Chapter 4

True Story Series 4696

“Fiq! bngun .. bgun sahur .. nanti lewat kang tak sempat pulak sahur.” Ibunya memanggil nama Syafiq daripada luar bilik di mana Fiq tidur. Pintu yang di ketuk dengan kuat itu juga tidak Syafiq sedari kerana lena di buai mimpi. Maklumlah penat dalam perjalanannya pulang dari KL ke Kedah itu masih di rasainya. Namun tidak lama kemudian Fiq pun terjaga dari tidur kerana mendengar ketukan itu semakin kuat. Dia pun bangun dalam keadaan mamai membuka pintunya lalu ke singki untuk mencuci muka.

Sedang Fiq menunggu ibunya meletakkan nsik di dalam pinggan Fiq menggapai telefonnya untuk membuka ‘whatsapps dengan harapan Qin akan menghantar mesej kepadanya . Tapi satu pun mesej syafiq tidak terima dari gadis tersebut.

“Qin tak bgun lagi kot .. takpe la .. nak call pun malu ni .. nanti apa pulak dia cakap .. call pagi pagi buta macam ni.”

Fiq melihat di status whatsapps Qin dengan caption “ Terima kasih sebab tolong kejutkan sahur” alangkah luluhnya hati Syafiq bila dia membaca caption tersebut.

“Ouh .. patut tak chat aku .. ada orang lebih penting dalam hidup dia .. siap kejutkan bangun sahur pulak tu.” Bisik hati fiq sambil mengeluh ..

Fiq cuba untuk hiraukan perkara tersebut kerana dia sudah penat untuk berharap . Dia pun memulakan suapan pertamanya untuk sahur di pagi tersebut. Seperti kebiasaanya pada waktu petang Fiq akan pergi berjumpa dengan rakan rakannya yang berdekatan dengan rumah Syafiq. Syafiq tinggal di sebuah kawasan taman perumahan. Jadi, di situ la tempat di mana dia sering lepak dengan rakan- rakannya. Perkara yang berlaku pada pagi tadi cuba Syafiq lupakan dengan berjumpa dengan kawan baiknya iaitu Anip dan meminta pendapat untuk tindakan seterusnya

“Hang rasa kan .. yang call dia pagi tadi tu pkwe dia ka ?

“Dia lah kot, fikir logik lah . Ada ka kawan perempuan nak kejut pagi pagi macam tu . Ni siap dia buat status dengan ucapan “ Terima kasih “ dekat orang tu . Pakwe dia lah tu.”

“Betui gak tu , tu lah yang aku rasa .. so ada baiknya aku pendamkan ja perasaan aku dekat dia . Better aku jauhkan diri.. mungkin lepasni aku tak akan tegoq dia macam mana aku tegoq sebelom ni. “

“Okay lah macam tu, bukan apa .. kalau hang terus contact dia . Akan ada banyak lagi benda yang menyakitkan hang nanti. Mana tau kot kot nanti gambar pakwe dia pulak dia pos dekat status whatsapps dia .. haa tak ka sakit hang.”

“Ya betoi la apa hang cakap tu.”

Sejak dari perkara itu Fiq mula menjauh dan jarang bertegur siapa dengan qin . Kerana dia menanggap Qin sudah menjadi milik orang . Jadi apa yang perlu di ratapkan lagi. Sejak dari itu juga mereka hanya bertegur siapa jika antara mereka ada membalas status whatsapps.

Tidak lama selepas itu Syiqin hilang tanpa sebarang kata kata. Kebiasaanya mereka akan bertegur siapa melalui status Whatsapps. Tapi pada kali ini tiada sebarang status. Syafiq juga perasan bahawa tiada gambar profile di whatsapps Syiqin. Pernah terlintas di hati Fiq untuk menegur Syiqin untuk memastikan Syiqin masih lagi menyimpan nombor Fiq di kenalan Syiqin . Fiq berfkir bahawa Syiqin telah memadam nombor telefonnya kerana sudah ada seseorang yang istimewa dalam hidupnya. Perasaan ingin menegur Syiqin itu terbantut selepas mengenangkan perkara tersebut.

“Em nanti la tegur.. tunggu la dua tiga hari lagi.. kalau dia masih tak chat .. aku tegur dia . Aku akan start conversation dengan dia.”

Dua hari kemudian Qin ada menghantarkan mesej kepada Fiq melalui aplikasi instagram.

“Assalamualaikum Fiq, Qin nak bagitau ni nombor baru Qin. Nombor lama tu Qin dah tak pakai”

“Waalaikumsalam.. ouh patut la sebelum ni senyap je . Rupanya sebab tu .” Ada rasa nak chat . Nak tegur kan tanya mana Qin pergi . Lama tak bertegur siapa . Status whatsapps Qin pun mula sunyi.”

“Iya Fiq. Hilang sekejap sebab tu lah . So ni Qin nak mintak no telefon Fiq. Sebab smua contact Qin dah hilang.”

Syafiq pun memberikan nombor telefonnya kepada Qin. Mereka pun mula berhubung seperti biasa. Tidak lama kemudian Syafiq tersentak oleh satu status whatsapps yang telah di muat naik oleh Qin. Syafiq tersentak kerana status yang di muat naik oleh Qin itu amat menyakitkan. Gambar seorang lelaki itu membuatkan Syafiq sekali lagi berasa kecewa dan juga rasa ingin menjauhkan dirinya daripada gadis tersebut.

“Nampak macam bahagia. Aku ni siapa lah nak selalu berhubung dengan dia. Nanti teman lelaki dia marah pulak. Baik aku undur diri, baik aku kuburkan sahaja perasaan sayang aku ni. Dia dah bahagia dah Syafiq.” Kata hati Syafiq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience