Chapter 9

True Story Series 4696

Belom sempat Fiq sampai ke rumah Syiqin pun telah menghantar chat kepada Fiq menanyakan sama ada sudah sampai atau belom. Dia memberitahu bahawa dia risau akan Fiq kerana pulang dalam keadaan hujan yang amat lebat. Sesampai Fiq ke tempat parking apartment dia menyewa dia terus mengeluarkan telefonnya daripada beg yang di pakai olehhya untuk memberitahu Syiqin yang dia sudah pun sampai. Fiq pun baca chat yang telah di hantar oleh Syiqin itu tadi.

“Assalamualaikum Fiq.. dah sampai ke belom tu ? Hujan lebat ni .. risau la .. dah la sanggup datang jauh semata mata nak jumpa Qin .. emm kalau dah sampai bagitahu Qin ya .. take care b.” Fiq tersenyum tanda gembira dan terharu setelah membaca chat yang di hantar oleh Syiqin itu.

Fiq pun menaip dengan tangannya yang basah itu untuk membalas chat daripada kesayangannya.

“Waalaikumussalam” jangan risau .. alhamdulillah Fiq dah sampai dengan selamat ni ..terima kasih sebab risaukan Fiq .. tak sangka eh Qin risaukan Fiq.. hehe”

“Of course lah risau sayang .. orang dah sayang kan dia ..”

“Alololo ... haha jangan risau lah haa ni sampai dah pun.. ha sayang tu jauh lagi perjalanan nk ke terengganu tu .. rehat lah . Kalau rasa nak tido tu tido lah . Fiq tak ganggu awak.. “

“Hehe okayy.. ha yaa takpa pergi la mandi dulu . Nanti demam kesayangan titeww ni”

“Haha yaa baiklah .. settle semua nanti Fiq chat ya byee assalamualaikum.”

Selesai Fiq membalas chat itu dia pun menuju masok ke kawasan apartment tersebut untuk menunggu lif. Seperti kebiasaanya memang harus menunggu lama kerana lif yang berfungsi hanya dua.

“Haih, lif ni masalah betul lah .. kejap okay kejap tak okay.. sebelum ni tiga lif tu berfungsi. Ni tinggal 2 pula” keluhnya di dalam hati sambil menunggu lif itu turun. Di hadapannya ramai lagi orang yang sedang menunggu untuk menggunakan lif itu.

Sesampai Fiq dan Paan ke rumah dia mengetuk pintu dan memberikan salam. Salamnya itu telah di sambut oleh rakan sebiliknya iaitu Bob. Paan dan Bob merupakan rakan sebiliknya. Setelah masuk Bob pun bertanya

“Apa macam jumpa ngn orang rumah tadi ? Okay tak ? Dah jumpa ke belom ? Cantik tak ? Happy tak ? “

“Amboi banyak pulak soalan kau haha..semuanya berjalan dengan lancar .. dah jumpa dah pun .. of course lah happy kan .. bukan selalu jumpa . Cantik ke tak ? Haih aku tadi banyak kali tersungkur tatap wajah dia wey.” Nasib aku tak pengsan situ tengok kecantikan dia. Tak sangka dia terima aku jugak em aku ni biasa biasa ja Bob. Macam biasa la ayat aku.. jikalau rupa yang dipilih aku lah orang yang terawal akan tersingkir.”

“Haa bagus lah macam tu semua okay .. alah rendah diri pulak .. rupa ada .. suara sedap yang mampu mencairkan setiap hati gadis gadis luar sana pun ada. Sebelum ni pun berapa orang dah sangkut..”

“Takdenya haha biasa je kau tak payah la nak puji puji sangat .. saja nak ambik hati lah tu.”

“Aku cakap benda betul.. cepat la siap aku lapar ni .. jap g kita turun pergi kedai mamak. “

“Ha okay lah tunggu kejap, aku mandi dulu . Jap lagi ajak Paan dengan Mihlan sekali.”

Syafiq pun masuk ke bilik menggapai kain tualanya yang di sangkut ke sisi katilnya itu lalu bergegas mandi. Setelah selesai mandi Fiq menuju ke bilik. Benda pertama dia sentuh adalah telefonnya.

“Haii .. nak bagitahu kejap lagi Fiq nak pergi makan jap dengan kawan kawan. Sory ganggu .. rehat lah ya . Love you.”

“Anee! Nasik goreng ayam satu .. air milo ais satu nee.” Belum sempat sampai ke meja makan Bob adalah orang yang pertama memesan makanan. Syafiq ketawa kecil melihat gelagat rakannya itu.

“Malam ni tido awal sikit lah . Esok kelas pagi pulak” kata Syafiq kepada rakannya yang lain. Tidak lama selepas itu telefon Fiq berbunyi. Dia pun mengeluarkan telefonnya dan melihat nama sayang terpapar bersama sama dengan chat yang di hantar oleh Syiqin.

“Assalamualaikum Fiq.. dah makan ke tu ? Maaf tadi tak balas sebab tertido hehe penat sangat.”

“Waalaikummusalam awak .. eh takpe tau dah Qin memang takkan balas . Qin kan penat so mesti nak rehat .”

“Hehe ya .. maaf tauu. Haa macam mana jumpa tadi puas tak ? “

“Em tak puas la . Titew jumpa kejapp je .. berapa minit je . Tapi takpa syukur dapat jugak jumpa Qin..nak tau tak .. tadi masa Qin lambai tu Fiq dah rasa rindu tau .. rasa sebak sebab awak berlalu pergi.. Fiq doa agar kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.”

“Alala kesian dia rindu. Qin pun rasa benda yang sama tadi .. happy tu tak payah cakap lah memang terlalu happy dapat bersembang dengan Fiq depan depan. Tgok tadi Fiq cutee la dengan rambut macam tu lagi hehe.”

“Eh haha perli pulak .. mana ada cute .. tu rambut basah ha kena hujan.. dah sikat kemas dah jadi serabai macam tu.”

“Serius Qin suka tengok hehe. “

“Qin pun sama .. dah la comel .. cantik .. berapa kali dah berterabur iman ni tengok Qin tadi haha.”

“Eleh mengada Fiq ni haha. Sekali lagi terima kasih sudi datang jumpa Qin . “

“Sama sama .. insyaAllah lepas ni kita jumpa lagi okay ? “

Setelah selesai makan mereka pun pulang ke rumah untuk berehat memandangkan esok ada kelas di waktu pagi sehingga petang. Bila sampai ke rumah Fiq baru perasan dia belum menyiapkan assigmentnya yang akan di hantar pada esok pagi.

“Alamak bob.. aku belum siapkan assignment Criminal Crime tu lah. Dah la esok kena submit. Nasib la tak banyak dah . Kejap lagi aku siapkan.”

“Takpe kalau nak tengok contoh yang aku buat pun boleh . Aku dah siapkan.”

“Alright bob .. terima kasih.”

Syafiq dan rakan rakan serumahnya merupakan rakan sekelasnya juga. Syafiq melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah dalam bidang undang-undang. Semersternya berbaki lagi 2 sem yang akan tamat pada tahun Disember 2020. Pada malam itu Fiq pun menyiapkan tugasannya hingga selesai dan terus tidur. Seperti kebiasaannya sebelum tidur Fiq dan Qin akan berhubung untuk seketika sebelum tidur.

“Nanti dah sampai bagitau okay.. moga selamat sampai ke destinasi.. Fiq dah nak tidur dah ni .. kita jumpa esok eh di tempat yang sama .. hehe mana lagi whatsapps jela tempat kita. “

“Hehe yaa Fiq .. okay jumpa esok . Tido jangan buas sangat.. kang jatuh katil pulak hehe.. okayy selamat malam b.. assalamualaikum..

“Haha iyaa mana buas pun.. waalaikumussalam sayang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience