Chapter 1

True Story Series 4696

Salam yang diberi Syafiq telah di sambut oleh seorang gadis yang tidak di kenalinya melalui media sosial. Lantas Syafiq menyapa gadis tersebut untuk mengenali dirinya. “Terima kasih sebab jawab salam yang saya bagi tadi hehe” sapa Syafiq kepada gadis tersebut.

“Orang bagi salam kan mesti la kena jawab kan “ balas gadis tersebut kepada Syafiq.

“Ya betul tu tapi ada je bila kita bagi salam org malas nak jwab hehe .. btw siapa nama ?”

“ Nama saya syiqin .. awak panggil je qin”

Perkenalan mereka bukan terhenti pada hari tersebut . Keesokan harinya syafiq cuba untuk menegur syiqin sekali lagi kerana ingin berbual dengan Syiqin serta ingin lebih mengenali diri Syiqin. Mereka berdua masih lagi melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading.

“Hai assalamualaikum, awak busy ke tu ? Maaf kalau ganggu awak “ kata Syafiq kepada Syiqin.

“ Waalaikumsalam .. takde lah . Saya tak busy pun”

Bermula dengan perbualan tersebut Syafiq mula berasa selesa dengan Syiqin kerana baginya Syiqin seorang yang tidak sombong serta senang untuk bergaul. Tidak lama selepas itu Syafiq cuba untuk mendapatkan nombor telefon Syiqin dengan alasan untuk menambah kawan.

“Ni saya ada something la nak mintak .. saya tak kisah pun awak nak bagi ke tak . Saya cuma tanya je dulu .. saya tak paksa awak sebab saya tau saya takkan dapat “

“ Em benda apa tu awak ? Tkpe awak cakap jela .”

“Macam ni.. saya sebenarnya nak mintak nombor telefon awak kalau awak tak kisah hehe .. just nak tambah kawan “

“ Ouh.. boleh jee .. saya bgi awak nombor telefon saya.

“Nombor tu guna skali whattapp tak ?”

“Iya awak .. “

Syafiq dengan hati yang gembira terus menyimpan nombor tersebut . Makin hari perkenalan mereka semakin rapat sehingga Syafiq menyimpan perasaan terhadap Syiqin. Walaupun mereka hanya kenal di dalam media sosial namun hubungan mereka akrab seperti orang yang sudah kenal lama dan selalu berjumpa. Tetapi mereka bukan lah tinggal di negeri yang sama. Syafiq berasal dari kedah manakala Syiqin pula adalah dari Terengganu.

Namun jarak bukan lah satu penghalang untuk mereka mengenali antara satu sama lain. Apa yang membuatkan Syafiq suka kepada Syiqin adalah kerana Syiqin seorang yang ambil berat. Selain itu, apa yang membuatkan Syafiq jatuh hati terhadap syiqin adalah kerana Syiqin seorang yang “sweet talker” . Bagi Syafiq , Syiqin adalah gadis misteri kerana di setiap profil media sosialnya tidak mempunyai gambar dirinya.

Syafiq ingin benar tahu bagaimanakah rupa seorang gadis yang telah mencuri hatinya yang hanya kenal di media sosial dan cuma bersembang melalui whatapp semata mata.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience