KES 6

Drama Completed 5036

"Amri sebenarnya awak nak bawa saya ke mana ni?" Aku menyoalnya tegas. Sudah hampir 30 minit kami masih tidak sampai ke destinasi yang ingin dituju.

"Kejap lagi kita sampailah." Jawabnya ringkas. Aku yang risau sebenarnya.

Aku berdiamkan diri. Buat penat berbuih mulut aku je kalau cakap dengan dia ni. Tanya berjela, jawab sepatah je.

Selepas beberapa minit Amri memarkirkan keretanya di bawah sebuah bangunan.

"Okay kita dah sampai." Amri membuka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta membiarkan aku terpinga-pinga dekat dalam kereta.

"Cepatlah keluar." Arahnya tegas.

Aku yang sepatutnya marahkan dia, ni terbalik pula.

Kaki aku laju melangkah mengikut rentak Amri. Dia ni tahu tak yang kaki dia tu panjang, kaki aku ni pendek dah la gemuk, megah aku dibuatnya.

"Encik, pelan-pelan lah." Aku menarik nafas sebelum menyambung mengikut langkahnya.

"Kita nak buat apa dekat sini?" Aku masih bertanya walaupun aku tahu yang pasti dia tak akan jawab.

Memang benar tekaan aku. Sepi tanpa bicara yang hanya kedengaran bunyi tapak kasut saja. Memang aku dengan dia aje ke dekat dalam bangunan ni?

"Hai babe." Seorang perempuan kurus, seksi dan rambut berkarat dah macam mandi perigi kata mak aku, dia berjalan mendekati Amri.

"Please! Stay away from me." Kata Amri tegas. Perempuan tadi berganjak ke belakang beberapa langkah.

"Why? Who is this? Kenapa bambam sangat ni?" Dia bertanya kepada aku. Bambam pun comel jugakan?

"Jaga mulut kau tu. Ni tunang aku dan kami akan berkahwin lagi beberapa hari." Amri berjeda.

"Dan aku nak kau belah dari Malaysia duduk dengan kekasih gelap kau yang pernah mengandungkan kau dulu." Bergema suara Amri.

Aku yang tak tahu apa-apa tergamam bila dia mengaku yang aku tunang dia dan kami akan berkahwin tak lama lagi? Kon'nichiwa encik Amri, aku bertunang dengan sepupu kau, bukan dengan kau dan aku akan berkahwin dengan dia bukan dengan kau.

"Apa? Gemuk ni yang you pilih? I rasa mata you ni dah buta agaknya. Lagipun untuk pengetahuan you, I mengandungkan anak you, bukan anak Mike." Ternganga aku mendengar pengakuan perempuan itu sebentar tadi.

"Kau jangan nak gilalah Bellina. Aku tak termakan denga ugutan kau. Mike dah cerita semuanya pada aku. Tu dalam perut kau tu dah yang ke berapa?" Kasar sungguh percakapan Amri. Marah sangat dia dengan perempuan bernama Bellina tu.

"Ma... macam mana you tahu?" Tergagap Bellina bertanya. Terbongkar sudah adengan kau.

"Aku tak bodoh macam kau. Awal-awal lagi aku dah dapat tahu yang kau memang ada hubungan sulit dengan Mike masa dekat Japan dulu." Amri ni dah kenapa dari tadi gaduh dengan Bellina? Dah tu bawa aku sekali? Mana Riz ni? Amri cakap dia iku sekali.

"Jannah." Panggil Amri. Aku yang dari tadi tengok drama dorang datang mendekati Amri.

"Sekarang aku dah nak bina kehidupan baru. Aku nak kau berambus dari sini sebab aku dah tak nak tengok muka kau lagi." Amri menarik lengan aku pergi dari tempat Bellina berada. Laju siot dia jalan, aku ni ibarat diheret je.

Sampai dekat parkir kereta Amri melepaskan lengan aku. Sakit juga lah, kuat dia genggam tau.

"Sebenarnya apa yang berlaku? Cuba kau story dekat aku." Aku menyoal Amri selepas dia mulakan perjalanan.

"Bellina ex-girlfriend aku. Aku kenal dia masa dekat Amerika. Dia ni juga ex-girlfriend tunang kau. Bukan aku sailang tau, Bell yang putus dengan Riz then minta aku jadi boyfriend dia." Amri menceritakan perkenalan dia dengan Bellina kepada aku.

"Riz tak marah kau ke?" Pelik juga sebab hubungan dorang elok je. Tak kan tak cemburu.

"Riz tak marah pun sebab dia cakap dalam hati dia dah pernah ada orang lain yang bertakhta dan dia akan cari orang tu." Ouh... siapa? Aku ke?

"Lepas dah dua tahun kami bercinta, aku terpaksa pergi Japan ada lawatan kerja. Time tu aku baru dapat tahu yang dia ada hubungan sulit belakang aku selama ni. Kami putus masa dekat dia datang Japan." Tekun aku mendengar.

"Tapi tak sangka boleh jumpa kau kat Japan dulu." Aku yang dari tadi tekun mendengar terus menegakkan badan.

"A... apa dia? Kau jumpa aku kat Japan?" Terkejut aku dengan kenyataan Amri.

"Ye. Aku jumpa kau dekat sana." Wah kecilnya dunia. Mula-mula jumpa dekat Japan lepastu jumpa pula dekat Malaysia.

"Kita pernah communicate?" Ramai juga kawan-kawan yang aku tak kenal beramah mesra.

"Tak, sebab dulu kau orang bawahan. So orang atasan tak boleh nak bergaul dengan orang bawahan." Dahsyatnya undang-undang.

"Kau kata kau ajak Rizkal sekali? Kenapa dia tak ada." Soalan yang memang dari tadi bermain di kotak fikiran aku.

"Rizkal ada kerja nak disiapkan. Yelah orang nak kahwin awal, mestilah nak siapkan kerja cepat kalau tak melepas." Ada ketawa dihujung ayatnya. Apa yang kelakar?

Banyak benda yang kami sembangkan. Aku dapat tahu yang Amri ni sepupu Rizkal. Itupun Rizkal yang bagitahu aku.

Kami lunch sama-sama dengan Rizkal. Rupanya memang Amri ada minta pada Rizkal untuk pinjam aku berlakon jadi tunang dia. Cuma cara dia minta izin aku SALAH.

p/s: Sori hari ni teremo siket tu yg dialog pon emo. Apa-apa pon please support hana sebb still bru lgi nk mengarang novel. Bye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience