Chapter 7

True Story Series 4697

Akhirnya Syafiq pun menyuarakan rasa hatinya terhadap Syiqin.

“Fiq nak bagitau.. yang Fiq sukakan Qin .. maybe dah lebih dari tu . Pernah terrrrrsayang Qin.. Fiq just nak luahkan benda ni .. sebab tak boleh nak pendam sorang . So rasanya Fiq patut luah perkara ni.”

“Em Fiq .. Qin tak selesa la cakap pasal benda ni .. cakap benda lain boleh ?”

Kata kata Qin itu sudah cukup kuat untuk membuat Fiq rebah. Fiq lalu menukar topik yang lain kerana Syiqin tidak selesa akan perkara itu.

“Rasanya ni la betul -betul last untuk aku contact dia.. aku dah cuba.. aku dah luah.. aku dah beranikan diri aku.. tkpe la kalau itu reaksi yang dia berikan. Aku redha”

Sejak dari itu Fiq sudah tidak menegur Qin lagi ..tetapi pada sama sama Qin sendiri yang mencari Fiq. Jika ada status Whatsapps sudah tentu Qin akan membalasnya. Fiq pun akan membalas mesejnya itu walaupun hatinya sudah kecewa di sebabkan peristiwa hari itu .

Sebulan kemudian setelah habis bulan Ramadhan..

Syafiq bangun awal pagi dengan rasa semangat untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakannya. Setelah mandi Syafiq mengenakan kurta merah dan berseluar jeans. Tangannya lalu menggapai perfume yang terletak di almari bersebelahan dengannya . Setelah siap dia pun ke rumah Anip untuk mengajaknya ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Sebelum ini Syafiq dan Syiqin pernah plan untuk berhubung di video call di whatsapps pada hari raya. Tetapi pada hari tersebut mereka masing- masing sibuk menyebabkan apa d rancang itu tidak menjadi. Pada waktu petang raya itu Syafiq terkejut apabila sudah melihat wajah gadis misteri yang selama ini ia anggap misteri.. Syafiq percaya Syiqin mampu mencairkan hati setiap jejaka yang melihatnya . Keayuannya membuatkan Syafiq sekali lagi jatuuh cinta kepadanya . Tetapi sayang , kerana gambar tersebut dia bersama seorang lelaki.

“Ouh mungkin ni la kekasih hati dia .. takpe la . Malu pulak nak tegur dia . Dia tengah happy happy tu beraya dengan pasangan dia.”

Tidak lama selepas itu ada satu lagi status yang muncul selepas gambar mereka itu dengan caption “tu abang yaa bukan bf okay “ Syafiq pun membalas caption tersebut.

“Eh tu abang Qin eh ? “

“Iya Fiq tu abang Qin lah . Bukan bf or what. Qin dah cakap kan Qin tkde teman lelaki.”

Pada petang itu mereka chat agak lama , banyak jugak perkara yang di sembangkan hingga Syafiq sekali lagi menyimpan perasaan terhadapnya. Setelah dua minggu beraya cuti sem Fiq pun sudah pun hampir berakhir . Jadi, Fiq akan pulang ke KL untuk menyambung semester ke 5. Sejak dari hari itu Syafiq dan Qin mula rapat kembali. Pada kali ini mereka chat seperti orang yang sudah di alam percintaan. Masing masing tidak kalah memberikan ayat ayat yang manis dan juga seperti memberikan hint bahawa mereka sudah menyimpan perasaan sayang.

Jam pada pagi itu menunjukkan pukul 9. Syafiq bersiap - siap untuk ke stesen bas kerana bas akan sampai pada pukul 10. Pada pagi itu sekali lagi Syiqin menemani Fiq untuk pulang ke KL. Sebelum ini dia menemani Fiq untuk pulang ke Kedah . Dalam perjalanan Syafiq ke KL mereka chat seperti biasa . Manisnya mengalahkan gula sampai satu masa Qin ada menyuarakan seseuatu perkara yang membuat Fiq berdebar kencang.

“Sebenarnya Qin dah mula sukakan Fiq jugak . Dari haritu lagi .. Qin cakap Qin tak selesa tu bukan sebab tak selesa dengan apa yang Fiq luahkan . Tapi Qin masa tu malu .. tak sangka Fiq sukakan Qin . Jadi masa tu Qin rasa tak selesa sangat sebab malu.. so harini Qin pun nak luah lah apa yang Qin rasa selama ni .”

Syafiq yang rasa seperti mimpi itu pun bertanya “serius lah ni Qin ? Macam mimpi je .. ke Qin bergurau dengan Fiq ?”

“Tak Fiq .. Qin serius sekarang . Qin tak main main.”

Setelah Qin meluahkan rasa hatinya . Pada hari itu jugak mereka menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Bermula dari situ mereka makin rapat.

“Awak.. saya nk tanya ni . Apa yang buat Qin suka dekat Fiq eh ? “

“Qin suka cara Fiq layan Qin .. so Qin rasa macam ada positive vibe dari diri Fiq. Fiq jugak ambil berat pasal Qin. Macam Qin tak sihat dulu. Fiq lah orang yang kerap pesan itu ini. Tanya itu ini hehe punyalah risau.”

Syafiq tersenyum membaca chat yang dihantar Qin kepadanya. Sehingga kan rakan rakan serumah Fiq menegur Fiq.

“Senyum senyum sorang ni .. kau okay tak ni ? Tak okay aku nak bawak jumpa dokter. “ gurau mihlan

“Haha aku okay jela .. masih waras lagi. Tak gila pun . Cuma ada someone yang boleh buat aku gila ni.”

“Uii siapa tu? Nak tau jugak.”

“Em ni awek baru aku kenal dekat instagram. So now kami rapat lah .. macam dh kenal antara satu sama lain . Bila dengan dia aku happy. Aku selalu tersenyum bila dia ada.”

Pada keesokan harinya, Qin mengajak Fiq untuk bervideo call. Syafiq yang tenang tadi terus gelabah kerana malu. Maklumlah ni kali pertama mereka berhubung di video call.

Tut tuttt ..

Rasa debaran kian terasa apabila melihat di skrin telefon panggilan video itu datang dari kenalan di telefonnya bernama “sayang”

Apabila panggilan itu di angkat mereka berdua tersipu malu dan tidak banyak berbicara. Maklumlah masih baru dalam perhubungan dan juga ini merupakan kali pertama mereka bervideo call. Syafiq terpaku melihat keindahan ciptaan Allah swt di hadapannya. Perkara tersebut sekaligus membuatkan Fiq berasa lagi malu . Dia tidak sangka dia dapat memiliki gadis misteri yang selama ini dia inginkan . Sedang mereka bersembang , mihlan pun masuk ke bilik Syafiq. Dia tahu bahawa Syafiq sedang bercakap dengan seseorang di telefonnya . Mihlan pun mendekati Syafiq untuk mencari tahu siapakah gerangan yang bercakap dengan Syafiq.

Syafiq memberitahu kepada Mihlan gadis tersebut adalah gadis yang pernah dia ceritakan sebelum ini . Mihlan pun menegur Syiqin .

“Oitt .. nama siapa ? Asal mana ? Dah lama eh kenal Fiq?

“Hai .. nama Syiqin .. asal terengganu .. dah lama ke kenal Syafiq tu tanya Fiq okay . Jawab Syiqin dengan malu.

Setelah usai mereka bercakap. Syafiq menghantar chat kepada Qin.

“Terima kasih sudi call. Malu lah tadi haha. Sory kalau tak banyak cakap . Terpaku tadi tengok sayang”

“Sayang ? Haha takpe faham. Qin malu tadi “

Sepanjang dalam perhubungan mereka belum pernah bergaduh . Semuanya baik baik saja . Mereka faham antara satu sama lain . Kerana dua dua masih dalam alam pengajian . Jika salah seorang sibuk mereka faham .

Bersambung

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience