Chapter 8

True Story Series 4696

Sebelum ini Syafiq pernah berfikir bahawa Syiqin tidak pernah menyimpan perasaan terhadap Syafiq. Ia berfikir begitu kerana mereka hanyalah kenal melalui media sosial. Mereka juga terpisah oleh jarak.

“Anip .. aku betoi tak sangka dia sukakan aku selama ni . Aku suka kat dia pastu aku saja saja la luahkan perasaan aku sebelum ni. Yala paham paham lah kami jauh. Ada ka yang sangggup nak bercinta jarak jauh ni. Kan ada sesetengah orang ni suka berjumpa selalu.”

“Okay lah dia nak terima hang, dia siap ngaku lagi mula sayang dekat hang sebelum ni. Ldr pun best apa .. jarang jumpa . Bila dah jumpa haa lepas la rasa rindu tu.”

“Tu la betoi hang cakap , tapi tu la bila la boleh jumpa.. takpa la insyaAllah ada rezeki boleh la kami berjumpa”

Setelah berbual panjang di telefon Fiq pun meletakkan telefonnya untuk menyambung assigmentnya yang masih belum siap. Syafiq terus menghubungi Syiqin untuk memberitahu sesuatu.

“Assalamualaikum Qin.. Sory kalau harini Fiq jarang ada dengan Qin. Fiq nak buat assigment Fiq sikit.. ada yang belum siap lagi. Nak kena submit masa terdekat ni. Maaf ya sayang”

“Waalaikumussalam Fiq.. eh takpa . Qin faham Fiq. Takpa lah Qin boleh tunggu Fiq. Jangan risau eh b. Qin okay je”

“Okayy awak .. nanti siap je keje ni . Fiq akan call awak okay “

“Haa tu yang Qin nak hehe .. Sayang tunggu”

Fiq pun terus ke ruang tamu membawa fail-fail yang berkaitan assigment dan juga laptopnya.

“Dah dengar suara buah hati ni haa baru semangat nak buat keja “

Seminggu kemudian ..

“Fiq.. nak bagitau yang hari jumaat ni Qin g KL dengan akak .. sebab teman akak pergi satu event ni “

“Ouh . Okay lah macam tu . Em Fiq pun ada dekat KL ni kalau nak jumpa boleh la haha” gurau Syafiq pada Syiqin. Di dalam gurau itu sebenarnya Fiq juga berharap agar mereka dapat berjumpa . Kerana itu adalah merupakan satu -satunya peluang untuk mereka bertemu. Siapa sangka dalam gurauan itu mula di balas serius oleh Syiqin. Dia juga berhasrat untuk bertemu memandangkan dia akan ke sana . Apa salahnya bertemu jika sudah merindui.

“Serius ni nak jumpa Fiq? Ingatkan taknak jumpa Fiq”

“Mesti lah nak .. jumpa buah hati kan .. lagipun bukan selalu dapat bersua muka .. tengok nanti macam mana .. Qin bagitau balik nanti eh”

Pada malam sebelum mereka bertemu keesokkan harinya mereka merancang untuk berjumpa.
“Qin pergi berapa hari ?” Tanya Syafiq kepada Syiqin

“Qin pergi dua hari je , pergi hari jumaat.. event tu hari sabtu . Habis event petang tu kami balik lah. Lagipun kelas start isnin ni so Qin kena balik awal.”

“Ouh. Em bukan apa . Fiq cuma nk jumpa dengan Qin. Kalau Qin sudi jumpa fiq”

“Fiq .. of course lah sayang nak jumpa dengan b.”

“Sayang ?? Bb ??” Syafiq terpaku seketika apa bila Syiqin berkata begitu. Dalam hatinya rasa ingin melompat lompat dan menjerit I LOVE YOUUUUU SAYANGG !

“Ha okayy kita jumpa eh . So nak jumpa dekat mana ? Em balik nanti naik bas ke?”

“Ha ya naik bas . Bas dari TBS.”

“Haa okayy kalau macam tu kita jumpa dekat situ . Qin apa apa Qin bagitau Fiq eh. Fiq pergi sana eh .”

“Emm kebetulan sabtu tu harijadi Qin.. jumpa dengan Fiq tu merupakan satu hadiah yang indah untuk Qin .”

Perasaan gembira mereka berdua tidak dapat di ungkap dengan kata kata mahupun di gambarkan . Ini adalah merupakan satu peluang yang ada untuk mereka bertemu.

Syafiq membuka almarinya untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakainya petang nanti. Mereka berjanji untuk mengenakan baju berwarna hitam pada hari tersebut. Syafiq pun menggapai kemeja hitam di dalam almarinya untuk di iron supaya kelihatan kemas dihadapan kekasih hatinya. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Syafiq terus bersiap siap untuk berjumpa dengan Qin. Qin memberitahunya bahawa dia akan sampai ke TBS sekitar jam 6 petang.

Dihadapan cermin Fiq melihat pakaian yang dikenakannya itu dan bertanya dalam hati “nampak cem tak eh pakai macam ni. ? Baju kemeja hitam dan seluar jeans nampak simple but nice.. okay dah kot” rambutnya yang basah tadi selepas mandi lalu di lap dan di gayakan dengan kemas .

“Jam dah lewat ni . Risau pulak jap g lewat tak sempat jumpa haa nanggis tak berlagu lah aku.”

