Setiap yang indah pasti akan ada pasang surutnya . Begitu juga dengan hubungan Fiq dan Qin yang kian mula retak akibat perselisihan faham. Pada malam itu semua yang indah bertukar sebaliknya. Tiada lagi tawa senyum yang ada cuma lah hati yang berdarah serta kesedihan yang menemani kedua dua mereka. Pada awalnya Syiqin hanya bergurau dengan mengatakan dia seorang yang memilih bab cari pasangan . Maklumlah memilih pasangan ini adalah perkara yang harus dititik beratkan kerana jika dia sudah menjadi milik kita dia lah yang akan menghabiskan sepanjang hayatnya bersama kita.
“Qin memilih sikit tau bab pilih pasangan ni. Masih nak dekat Qin ke ? “
“Ouh em takpe la Fiq sedar diri Fiq jugak.. tau kenapa Qin cakap macam ni .. Fiq sedia undur diri.” Apabila Qin menyatakan perkara itu Fiq tersentak lalu sedih dan menyedari mungkin dirinya bukanlah sesuai untuk gadis secantik itu.
“Sokay la Qin.. mungkin apa yang ada dekat Fiq sekarang tak ada pada ciri-ciri yang Qin nak selama ni.. Maafkan Fiq.. takpa la kalau macam tu . Qin dah cakap macam ni. Fiq undur diri... Fiq doakan Qin jumpa orang yang lagi baik dari Fiq sekarang.. dia ada kat luar sana Qin. Cuma dia belum hadir dalam hidup Qin. Hadir Fiq sekarang ni cuma untuk menjaga hati yang akan menjadi milik orang satu hari nanti ...”
“Fiq .. Qin tak bermaksud macam tu pun em.. kenapa tiba tiba macam ni .. ?”
“Takpa la Qin .. Fiq faham sangat maksud Qin tu. Mungkin Qin nak jaga hati Fiq sebab tu Qin tak cakap benda tu direct..tkpe Fiq sedia undur diri.. kita berkawan jela”
“Ya Allah Fiq.. jangan lah macam ni. Qin terima seadanya. Fiq pun mesti terima seadanya. Terima kekurangan pasangan masing-masing.. baru bahagia.. nak cari yang perfect sampai ke sudah tak jumpa. Yang ada sekarang pun boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Tkde yang sempurna dekat dunia ni Fiq.”
“Takpa .. Fiq masih dengan keputusan Fiq”
“Kalau betul dia terima aku seadanya dia akan menolak kalau aku mintak untuk berkawan .. kalau dia terima maknanya dia betul tak sayangkan aku” kata Syafiq di dalam hatinya.
“Em takpe la kalau tu yang Fiq nak . Qin tak boleh nak halang.. kita kawan” perasaan sedih menyelubungi Qin pada masa itu setelah menerima apa yang Fiq minta itu.
Setelah Qin menerima untuk berkawan Fiq terus off telefonnya dan masuk ke bilik untuk tenangkan hatinya. Dalam masa yang sama dia sedih dengan keputusan yang dia buat. Dia berfikir bahawa malam itu akan menjadi malam terakhir mereka untuk berhubung.. kisah antara Fiq dan Qin akan berakhir pada hari tersebut.
Pada malam tersebut Syafiq tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan perkara tersebut dan merindui Syiqin. Dia cuba untuk on semula telefonnya dan melihat whatsapps. Dia perasan ada status yang di muat naik oleh Syiqin dengan caption emoji hati yang hancur. Mungkin dia sedih akan atas apa yang telah jadi . Syafiq pun sekali lagi cuba untuk melelapkan mata . Dia kerap terjaga dari tidurnya kerana sentiasa mengenangkan Qin. Dia sebenarnya menyesal dengan apa yang dia telah lakukan. Hati Fiq sebenarnya masih sayang tetapi ego mengawal dirinya. Padahal pada masa itu Qin telah pun memujuknya untuk tidak memutuskan hubungan mereka namun Fiq berbuat demikian.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Dengan perasaan yang sedih Fiq menggapai telefonnya yang berada di sebelah bantal miliknya lalu membuka whatsapps dan menghantar mesej kepada Qin.
“Assalamualaikum Qin .. Fiq mintak maaf pasal tadi .. Fiq betul betul nyesal dengan apa yang Fiq buat.. harap Qin maafkan Fiq. Fiq masih sayangkan Qin..” chat yang di hantar oleh Fiq itu tidak di balas oleh Qin.
“Maybe dia dah tido.. lagipun jam dah lewat .. takpa esok pagi aku chat dia lagi” kata Fiq di dalam hatinya. Fiq pun cuba untuk melelapkan matanya lagi sekali dan cuba untuk menenangkan dirinya dengan tidak memikirkan tentang perkara itu. Tepat pukul 6 pagi Fiq pun terjaga dari lenanya yang tidak berapa nyenyak itu lalu menggapai telefon untuk menghantar chat lagi sekali kepada Qin. Kebetulan pada masa itu Qin pun sudah terjaga dan membaca chat tersebut.
Syiqin menyatakan rasa hatinya yang dia masih lagi sayangkan Fiq. Dia juga tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. Dia juga menyesal dengan apa yang telah dia lakukan sehinggakan perkara ini berlaku. Syafiq pun meminta maaf kepada Syiqin dan cuba untuk meminta mereka meneruskan hubungan mereka. Oleh kerana sayang kepada Syafiq, Syiqin pun menerima permintaan Fiq tersebut. Syafiq telah berkata di dalam hatinya bahawa dia tidak akan mengalukan perkara seperti itu lagi.
“Lepasni apa-apa masalah kita selesaikan dengan cara baik baik okay Qin. Taknak dah benda ceni jadi lagi. Anggap la benda ni sebagai satu pengajaran untuk mematangkan lagi hubungan kita insyaAllah. Fiq ikhlas dengan Qin .. ikhlas nak jadikan Qin suri hidup Fiq satu hari nanti amin .”
Share this novel