Peperiksaan untuk semester 4 pun akan bermula tidak lama lagi. Rakan- rakan Syafiq merancang untuk belajar bersama sama agar dapat berkongsi idea, ilmu dan juga pendapat tentang satu subjek yang mereka belajar. Syafiq telah memberitahu Qin yang dia akan menduduki peperiksaan semester 4 pada minggu hadapan.
“Minggu depan Fiq exam .. rasa takut sikit sebab subjek yang Fiq study untuk sem ni susah.”
“InsyaAllah Fiq boleh buat .. Qin cayakan Fiq.. Fiq kan pandai hehe”
“Eh mana ada Fiq biasa biasa jela Qin.. “
“Bagi Qin Fiq luar biasa hehe.. kalau tak .. takde lah Qin boleh terpikat dengan Fiq”
“Haha dia ni an pandai pandai je”
“Malam ni Fiq buat study group dengan kawan kawan.. maaf kalau Fiq busy sikit malam ni “
“Eh Fiq .. Qin faham Fiq .. Qin nak Fiq fokus dengan study Fiq. Qin tak mintak untuk Fiq ada dengan Qin 24jam. Qin faham Fiq ..jangan risau tau”
“Terima kasih Qin sebab faham Fiq.. sweettt arr awaaa”
“Hahaha macam tu pun sweet ke ? Apoo la Fiq ni”
Selepas selesai menunaikan solat isyak mereka pun mula untuk belajar bersama -sama memandangkan mereka akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan. Syafiq pun mengambil semua nota-notanya yang dia simpan di dalam laci almarinya serta sedikit makanan ringan.
“Aku ni kalau takde benda-benda ni memang bosan plus ngntok lah aku bila study. Study sambil mengunyah la best” kata Syafiq kepada kawan-kawanya. Rakan- rakannya terus tergelak dengan gelagat Fiq itu. Semua pun turut mengeluarkan stock stock makanan yang mereka simpan untuk di jadikan sebagai teman belajar mereka pada malam itu. Seperti biasa Fiq akan memberitahu kepada Qin jika dia tidak dapat untuk membalas chat Qin dengan cepat. Dia risau jika Syiqin menunggunya dengan lama.
“Assalamualaikum sayang.. em nak bagitau yang Fiq dah start study dengan kawan-kawan ni.. kalau lambat balas chat awak maafkan saya tau”
“Waalaikumsalam my bb.. eh takpe Qin taknak ganggu Fiq .. so Fiq fokus kerja Fiq okay . Settle nanti baru chat Qin... byee awak “
Ini adalah satu sebab mengapa Fiq sangat menyayangi Syiqin. Syiqin seorang yang memahami walaupun sebenarnya Fiq tahu dia inginkan perhatian. Tipulah jika perempuan tidak inginkan perhatian daripada orang yang dia sayang. Namun Qin tidak pernah sesekali menghalang Fiq dari lakukan apa- apa perkara yang Fiq ingin lakukan.
Seminggu kemudian
Pada pagi sebelum Fiq pergi ke kelas Syiqin telah menghantar mesej kepada Syafiq dengan sedikit ucapan dan kata- kata semangat buat Fiq.
“Assalamualaikum sayang.. Goodluck for your exam today.. baca doa sebelum jawab tu tau .. jangan ingat Qin sangat eh haha nanti melayang fikiran tu .. lupa habis apa yang Fiq study nanti.. buat yang terbaik tau.. banggakan mak ayah Fiq .. and Qin hehe.. goodluckkk sayang”
Fiq yang membaca mesej itu lalu tersenyum kerana gembira dengan apa yang Qin tuliskan untuknya. Oleh itu , Fiq bersemangat untuk menjawab peperiksaannya . Dia tidak lagi rasa gementar dan takut.
Share this novel