Peleraian

Drama Completed 5036

"Jannah." Suara yang seperti aku kenali. Mata aku tak larat untuk dibuka. Aku biarkan saja.

Selepas rehat mencukupi aku bangun untuk membersihkan diri. Tiba-tiba tangan kanan aku terasa berat. Aku kalihkan pandangan.

"Eh! Rizkal bangun. Kenapa awak tidur dekat sini? Bukan ke sepatutnya awak dekat hospital?" Aku menyoal sambil mengejutkan Rizkal yang tertidur di sisi katil.

"Hmmm? Kenapa?" Rizkal menyoal aku.

"Bangunlah. Kenapa awak ada dekat sini? Awak dah discharge ke?" Aku menyoal dia semula. Rizkal menggosok-gosokkan matanya.

"Sayang awak tak apa-apa ke? Ada luka dekat mana-mana?" Rizkal membelek badan aku yang masih terduduk di atas katil.

"Ingatan awak dah kembali?" Teruja aku menyoal dia semula. Segala soalan dia aku endahkan.

"Itu tak penting. Yang penting sekarang, sayang are you okay?" Rizkal menggenggam tangan aku.

"Yes i'm okay." Aku menganggukkan kepala. Alhamdulillah ingatan dia dah kembali.

"Why are you here?" Aku menyual dia pula.

"I'm here because of you dear." Rizkal mengusap rambut aku.

"Nanti abang ceritakan hal sebenar kepada sayang. Now abang nak sayang bangun pergi mandi and let's eat together.

Seperti lembu dicucuk hidung, aku mengikut permintaan Rizkal.
*****

"Sorry sayang. I'm really really sorry. Abang buat semua ni bersebab. Tak sangka sayang terlibat sama. Abang bodoh sebab buat sayang macam tu."

"Kenapa abang sanggup untuk melupakan Jannah? Jannah banyak terluka hati dengan apa yang abang buat." Aku menangis sepuas-puasnya. Biar dia tahu terseksanya aku melayan kerenah dia yang menyakitkan hati itu.

"Abang minta maaf. Abang sebenarnya tak nak libatkan Jannah. Tu sebab abang buat macam tu supaya Jannah pergi jauh sementara abang selesaikan hal ini." Rizkal memaut bahu aku dari belakang.

Perlahan-lahan dia pusingkan badan aku menghadap dia. Kelapa aku disandarkan pada dada bidangnya.

"Abang minta maaf sayang. Sekarang abang pula yang sedih bila tengok isteri abang ni dah makin susut badannya." Rizkal menjarakkan badan kami. Dia melirikkan matanya melihat badan aku yang semakin susut.

Aku masih menangis membiarkan kata-kata Rizkal sebagai angin lalu.

"Kesshite watashi o hanarezu, itsumo jan'na no yogen-sha ni narou (Jangan tinggalkan aku dan sentiasa menjadi imamah ke jannah)." Ucap Rizkal. Tergamam aku mendengar ayat ini.

"Ayat ni lah yang Jannah dengar dalam mimpi istikarah dulu." Aku memandang muka Rizkal.

"Ya sayang. Allah memang jodohkan kita untuk bersama buat selama-lamanya." Rizkal memeluk aku. Kami sama-sama mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT. Besar sungguh ujian yang menimpa kepada aku. Alhamdulillah.
*****

"Ibuuu." Jerit tiga orang anak-anak aku sambil berlari ke arah aku.

"Ye sayang?"Aku gosok ketiga-tiga kepala anak aku. Anak yang ketiga bernama Khadeja.

"Hishhh. Anak-anak babah ni. Jangan kacau ibu la. Ibu penat bawa baby. Kesian ibu." Rizkal marah anak-anaknya.

"Alah babah. Bukan selalu dapat manja dengan ibu. Selalu babah je yang manja dengan ibu." Jawab Khalish.

"Heih. Mana ada." Rizkal tidak mengaku. Hemp. Memang betul apa yang Khalish cakap.

"Ibu. Ibu. Ibu. Jom duduk. Sian Deja tengok ibu diri je." Khadeja menarik tangan aku ke kerusi. Penat juga aku berdiri melayan anak-anak dengan bapa anak ni.

"Baby you need give ibu rest okay?" Wah Khadeja speaking kau. Khadeja mengusap perut aku.

"Deja how can you speaking english?" Aku melihat Khadeja beralih ke arah mainannya.

"Tok ma teach me." Aku mengangguk. Mama memang suka mengajar budak-budak bahasa inggeris. Bagus juga supaya besar nanti tak lah kekok anak-anak aku nak cakap bahasa omputih ni.

"Ibu. Baby macam mana? Baby sihat ke?" Tanya Khalisha pula.

"Baby sihat sayang." Usia kandungan anak keempat ni sudah menginjak ke enam bulan.

Aku masih mahu kejutan. Rizkal banyak kali suruh aku scan sebab mudah dia nak siapkan bilik baby. Tapi aku menolak.
*****

"Khalish, Khalisha, Khadeja, Khawla, Khairul, Khalif, Khalid, Khaleeda. Jom turun makan. Ibu dengan babah dah siap hidang." Aku memanggil askar-askar aku.

"Baik ibu. Skuad dari kiri cepat jalan." Bermula dari yang kembar tiga paling bongsu, semestinya Khaleeda disertai oleh abang-abang dan kakak-kakaknya.

Meja makan mula dipenuhi dengan penghuni rumah ini.

"Up." Semua menadahkan tangan. Rizkal mula membacakan doa makan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah menjodohkan aku dengan insan yang memang benar-benar bertanggungjawab. Suami dan ayah yang soleh. Anak-anak juga mengikut jejak langkah ayahnya.

Sekarang aku tidak lagi bekerja kerana selepas melahirkan kembar tiga. Mereka ada masalah dengupan jantung. Kina alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka.

Alhamdulillah kini kami bahagia dengan kehidupan yang baru. Amri juga sudah berkahwin. Kini dia berada di Scotland, berbulan madu dengan pasangannya. Citarasa Amri memang sama dengan Rizkal.

Dia cakap. "Orang yang badan bam-bam ni comel lah." Itu adalah ayat Rizkal dan Amri.

Okay lah. Jannah banyak lagi kerja nak kena buat ni. Semasa anak-anak pergi sekolah la baru Jannah ada masa nak buat kerja. Bye. Assalamualaikum.

THE END.
*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience