Setelah beberapa bulan mereka mengenali antara satu sama lain fiq banyak memberikan hint kepada qin bahawa dia menyukai qin. Tetapi setiap hint yang diberikan bagai tiada apa. “ macam mana aku nak cakap yang aku suka dia ? Ke masih terlalu awal untuk aku menyuarakan rasa hati aku ?” Tkpe la ada baik aku pendamkan sahaja” . Ujar syafiq di dalam hatinya.
Seperti biasa alarm akan berbunyi memecah keheningan di waktu pagi. Fiq bangun dengan keadaan yang mamai menggapai telefon di sebelahnya untuk melihat jam. Jam menunjukkan pukul 7.00AM. Fiq pun turun dari katil 2 tingkatnya itu untuk bersiap ke kelas. Fiq tinggal di sebuah apartment sewa bersama rakan- rakan sekelasnya yang berasal dari pelbagai negeri. Sebelom Fiq mandi untuk bersiap siap kebiasaannya fiq akan menjengah fon nya kerana ingin mengucapkan selamat pagi kepada Qin. Bila Fiq bangun di waktu pagi dia selalu teringat akan gadis yang telah mencuri hatinya itu. Tapi pernah Fiq cuba untuk menepis apa jua yang datang di dalam fikirannya yang berkaitan dengan Qin kerana Fiq pernah berputus asa untuk meluahkan perasaannya kepada Qin.
Namun begitu, fiq masih berhubung dengan gadis itu kerana dia berfikir bahawa dia masih boleh mencuba untuk memberikan klu yang dia sukakan gadis tersebut.
Seminggu kemudian...
Qin ada memuat naik satu status di whatapp nya iaitu dengan caption “siapa yang sudi call tu boleh la nak call” setelah melihat status tersebut Fiq memasang niat untuk menelefon Qin untuk mendengar suaranya dan juga untuk memberi klu bahawa dia mempunyai perasaan terhadap Qin. Debaran jelas terasa apabila degupan jantungnya yang tadi normal bertukar kencang akibat perasaan malu dan takut untuk menelefon Qin. Nafas panjang telah Fiq hembus dengan tenang untuk menghubungi Qin.
Tuttt tuttt.....tuttt tutttt
Dalam waktu Fiq menanti panggilannya dijawab jantung fiq berdegup kuat dan kencang seperti orang yang lari lintang pukang melihat hantu. Panggilan Fiq telah di jawab , salam pun di beri oleh fiq.
“ Asssalamualaikum Qin ..Fiq ganggu tak ni ?”
“ Waalaikumsalam, tak Fiq tak ganggu pun .. Qin tak buat apa apa pun”
“ Fiq call sebab tadi ada nampak dekat status Qin ada cakap.. siapa yang sudi call Qin .. call la .. So Fiq pun call lah . Lagipun ni merupakan pertama kali kita bercakap melalui panggilan fon . Selalunya kita hanya berhubung melalui whattapp..”
Setelah mereka berbual panjang mereka pun akhiri percakapan mereka. Tidak lama selepas itu Fiq mendapat satu mesej melalui whattapp dari kenalannnya di beri nama “Crush” . Fiq yang tahu chat tersebut dari Qin dia terus membuka chat tersebut untuk melihat apakah yang Qin sampaikan. Dalam chat tersebut Qin berkata “ Tak sangka Fiq akan call Qin.. Qin just tulis caption tu dekat status semata mata sebab boring” Qin menyatakan bahawa dia gembira kerana Fiq sudi untuk bercakap dengannya.
Daripada kata kata itu Fiq menyimpulakan bahawa Qin juga seperti menyukai Fiq.Tetapi dia merasakan perkara itu adalah mustahil. Mana mungkin Qin menyukai dirinya . Kerana selama ini telah banyak memberikan hint kepadanya bahawa dia menyukai Qin. Tetapi semua hint tersebut tidak mendapat respon yang baik dari Qin . Dia seperti ingin mengelak jika Fiq memberikan hint bahawa dia sukakan Qin. Walaupun begitu Syafiq cuba tidak berputus asa untuk meluahkan perasaannya terhadap Qin pada masa akan datang. Fiq cuma menanti masa yang sesuai untuk meluahkan segalanya. Makin hari mengenali diri Qin, perasaan sayang mula terbina di dalam hati fiq.
Perasaan sayang itu terbina kerana apabila sudah lama mereka kenal Qin mula menunjukkan dan memberi klu bahawa dia sukakan Fiq.
Bersambung...
Share this novel