KES 7

Drama Completed 5036

"Bojo (wife), esok kita balik rumah mak. Bojomu (husband) teringin nak makan ulam-ulaman, gulai lemak salai. Ya Allah sebut pun dah terliur." Permintaan Rizkal membuatkan aku tergelak sendiri, dah macam orang mengidam pula.

"Bojomu ni dah macam orang mengidam pula." Aku menggelengkan kepala.

Alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah masuk lima bulan. Setahun kami mengikat tali pertunangan, disebabkan Rizkal nak ambil cuti dua bulan.

Katanya banyak tempat nak bawa aku pergi honeymoon dengan bawa aku ke tempat detik pertemuan kami. Mestilah di Japan, tempat kami meluangkan masa sebagai kawan tapi sekarang sebagai suami isteri.

"Betul kot bojo." Terpamer muka teruja Rizkal.

"InsyaAllah." Aku menyambung melipat kain.

"Jom buat check up." Amboi gelojohnya.

"Amboi gelojohnya." Aku membaling sehelai baju kepada Rizkal. Baling-baling manja.

"Itu bukan gelojoh namanya sayang. Manalah tahu rezeki kita dapat anak awal." Katanya sambil melipat baju yang aku baling tadi. Rajinnya.

"Ada-ada saja. Bojomu petang ni bojo nak pergi rumah sewa nak ambil barang yang masih tinggal lepastu nak bagi sekali kunci dekat tuan rumah. Bojomu ada nak pergi mana-mana tak." Aku memandang Rizkal di sebelah. Dia membantu menyambung lipat kain dengan aku.

"Tak ada. Bojomu teman sayang jelah." Tekun sungguh dia melipat kain, sampai cakap pun tak pandang muka aku.

"Okay dah siap." Aku bangun untuk menyimpan baju ke dalam almari di bilik.

"Bojo nanti call mak cakap kita balik esok." Laung Rizkal dari ruang tamu.

"Bojomu calllah sendiri." Aku meluang juga. Sambil keluar dari bilik.

"Kita suruh dia, dia suruh kita balik." Aku tersenyum menndengar rungutan Rizkal.

"Apa? Merungut? Kalau macam tu tak payahlah call mak. Tak payah balik. Mak pun tak susah nak masak." Terkejut Rizkal bila aku sergah dari belakang.

"Mana ada lah. Bojomu cuma cakap yang watak dalam tv ni kempunan nak anak, last-last suami dia meninggal masa isteri dia tengah mengandungkan anak pertama mereka." Ubah topik, mengelak. Tapi memang pun, pagi-pagi macam ni dah buat drama tv ni.

Aku pergi ke dapur untuk membuat kopi untuk watashi no sutekina otto (my lovely husband). Semestinya kegemaran orang lelaki kopi o.

Kopi ni menjadi kegemaran Rizkal waktu pertama kali dia minum dekat rumah mak masa malam nikah kami. Diimport dari nenek aku yang menetap di Takengon, Acheh, Indonesia. Memang orang di sana jual kopi untuk mencari rezeki.

Setelah siap kopi o dan milo panas aku kembali menemani suami tercinta di ruang tamu yang sedang melayan drama tv.

"Watashi no aisuru ky?dai wa itsu made mo watashi no soba ni imasu (abang nak sayang sentiasa berada disisi abang untuk buat selama-lamanya)" Seraya itu Rizkal mencium belakang tapak tangan aku. Auw so sweet.
*****

"Mak Ani ni garanglah. Ikal selalu kena marah. Sepah sikit je pun kena marah. Mak boleh tahan ke dengan Ani tu?" Bisik Rizkal kepada mak. Aku yang sedang menceduk nasi ke dalam mangkuk terus berhenti.

"Apa yang bojomu membawang dengan mak tu?" Aku lihat halkumnya bergerak kebawah dan keatas, telan liur, takutlah tu.

"Mana ada apa-apa. Mak ni minta cucu cepat-cepat." Rizkal menyalahkan mak. Berkerut dahi mak.

"Dah jom makan." Aku meletakkan mangkuk nasi ditengah-tengah.

"Tadi mak dengar kamu panggil suami kamu apa?" Mak menyoal aku sambil tangan ligat menceduk nasi untuk abang Zarif dan Rizkal.

"Ani panggil bojomu." Aku menjawab pertanyaan mak.

"Apa kebendanya tu? Bojomu? Pelik je bunyinya." Mak menuang kuah pula ke dalam pinggan mereka.

"Panggilan suami dalam bahasa Japan lah mak." Aku menerangkannya kepada mak. Tapi riak ketidak puasan hati dipamerkan.

"Janganlah panggil macam tu. Panggil panggilan biasa je." Mak membantah.

"Apa salahnya mak. Bukan semua orang tahu panggilan tu." Sampuk kak Farah, kakak ipar aku.

"Tak payah nak menangkan dia Farah. Mengada je lebih tu." Mak menyuap nasi ke mulutnya.

"Okay." Aku mengalah. Mak selalu macam tu, kalau ada yang lain je mesti tak nak menyokong.

Lupa nak cerita dekat korang, kak Farah kakak ipar aku. Aku dan abang Zarif nikah sekali dan bersanding sekali. Jimat sikit perbelanjaan kahwin abang Zarif sambil di bantu oleh Rizkal.

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai di rumah mak. Dulu masa anak dara, boleh lah setiap hujung minggu balik rumah mak. Sekarang dah ada laki kenalah balik sebulan sekali. Tapi rumah mama memang setiap hujung minggu pasti balik sebab dekat jer.

Tapi mak tak keseorangan. Mak ditemani oleh kak Farah. Kak Farah bekerja sebagai guru tadika di kampung kami. Abang Zarif terpaksa ulang-alik setiap minggu dari Penang ke Perak kerana bekerja.

p/s: Sori hana tengah tak ada mood untuk menaip. nnti dh jumpa mood tu bru hana menaip balik. panjng lgi cerita ni, sebab cerita Amri tak tak penghujungnya. so tunggulah. bye. muah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience