
Baju yang Fiq iron tadi pun lalu di campak ke dalam almari dengan hati yang sedih. Hasrat di hatinya dia ingin memakai baju kemeja hitam itu untuk bertemu dengan Syiqin. Tapi hasrat mula terkubur apabila ada hal yang menyebabkan mereka tidak dapat bertemu.
Pada malam itu Syafiq mendapat chat whatsapps daripada Syiqin. Fiq terus menggapai telefonnya untuk melihat apakah yang di hantar oleh Syiqin.
“Assalamualaikum bb.. Qin ada berita gembira untuk Fiq. Cuba teka apa dia.”
Waalaikumussalam sayang.. em apa dia eh ? Pasal jumpa tu ke ? Tak mungkin .. sebab dah confirm dah kan memang tak dapat jumpa.”
Bersambung...
Share this novel