KES 13

Drama Completed 5036

"Sayang. Abang minta maaf sebab selama ni abang banyak menyusahkan sayang. Sayang sanggup jaga abang walaupun sayang tahu yang abang lambat lagi nak bangun." Rizkal berdiri menghadap matahari terbenam di pantai.

"Ini adalah tanda terima kasih abang kepada sayang sebab setia dengan abang sehingga ke hari ni." Tangan Rizkal dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

Perlahan dia melutut di depan aku.

Ya Allah terima kasih kerana berikan kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Rezeki yang melimpah ruah. Kini kami sudah memiliki lima orang anak.

Allah banyak menguji aku, dengan segala kesabaran yang aku tempuhi, aku reda. Segala air mata kini sudah bertukar dengan senyuman.

"Arigato aishi no kimiyo (thank you my love). Kerana sentiasa setia dengan abang." Kotak baldu merah berbentuk hati dikeluarkan dari kocek seluar Rizkal.

"What is this for?" Blur terus aku.

"This is for you hachimitsu (sayang). Benda ni tak boleh nak dibandingkan dengan pengorbanan sayang selama ni menjaga abang. Abang sedar, apa yang abang buat selama ni buatkan sayang stress dengan perangai abang. I am sorry." Rizkal mula mengambil tangan aku dan menyarung cincin ke jari tawar aku. Eh! jari manis. Gurau.

Setelah cincin tadi elok tersarung di jari aku, Rizkal bangun semula dan memimpin aku untuk bangun.

Kandungan anak ke enam ni berat juga. Kandungan kali ni dah masuk empat bulan. Tapi kali ni berat sangat. Kembar mungkin? Rezeki di tangan tuhan.

"Jom sayang. Anak-anak kita dah tunggu tu." Perlahan-lahan kami berpimpingan tangan ke ruang makan.
*****

Ya Allah, cepat sungguh kau menarik nyawa sahabatku. Bellina aku maafkan kau. Walaupun kita tak sempat nak berkenalan dengan lebih dekat lagi. Aku minta maaf, aku tak tahu yang kau ditinggalkan di hari bahagia kau. Aku doakan semoga kau tenang di sana.

Dalam sedang asyik memandu sambil tu aku fikirkan tentang Bellina.

Ujian dari Allah adalah penghapus dosa.

Asyik sangat memandu rupa-rupanya dah sampai di rumah mama. Penatnya.

"Assalamualaikum." Aku melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam. Pintu rumah tak bertutup? Sekarang dah pukul tujuh malam.

"Mama?" Laung aku dari pintu hadapan.

Sunyi. Perlahan-lahan aku menjengkek ke dapur. Kenapa senyap je ni?

"Mama.... mam" Mulut aku ditekup dari belakang.

Tak dapat aku nak meronta, bau ubat terlalu kuat. Badan aku rebah ke lantai dan tak sedarkan diri.
*****

Dalam samar-samar aku melihat sekeliling. Gelap.

"Ya Allah selamatkanlah aku." Aku berbisik sendiri dalam ketakutan.

"Kau dah bangun?" Suara garau aku dengar bergema di tempat ini.

"Kau siapa? Kau nak apa? Apa salah aku?" Berjela soalan aku. Aku beranikan diri dalam ketakutan.

"Aku lah orang yang langgar suami kau. Aku cuma nak suami kau mati dan kau tak ada salah dengan aku."

"Puas? Aku dah jawab semua soalan kau." Lampu mula terpasang satu persatu.

"Dah tu kenapa kau culik aku? Apa motif kau tangkap aku kalau aku tak ada salah?" Jerit aku kepada suara tadi yang masih tak muncul-munculkan diri.

"Aku nak jadikan kau umpan untuk suami kau datang pada aku melutut dan masa tu lah baru aku bunuh kau." Kata suara itu lagi.

"Tak guna kau nak jadikan aku sebagai umpan. Rizkal bukannya kenal aku lagi. Dia dah berubah 360 darjah." Aku cuba meleraikan ikatan pada tangan. Tapi lebih sakit jadinya.

Tangan aku diikat dengan gari. Bukan tali biasa okay.

"Boleh percaya ke? Kau isteri kesayangan dia kot." Tiba-tiba bunyi tapak kaki mula mendekati aku.

"Kalau kau tak percaya cubalah kau panggil dia selamatkan aku. Mesti dia tak heran punya lah." Muka lelaki itu mula kelihatan.

"Kenapa kau nak bunuh Rizkal?" Aku menyoal tujuan dia.

"Kalau kau nak tahu, Rizkal lah penyebab adik aku mati sebab tergila-gila kejarkan lelaki tak guna tu." Terkejut aku mendengarnya. Tak pernah pula Amri cerita dekat aku pasal ni.

"Kau mesti terkejutkan? Memang kau tak tahu. Sebelum ni adik aku tergila-gila kan Rizkal. Tapi disebabkan Rizkal tolak dia. Dia jadi gila sampai sanggup bunuh diri. Rizkal lebih pilih kau, walaupun dia tahu yang dia susah nak jumpa dengan kau lagi." Wah betul ke apa yang aku dengar ni? Rizkal tak pernah cerita dekat aku pon.

"Bukan psiko ke namanya tu?" Aku menyoal kepada dia.

"Mula-mula memang aku marahkan dia. Perangai dia macam psiko. Tapi lepas apa yang di jelaskan dekat aku. Baru aku tahu. Cinta itu memang buta." Tergelak aku mendengar ayat terakhir dia. Cinta itu buta. Haha.

"Hahaha. Macam lawak je cerita kau ni." Lelaki itu memandang aku dengan pandangan yang tajam.

"Kau tak tahu ke apa maksud cinta buta?" Dia menyoal aku pula.

"Yap aku tahu." Lelaki tadi bangun lalu mengeluarkan telefonnya.

"Kau dah pastikan dia datang? Aku dah bosan la duduk dengan tebusan ni. Aku cakap benda yang serius boleh pula dia gelak." Kata lelaki itu.

Haih apalah nasib. Siapa suruh dia culik aku. Padan lah muka dia.

"Okay maknanya dalam 30 minit lagi dia akan sampai lah? Good job. Aku harap korang jangan buat apa-apa dengan dia. Aku nak dia mati di tangan aku sendiri." Hah? Betul ke Rizkal dalam perjalanan?

"Buat muka terkejut kenapa? Suami kau memang dalam perjalanan nak kesini. Tulah aku cakap. Mana mungkin aku nak percayakan kau." Kata lelaki tu sambil ketawa.

"Mungkin dia rasa terhutang budi? Tu sebab dia cuba datang nak selamatkan aku." Aku membuat andaian.

Aku tahu yang Rizkal hilang ingatan. Mana mungkin dia akan dapat ingat semula dengan cepat.

"Kau diam je lah. Nanti dia sampai kau tanyalah dia sebab apa." Lelaki itu membawa kerusi lalu duduk menghadap aku.

"Boleh dikatakan kau ni bodoh lah juga kan? Kau sayangkan adik kau, adik tu. Sedangkan Rizkal ada dua orang anak. Mereka pun masih kecil lagi dan perlukan kasih sayang seorang ayah. Kenapa kau nak bunuh dia? Anak-anak aku siapa yang nak bagi kasih sayang? Dah la kalau jumpa pun dia tak layan anak-anak tu. Aku dah banyak usaha untuk kembalikan ingatan dia supaya dia kenal dengan anak-anak dia. Senang-senang je kau nak bunuh dia? Lebih baik kau bunuh aku daripada bunuh dia. Aku lebih rela mati, supaya anak-anak aku dapat rasa kasih sayang seorang ayah." Berjela ayat aku berikan supaya dia sedar.

"Kurang ajar kau kan? Kau kata aku bodoh? Kau tak takut ke duduk berdua dengan lelaki macam aku ni?" Lelaki itu mula mengacukan pistol dia kepala aku.

Tiba-tiba.

Dummm.

Bunyi kuat datang dari arah pintu masuk.

"Jangan bergerak. Anda telah dikepong. Konco-konco anda semua telah kami tahan." Suara dari arah pintu itu membari arahan.

"Jangan datang dekat. Tebusan ada pada aku. Sekarang pistol pun ada pada dahi dia. Lebih baik korang berundur sebelum aku lepaskan tembakan." Kata lelaki tadi mengugut.

Tiba-tiba bunyi tembakan dilepaskan. Serta-merta muka aku terkena percikan darah dari tangan lelaki penculik itu.

Selepas badan lelaki itu terbaring setelah terkena tembakan kedua di kakinya, cepat-cepat anggota polis mendekati dan menggari tangan lelaki itu.

Seorang daripada anggota polis itu meleraikan gari yang terpakai pada tangan aku. Mana Rizkal ni? Tanpa memandang wajah anggota polis itu aku mengucapkan terima kasih dan mengikut arahannya supaya keluar dari tempat tersebut.

Kemudian aku diarahkan supaya mengikut kenderaan polis. Sah Rizkal memang tak datang selamatkan aku. Mungkin dia cuma beritahu mama yang aku diculik dan mama yang datang tolong.

Pedihnya hati ini jangan ditanya. Hanya Allah je yang tahu. Air mata mula menitik jatuh. Pelan-pelan aku menangis di dalam kereta polis tersebut supaya tak didengar oleh anggota polis yang berada di hadapan.

Sampai di rumah mama aku merehatkan diri.

"Sayang makan dulu. Mesti Jannah penatkan dengan apa yang berlaku. Risau mama bila dapat panggilan dari papa yang Jannah kena culik. Nasib penculik tu tak apa-apa kan Jannah." Mama menghulurkan dulang yang dipenuhi dengan makanan kepada aku.

"Tak nak lah ma. Jannah tak ada selera." Aku meletakkan dulang tersebut di atas meja lampu.

Perlahan-lahan aku merbahkan badan selepas itu aku terus tertidur. Penat.

p/s: sori sye ini bukan last chap. tapi second last. after this last chap. i promise. k bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience