Sedang Syafiq memilih lauk untuk berbuka puasa di bazar dia terserempak dengan seseorang gadis yang pernah menghuni hatinya dahulu. Anip mencuit Fiq dan memberitahu bahawa dia ternampak gadis tersebut. Namun Fiq hanya mengabaikan perkara itu . Dia juga buat buat tidak kenal dan memandang ke arah lain jika terpaksa lalu di hadapannya.
“Wey Fiq hang perasan dak tadi Siapa ?”
“Perasan .. saja buat taktau.. awat ? Aku nk kena gelabah ka ? Aku dh takdak perasaan kat orang yang pernah sakitkan aku .. janji macam macam .. semua tinggai janji ja.”
“Aku nampak dia dok pandang hang Fiq”
Syafiq pun pergi ke kawasan lain berdekatan bazar tersebut untuk membeli kuih kesukaaannya iaitu kuih donut.
“Takpa aku p depan tu sat cari kuih donut sat. “
“Haa hang p dulu .. aku nak cari ayaq jagung sat mak aku pesan tadi.”
Setelah usai mereka membeli semua barang keperluan berbuka mereka pun ke kawasan parking motosikal untuk pulang. Sesampai mereka ke parking tersebut Anip memberitahu Fiq sesuatu.
“Wey Fiq tadi permpuan tu mai kat aku.”
“Haa buat apa pulak pi kat hang ? Kenan kat hang pulak ka ?”
“Bukan .. dia tanya khbaq aku . Paihtu dia mintak nombor telefon hang pulak”
“Hang bagi ka?”
“Eh dak la ..aku tau hang tak suka. Aku tak bagi”
Anip menceritakan kepada Fiq bahawa orang yang pernah melukai hatinya ingin kembali ke pangkuan Fiq. Fiq tertawa kecil dan berkata “ aku ni Nip malaih dah Nip.. selama ni aku ja macam terhegeh nak jaga hati dia.. tapi dia ? Buat aku macam sampah. Memang dak la kalau aku nak balik kat dia macam dulu.. lagipun aku masih berharap dengan Syqin. Hati aku 50-50 mengatakan yang dia tu dah berpunya. Memang belum kawin ke apa kan .. tapi dorang ada niat macam tu . “
Perempuan yang pernah hadir dalam hidup Fiq itu bernama Alya. Di awal perhubungan mereka semua indah belaka. Segala janji dan kata manis yang di berikan gadis itu kepada Syafiq membuatkanny mempercayai kepada gadis itu bahawa dia seorang yang jujur dan setia. Bagi Syafiq benda utama dalam perhubungan adalah kejujuran dan kesetiaan. Apa yang membuatkan Fiq kesal dengan gadis itu adalah kerana Alya sudah lama berhubung kembali dengan bekas kekasihnya sepanjang mereka dalam perhubungan. Alya juga pernah bertemu dengan bekas kekasihnya tanpa pengetahuan Syafiq. Oleh kerana percaya yang tinggi kepada Alya Fiq tidak pernah terfikir bahawa Alya curang di belakangnya. Sehingga lah satu hari Fiq cuba untuk check telefon Alya . Apabila dia membuka applikasi whatsapps alangkah kecewa dan sedih apabila terbaca chat permpuan itu dengan kekasih lamanya . Chat itu bukan lah seperti orang berkawan biasa . Tetapi chat tersebut menunjukkan mereka seperti sepasang kekasih. Mereka mengenang kembali saat saat mereka dahulu ketika bersama . Perkara itu yang membuatkan Fiq dan Alya berpisah.
Mereka pun pulang ke rumah untuk bersedia berbuka puasa. Syafiq mula menyimpan hasratnya kembali unmeluahkan rasa perasaannya terhadap Syiqin.
“Kalini aku kena buat.. aku kena ngaku semua tu .. tak kisah la dia nk reject aku ke apa ke lepasni .. aku kena kuat. Yang penting aku kena cuba dulu. “
Pada malam tersebut Syafiq pun mula menegur Syiqin. Dia juga berniat untuk menceritakan hal yang terjadi pada petang tadi kepada Syiqin.
“Assalamualaikum orang di sana .. apa khbar ? Lama tak tegur orang di sana “
“Waalaikumsalam Fiq .. tu lah lama mendiamkan diri eh .. Fiq g mana ? “
“Fiq ada je .. cuma busy sikit dengan assigment banyak.. soryy “ padahal Fiq mendiamkan diri kerana peristiwa yang berlaku sebelum ini.
Setelah lama mereka bersembang akhirnya Fiq menceritakan tentang perkara berlaku petang tadi. Fiq perasan sesuatu pada diri Qin . Kerana gadis itu menunjukkan perasaan seperti berasa cemburu apabila Syafiq menceritakan perkara tersebut. Syafiq tersenyum apabila gadis yang dia suka itu seperti cemburu akan perkara tersebut.
“Em dia suka aku ke eh ? Ke aku ni perasan sorang je .. tak mungkin lah. Maybe cara dia je nampak macam cemburu padahal tak pun .. stop la perasan syafiq oii”
Makin hari mereka mula rapat seperti dahulu di mana mereka baru sahaja kenal. Oleh itu Syafiq cuba untuk menyatakan rasa hatinya kepada gadis tersebut.
Malam yang sunyi di temani angin malam sejuk telah menyapa tubuh Fiq. Perasaan gementarnya makin terasa apabila dia berhasrat untuk menyatakan rasa hatinya pada malam itu.
“Syafiq ada something nak bagitahu dekat Qin.. lama dah nak bagitau tapi belum ada kesempatan lah. So malam ni Fiq rasa malam yang sesuai untuk Fiq bagitau pasal benda ni. “
“Sukar untuk Fiq luahkan benda ni sehenarnya. Sebab Fiq nampak macam banyak halangan yang menunggu di hadapan Fiq nanti. Pernah rasa untuk pendamkan saja benda ni tapi tak dapat . So Fiq harap bila Fiq bagitau benda ni Fiq akan dapat respon yang baik dari Syiqin.” Jantung Fiq yang berdegup normal tadi bertukar kencang apabila ingin menyatakan perkara itu.
Dalam hatinya berkata “takpa aku cuba jela . Dia nak reject aku tak kisah .. yang penting dia tahu apa aku rasa selama ni . Sekurang-kurangnya aku mencuba.”
“Apa dia tu Fiq ? Macam benda penting je yang fiq nak cakap ni”
“Ya penting Qin, Fiq kena jugak cakap pasalni . Tak sanggup dah nak simpan semua benda tu sebab Fiq tak kuat”
“Okay .. now cakap la apa benda tu ?”
Bersambung.....
Share this novel