“Banyak pulak assigment minggu ni.. dah la smuanya kena submit dengan cepat’ keluh Syafiq. Dia meminta bantuan dari rakannya untuk mengajarkan satu subjek yang dia tidak faham. Fiq mengangguk faham sambil matanya tertumpu ke arah telefonnya setelah telefonnya berbunyi menandakan bahawa ada ‘notification’ yang baru sahaja masuk. Dia berharap mesej dari ‘whatsapp’ itu adalah dari gadis yang yang bernama Syiqin . Tapi sayang , mata yang tertumpu ke arah telefon tadi telah beralih kembali ke arah rakannya yang sedang mengajarnya kerana ianya hanyalah mesej dari group whatsapps.
Setelah selesai membuat semua kerjanya Syafiq mengemas semua fail-fail dan juga laptop yang berada di atas meja. Lalu dia pun masuk ke dalam bilik untuk berehat memandangkan esok ada kelas . Seperti kebiasaannya sebelum Fiq melelapkan matanya dia akan mengambil masa sebentar dengan bermain telefonnya. Pada awalnya, Syafiq membuka aplikasi instagram untuk menghilangkan rasa bosannya sebelum tidur. Dalam masa sama dia teringat akan Syiqin dan cuba untuk menanyakan khabar syiqin. Lalu aplikasi instagramnya tadi telah berpindah ke aplikasi whatsapps untuk menegur gadis yang dia sukai iaitu Qin.
Walaupun mereka jauh dan susah untuk berjumpa, Fiq menganggap platform whatsapps ini adalah satu tempat di mana mereka sering berjumpa. Bagi dia itu adalah caranya untuk melepaskan rindunya terhadap Syiqin. Pernah ada satu ketika Syafiq berfikir mengapa telah jatuh cinta pada seorang gadis yang dia tidak pernah Fiq lihat wajahnya apatah lagi berjumpa. Dia bagaikan gadis misteri yang Fiq takkan pernah dapat melihat wajahnya dan berjumpa kerana bagi Fiq mustahil kita akan dapat apa yang kita inginkan . Cinta tidak semestinya memiliki.
Seminggu kemudian..
Cuti semester telah pun bermula . Perasaan teruja Syafiq untuk pulang ke kampung melonjak- lonjak. Maklumlah, Syafiq telah lama tidak pulang ke kampung halamannya kerana tidak berpeluang untuk pulang. Cuti semester merupakan satu peluang yang besar baginya untuk pulang ke kampung. Kebetulan cuti semester tersebut adalah cuti semester yang panjang. Bermula dari bulan puasa hinggalah raya. Pada hari tersebut syafiq ada memaklumkan hal tersebut kepada Qin kerana dia menganggap gadis tersebut adalah gadis yang ‘special dia hatinya’. Qin tumpang gembira akan hal tersebut.. dalam masa yang sama dia sedih kerana dia masih belum dapat pulang. Dia juga sedih kerana tidak berpeluang bersama keluarga pada hari pertama berpuasa akan datang .
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Syafiq terus mengemas kesemua pakaiannya untuk di bawa pulang. Niat di hatinya dia ingin bertolak ke stesen bas untuk membeli tiket pada pukul 6 petang kerana dia suka akan perjalanan pada waktu malam . Masa perjalanan di ambil dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam waktu perjalanan. Setelah selesai bersiap - siap Syafiq menangkat begnya yang berat berisi pakaian dan juga laptopnya itu ke ruang tamu lalu mengunci biliknya. Pada masa itu Syafiq merupakan orang yang terakhir keluar dari rumah. Kesemua rakannya telah pun pulang pada pagi dan juga tengahhari tadi .
Syafiq terus menggapai kasut yang berada di rak berdekatan pintu ruang tamunya. Telefon Fiq berdering dan paparan skrin menunjukkan nama kenalan tersebut Acik. Syafiq menjawab telefon tersebut dengan nada gembira. Acik merupakan kawan serumah di mana tempat mereka menyewa sekali. Acik terlebih dahulu kluar sebelum fiq untuk ke Tbs membeli tikes bas pulang ke kelantan.
“Assalamualaikum broo... dekat mana dh tu” haa kenapa call?”
“Waalaikumsalam .. aku masih dekat TBS. aku nak bagitau yang tikes bas aku dah sold out untuk harini. Ramai pulak yang balik . Risau pulak tiket kau pun sold out” Maklum lah ramai pelajar u cuti ni . “
Dalam kegembiraanya tadi terus betukar kerisauan kerana mendengar hal tersebut daripada Acik. Syafiq memaklumkan perkara tersebut kepada syiqin dengan hati yang penuh kerisauan. Syiqin menenangkan Syafiq dan berkata tiket tersebut masih ada.
“ Fiq.. insyaAllah ada tu tiket .. jangan risau lah .. apa apa bagitau dekat Qin okay ? Nak tahu jugak ada ke tidak tiket tu . Qin pun risau”
Sungguhpun dalam kerisauan , senyuman mula terukir di bibir Syafiq apabila Syiqin berkata seperti itu.
Setelah siap memakai kasut Syafiq bergegas keluar dari rumahnya untuk ke stesen KTM. Belakang apartment tempat Syafiq menyewa mempunyai Stesen KTM yang menghubungkan ke destinasi yang lain seperti KL sentral, TBS dan sebagainya. Ia adalah merupakan pengangkutan utama yang sering Syafiq guna untuk ke TBS Dalam masa tersebut Syafiq di temani Syiqin. Walaupun hanyalah berhubung melalui whatsapps ianya sudah cukup membuatkan Syafiq berasa dekat dengan Syiqin. Syafiq hairan kerana kebiasaanya perjalanan untuk ke TBS mengambil masa dalam 20 mnit . Tetapi apa yang dia rasa perjalanannya menjadi sekejap kerana dibuai hanyut oleh perasaan gembira dapat berhubung dengan crushnya itu.
Apabila sudah tiba ke TBS Syafiq terus beratur untuk membeli tiket pulang ke Kedah. Syafiq merupakan orang yang terakhir di belakang. Dia berdoa agar dia dapat pulang pada hari tersebut. Apabila sampai ke kaunter dia mendapati bahawa tiket untuk pulang ke Kedah pada malam tersebut telahpun habis . Jadi Syafiq terpaksa menunggu di TBS dari pukul 7 sehingga 2 pagi. Kerana tiket untuk ke Kedah pada ketika itu hanya ada pada pukul 2 pagi. Syafiq menarik nafas lega kerana masih ada tiket untuknya pulang walaupun harus menunggu sehingga 2 pagi. Dia tidak risau dan juga tidak kisah kerana dia tidak keseorangan . Dia yakin akan ada seseorang gadis yang akan menemaninya pada malam itu.
Setelah Syafiq mendapatkan tiket itu dia terus menghubungi Syiqin untuk memberitahu bahawa dia telah membeli tiket tersebut.
“Qin , Fiq dah beli dah tiket ni. Alhamdulillah ada walaupun dah sold out untuk malam ni.. tapi ada untuk esok pagi tapi pukul 2 pagi”
“Alhamdulillah , see kan dah cakap mesti ada . Fiq tu risau sangat . Haa lega Qin Fiq dh beli tiket tu”
“Tak sangka pulak dia risau kat aku” bisik hati fiq.
Malam itu Fiq cuba untuk memberi hint sekali lagi yang dia sukakan Qin. Kegembiraan jelas terpancar apabila Qin juga memberi hint bahawa dia juga sukakan Fiq. Setelah lama mereka chatting di whatsapps jam menunjukkan pukul 12 malam . Qin pun memberitahu Fiq yang dia ingin tidur . Setelah itu Fiq pun mengucapkan selamat malam seperti seorang pasangan bercinta yang sangat ‘sweet’ kata orang. Pada malam tersebut syafiq berasa puas kerana Qin juga turut memberi reaksi bahawa dia suka untuk berhubung dengan Fiq.
Bersambung ...
Share this novel