Mendengar keluhan itu rakan sebilik Fiq iaitu Paan mempelawanya untuk menaiki motosikal ke TBS agar lebih cepat sampai ke sana . Dalam perjalanan mereka ke sana hujan pun mula turun sehingga menyebabkan Syafiq dan Paan sedikit basah . Sesudah sampai ke TBS Fiq memberitahu Qin bahawa dia sudah sampai. Manakala Qin pulak masih dalam perjalanan dan hampir sampai ke TBS. Syafiq menanti di hadapan pintu TBS dengan penuh debaran.

“Fiq dekat mana sekarang ? Qin dah nak sampai ni.”

“Fiq betul betul dekat depan pintu masok TBS ni . Qin masok je nanti akan nampak Fiq.”

Jantung Fiq mula berdegup kuat kerana sebentar lagi dia akan melihat gadis yang selama ini misteri baginya betul- betul di matanya. Fiq bersembunyi di belakang paan kerana berasa sedikit malu. Maklumlah baru bersua muka. Tidak lama selepas itu Syiqin pun msok ke dalam TBS tersebut bersama kakaknya . Jantung Fiq makin berdegup kencang apabila terpersona melihat keindahan di hadapannya . Qin yang menggayakan baju kemeja dan seluar berwarna hitam serta bertudung bawal berwarna peach lalu tersenyum ke arah Fiq dan terus mengalihkan pandangannya kerana malu untuk bertentang mata. Syiqin memberitahu Fiq yang dia hendak singgah ke mini mart untuk membeli sedikit makanan ringan. Syiqin pun menghanntar chat kepada Fiq “B meh lah sini.” Dari jauh Fiq melihat Qin yang menaip chat itu dengan mulutnya yang tidak lekang dari senyuman. Fiq pun pergi bertemu dengan Qin . Qin menyambut kedatangannya dengan penuh senyuman. Fiq pun membalas senyuman itu dengan hati yang gembira . Sesampai Fiq di hadapan Mini mart itu dia menjengah ke dalam kedai untuk melihat kakak Syqin yang sedang membeli barang kerana malu dilihat oleh kakak Syiqin.

“Lama dah b sampai ? Soalan yang di ajukan berserta senyuman manis ditambah pulak suara yang manja itu membuatkan Fiq cair hingga bagaikan tak daya untuk menjawabnya.

“B baru je sampai.. tu haa datang dengan kawan . Nak naik KTM takut lambat sampai . So risau tak sempat jumpa Qin. So kawan pun tolong la bawakkan. Nama dia paan.”

“Ouh. Kesian Fiq sampai basah dah ni ha . Punya la nak jumpa Qin hehe . Terima kasih tau b”

Sekali lagi Fiq cair oleh kata kata yang diberikan oleh Syiqin. Syafiq mengeluarkan coklat Cadbury dari begnya yang dia beli tadi untuk di berikan kepada Syiqin. Dia tahu bahawa coklat itu merupakan coklat kegemarannya.

“Eee susah susah je , Qin tak mintak pun .”

“Ya memang Qin tak mintak but Fiq yang nak bagi. Boleh la makan nanti dalam bas tu. Kan jauh perjalanan tu”

“Alolo sweet bb ayee ni hehe . Terima kasih banyak banyak tau . Terima kasih lagi sekali sebab sudi datang untuk jumpa Qin. Dah la jauh .. bukan dekat dari sana nak ke sini.”

“Its okay Qin. Kita dua kan dah janji nak jumpa . Bila lagi nak jumpa kalau kita tak jumpa sekarang . Boleh je nak jumpa nanti tapi lambat sikit lah hehe. Ha ni lah hadiah birthday awak sayang” sambil tersenyum riang membalas kata kata dari Syiqin. Tidak lama selepas itu kakak Syiqin pun keluar dari kedai dan menegur Syafiq.

“Lama dah ke sampai ?”

“Baru sampai je kak.” Jawab Fiq dengan tersipu malu.

Perasaan malu Fiq datang kembali apabila Fiq mendapat tahu bahawa kakak Qin tahu akan status hubungan mereka. Syiqin juga telah memberitahu pada kakaknya bahawa dia hendak bertemu dengan kekasih hatinya. Jam pada masa itu sudah menunjukkan pukul 6.30. Bas yang mereka naiki akan sampai sekitar 6.50Pm. Mereka pun bergegas ke pintu gate untuk ke gate bas mereka. Sesudah smpai ke gate itu kakak syiqin pergi untuk turun ke bawah di mana tempat mereka meanti bas. Manakala Syiqin meluangkan masa yang ada itu untuk bersembang dengan Syafiq. Mata Fiq tak putus memandang ke arah Qin ketika dia sedang berbicara . Kerana dalam masa 10 minit lebih itu adalah satu satunya masa yang dia dapat tatap puas puas wajah Syiqin. Syiqin malu apabila perasan Fiq suka memandang lirik matanya ketika bersembang. Setelah habis bersembang Qin mula mengangkat begnya untuk ke tingkat bawah menaiki bas. Setelah turun ke escalator Qin memandang dan melambaikan tangan ke arah Fiq. Fiq pun membalas lambaian itu dengan hati gembira bercampur rindu, sebak. Setelah bayang Qin hilang dari pandangannya fiq pun lalu beredar dari situ pergi ke arah Paan untuk pulang. Fiq akan jadikan itu satu kenangan yang terindah dalam hidupnya . Dapat bertemu dengan orang yang dia sayang . Bukan mudah untuk berjumpa selalu kerana mereka dipisahkan oleh jarak. Bak kata orang LDR (Long distance relationship). Dia juga tidak menyangka akan ke alam percintaan dengan seorang gadis misteri yang hanya kenal di media sosial dan akhirnya bertemu.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience