Chapter 5

True Story Series 4696

Rasa sayang Syafiq kepada Syiqin membuatkan dia sering teringat akan gadis tersebut tetapi bagaimana cara sekalipun Fiq akan cuba untuk mengelakkan diri dari berhubung dengan Syiqin. Syafiq terdiam sejenak mengenangkan perkara itu dan juga mengingati semua kenangan pada awal perkenalan mereka.

“Kalau aku nak padam no whatsapps dia.. nampak macam pelik pulak tiba tiba.. lagipun dia tak tahu yang aku sukakan dia . Aku mula sayangkan dia . Sebab pada awal perkenalan semuanya indah . Apa yang ada pada diri Syiqin semuanya ada pada ciri - ciri yang aku inginkan . Cuma wajah dia masih lagi misteri ..tapi kenapa aku susah nak lupakan? “

“Haih Syafiq, macam dah tkda orang lain dah aku ni . Ramai je perempuan lain dekat tempat aku belajar tu . Si Syiqin tu jugak jdi idaman . Dia pun satu .. awal awal dulu cakap takde teman lelaki. Now ?? Hmm “

Lamunan Syafiq tersentak apabila ibunya memanggil namanya dari ruang tamu rumah .

“Fiqq!... kawan kau datang ni haa .. “

“Okayy mak kejap.”

“Haa anip awat ?”

“Saja aku mai .. cemuih (bosan) dok umah. Tunggu nak berbuka lama lagi. Dok dengan hang boleh sembang buhung.”

“Ha macam mana dengan marka ganu (awek Terengganu) hang tu ? “ tanya Anip dengan senyum ke arah Fiq.

“Macam tu lah wey .. lepaih ja aku tengok gambaq laki tu aku macam nak stop la contact dia . Tapi nanti mesti dia pelik kan.”

“Itu lah .. dia mesti akan hairan sebab hang tiba tiba senyap . “

“Aku tak rasa dia akan hairan.. yala dia dah ada orang yang special dalam hidup dia.. buat apa dia nk peduli lagi aku chat dia ataupun dak.. betoi dak aku cakap Nip ? “

“Ada betoi gak apa hang cakap.. takpa la abaikan ja benda ni.. anggap lah hang dh memang takdak peluang dah.. abaikan ja”

Selepas lama mereka bersembang Anip pun mengajak Fiq untuk meronda pusing - pusing taman perumahan mereka.

“Jom Fiq ronda tengok awek.. taman ni ramai awek lawa lawa “ katanya dengan gelak sedikit.

“Haha hang ni tak habih habih .. ha jom lah . Lagipun jam baru pukul 6.. lambat lagi nk berbuka . Harini semuanya mak dengan abah aku dah masak . So harini kita tak payah ke bazar lah.. esok baru kita p noh”

Mereka pun mula meronda dengan menunggang motosikal untuk ronda ke dalam kawasan perumahan mereka. Selang beberapa biji rumah terlihat dua orang gadis sedang bersembang di depan rumah mereka .

“Wey Fiq jom lalu sana.. ada awek tuu.. takpa hang naik ja ngn aku .. hang simpan balik moto hang”

“Haha yala yala sat.. “

Apabila mereka lalu di kawasan tersebut Anip pun membunyikan hon motonya dan senyum ke arah gadis tersebut. Syafiq pun tertawa melihat gelagat kawanya itu. Anip adalah seorang yang riang orangnya . Dan tidak pernah serius dalam apa jua perkara. Anip juga seorang yang suka membuat jenaka apabila berkumpul dengan kawan kawanya termasok Fiq.

“Fiq .. kita p tempat tenang jom ? Kita p atas jambatan.. boleh tengok keta api. “

“ Ha okay gak tu , tenang dok sana .. angin kuat . Kiri kanan penuh dengan bendang (sawah) .. dok atas jambatan tu boleh tengok kereta api kalau ada yang lalu”

“Ha jom .. sana pun banyak awek hahaha”

Syafiq pun tergelak besar dengan kata kata anip itu. Dia sudah dapat tangkap apa yang ada di kepala Anip. “Bukan sehari dua aku kenai hang Anip. Tau sangat dh haha”

Setelah beberapa minit mereka di situ Fiq mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya. Hatinya kuat untuk suruh melihat status whatsapps . Status whatsapps yang terbaru adalah dari Syiqin. Syafiq pun membuka status tersebut kerana perasaan ingin tahu sangat membuak-buak . Setelah status di buka terlihat gambar keindahan di tepi pantai.

“Bukak puasa dengan pakwe lah tu” kata hati Fiq.

Entah mengapa pada ketika itu Syafiq yang dulu pernah berkata untuk tidak menegur Syiqin lalu membalas status Qin dengan ayat ‘berbuka dengan orang tersayang ke tu ?’ Setelah beberapa minit telefon Fiq berbunyi. Notification yang terpapar di skrin telefonnya menunjukkan nama Qin. Syafiq pun membuka whatsapps dan membaca mesej yang di balas oleh Qin.

“Eh bukan lah Fiq.. ni Qin keluar berbuka dengan kawan kawan serumah Qin ni”

“Ouh ye eh .. soryy hehe ingatkan Qin keluar dengan someone special”

“Eh takde lah .. mana ada someone special.. qin kan dah pernah bagitahu”

Dalam hati Fiq berkata “Takde lah sangat . Habistu gambar sebelum ni siapa .”

Conversation mereka di whatsapps berakhir dengan ucapan selamat berbuka daripada Syafiq.

“Okay takpe lah .. selamat berbuka Qin “ assalamualaikum .. “

Jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Syafiq pun mengajak Anip untuk pulang kerana jam sudah pun lewat.

“Jom Nip balik. Kita lepak taman dulu satgi. Nak berbuka kita masok lah rumah menjamu selera “

Dalam perjalanan mereka pulang sekali lagi Anip lalu di kawasan yang sama semata mata untuk melihat dua orang gadis itu. Sekali lagi hon di bunyikan.

Pittt pitttt

“Haiii.. masuk umah nak berbuka dah”kata anip kepada gadis itu sambil menunggang motosikalnya. Dua orang gadis itu tertawa kecil melihat gelagat lelaki itu.

Sekali lagi Fiq teringat akan perkara tadi. Hatinya masih kuat mengatakan yang Syiqin keluar bersama orang yang dia cintai. Syafiq terus mengabaikan perkara tersebut dengan membantu ibunya menghidangkan makanan untuk berbuka sekejap lagi.

Selepas selesai makan Fiq menghantar mesej whatsapps kepada Anip.

“Wey Nip.. macam biasa terawih on”

Setelah usai terawih kebiasaannya mereka akan lepak di depan rumah Anip. Pada malam tersebut Fiq menceritakan hal petang mereka lepak di atas jejantas tadi.

“Aku ada tengok status Whatsapps Qin. Gambar dekat tepi pantai bro.. aku dok rasa dia keluaq dengan patner dia. Aku taktau awat aku rasa cemburu sedangkan kami takdak apa apa hubungan. Kadang aku penat la Nip dengan apa yang aku rasa sekarang”

“Sabaq Fiq . Hang takleh overthink sangat. Tak semestinya dia keluaq dengan patner dia . Mungkin kawan kawan. Ala macam biasa la kita bila buka puasa mesti ada plan dengan kawan kawan lama smua kan”

“Haha ya .. tapi hati aku kuat kata dia dengan patner dia, sokay lah .. buat apa aku nak cemburu btoi dak ? Lagipun just kawan kan” dia cuba untuk pujuk dirinya sndiri dengan berkata seperti itu.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience